Sunday, April 25, 2010

Exam Fever Campaign!

bismillahi walhamdulillah...

alhamdulillah puja dan puji syukur ke hadrat ilahi kerana saya telah habis exam post mid term dan exam practical.demam exam sudah bermula rata-rata di university seluruh mesir.selamat menempuh imtihan semua!teruskan usaha dan doa anda semoga kita semua berjaya dengan cemerlang.

meneruskan misi kempen unit akademik PCM, exam fever campaign - 7 hours of study.set kan target anda setiap hari.kalau anda mampu study lebih dari 7 jam itu terpulang kepada kemampuan masing-masing.lebih banyak lagi baik.setiap checklist dan target wajib dipatuhi.ini akan mendisiplinkan diri anda.

kemudian bagi sesiapa yang memilih untuk melanjutkan pengajian di mesir dalam bidang sains kesihatan anda haruslah bertanya kepada sesiapa yang lebih berpengalaman ataupun sekurang-kurangnya bertanya senior atau mereka yang sudah berada di sini.begitu juga untuk mereka yang bakal menggunakan perkhidmatan ajen seeloknya bertanyalah kepada yang pernah menggunakannya.

saya tidak berminat untuk mengulas lanjut memberi komen kepada mana ajensi.ataupun anda bolehlah membaca di sini (cara dan syarat melanjutkan pelajaran ke mesir - bindang sains kesihatan).bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk menyambung ke dalam bidang yang dikehendaki, berdoalah moga Allah bagi pilihan yang terbaik buat anda walaupun anda terpaksa memlalui jalan yang jauh untuk memenuhi cita-cita anda kerana Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

selain itu, kempen lifeline for Gaza juga rancak dijalankan.moga setiap wang yang kita dermakan mampu menjauhkan kita dari api neraka.setiap insan yang menerima nikmat mereka akan berasa seronok.tetapi tidak semua yang apabila ditanya tentang nikmat mereka akan gembira.musuh utama dalam diri adalah nafsu yang mampu mengawal ke mana dan untuk apa nikmat itu diinfaqkan.

i miss ini budak tecit n his siblings
wazif<3


ps: bagi sesiapa yang ingin contact saya bolehlah melalui email kerana yahoo messenger mengalami banyak masalah (internet yang slow)

Friday, April 23, 2010

Negeri "Ketika Cinta Bertasbih" Ternyata Tak Seindah Kisah "Ayat-Ayat Cinta"

bismillahi walhamdulillah...
 
post copy paste dari sumber di bawah.moga kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku.beringat sebelum terkena.(takut melihat pandangan jejaka arab yang melihat gadis-gadis mereka atau sesiapa sahaja yang bernama gadis yang berpakaian mencolok mata..faham-faham jela perempuan arab berpakaian..huhu..lagi-lagi di musim panas yang bakal mem'bakar' nafsu mereka!)
 
Mungkin sudah selayaknya pemerintah Indonesia untuk mengkaji kembali 'ekspor' TKW ke negara-negara Arab, karena faktanya para TKW Indonesia di negara-negara Arab lebih memprihatinkan nasibnya dibandingkan dengan teman-teman mereka yang menjadi TKW di negara-negara bukan Arab dan non Muslim seperti, China, Taiwan, Hongkong, dan Korea. 
 
Kisah tragis dan mengerikan kembali menimpa Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia di Timur Tengah. Kali ini, kasus yang menimpa srikandi devisa negara Indonesia itu terjadi di negeri "Ayat-Ayat Cinta", Mesir.

Kejadiannya sangat tragis: TKW tersebut diculik, disekap, dan diperkosa secara bergiliran oleh 6 orang pemuda Mesir. Lebih tragisnya lagi, aksi tersebut dilakukan di gudang pembuangan sampah.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kairo yang kemudian mengetahui kasus ini, segera bertindak dan mendesak pihak kepolisan Mesir untuk mengungkap dan menangkap keenam pelaku tindakan bejat tersebut. Kini, keenam pelaku telah ditahan kepolisian dan menjalani proses hukum.

Surat kabar Mesir al-Yahum as-Sabi (21/4) mengabarkan, kasus tersebut bermula ketika seorang TKW Indonesia tengah berjalan di kawasan Abidin, bilangan yang dahulu menjadi pusat pemerintahan dan istana masa dinasti Muhammad Ali Pasha, karena disuruh majikannya untuk membeli sesuatu.

Tanpa disangka-sangka, tiga orang pemuda Mesir menodongkan senjata tajam ke arah TKW itu. Ketiganya lalu menyeretnya dan memperkosanya beramai-ramai di sebuah gudang sampah.

Ulah bejat pemuda Mesir itu tak berhenti hanya sampai sana saja. Mereka lalu membawa dan menculik TKW tersebut ke sebuah flat rumah, masih di kawasan yang sama, menyekapnya dan kembali memperkosanya. Lebih naas lagi, di flat tersebut ternyata ada tiga orang pemuda Mesir lainnya yang juga ikut memperkosa korban.

Setelah puas menuntaskan hasrat binatang mereka, keenam pemuda Mesir itu lalu "membuang" korban begitu saja dalam kondisi yang sangat memprihatinkan. Beruntung, ada orang Mesir baik hati yang tak tega melihat korban dan membawanya ke KBRI.

Korban kini tengah menjalani perawatan serius di salah satu rumah sakit Mesir atas biaya KBRI. Pihak KBRI sendiri tengah mengupayakan untuk mendesak pemerintahan Mesir agar menjatuhkan "hukuman mati" kepada keenam pelaku.

Kasus pelecehan dan kejahatan seksual di Mesir yang menimpa perempuan asing terbilang sangat tinggi. Sekitar setahun yang lalu, salah satu surat kabar terkemuka Amerika bahkan mengatakan Mesir adalah negara yang paling tak aman dan nyaman untuk perempuan asing.

Kondisi ini tentu saja sangat ironis, mengingat Mesir adalah negeri yang digambarkan "indah" oleh Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, juga karena di Mesir banyak ulama besar dan juga terdapat Universitas Al-Azhar. (ys)

sumber:

Saturday, April 17, 2010

Denyut Kasih Medik


Denyut Kasih Medik
Dr.Farhan Hadi
(husband of Fatimah Syarha Mohd Noordin)
Telaga Biru
RM23.00

sinopis:

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.

Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih?

Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina dalam Denyut Kasih Medik

 

Wednesday, April 14, 2010

jadual berubah lagi

 bismillahi walhamdulillah..

esok ada lagi berbaki satu paper untuk post-midterm (mood menulis datang bila nak exam.time tak exam tak nak datang plak dia).sudah beberapa hari ura-ura dan khabar angin datang melanda mengatakan jadual exam akan berubah lagi.ini sudah mungkin kali ketiga atau keempat jadual diubah.huhu.tapi yang pasti jadual tahun ini 1st time dibuat di mansoura.ada yang mengatakan bahawa ini arahan dari kementerian pendidikan mesir untuk menyelaraskan semua U di sini.

jika dahulu mansoura akan menghabiskan satu subjek meliputi exam written dan oral.practical exam dihabiskan bulan april kecuali anatomy yang mengiringi exam written dan oral.jadi tahun ini semua subjek dibuat exam written dahulu physiology,histology,anatomy,biochemistry,pathology,parasitology,pharmacology dan microbiology.kemudian baru diikuti oral exam.

 sistem exam ini sudah diamalkan di Cairo U.terdengar ramai ungutan dari pelajar-pelajar di sini yang mana tidak boleh menyimpan buku atau menutup buku satu subjek untuk mulakan subjek yang baru.pendek kata sentiasalah refresh ilmu didada anda.huhu.tetapi apa pun mungkin itu yang terbaik.rungutan kita tidak kemana.sebaliknya berusaha sehabis baik untuk menjadi yang terbaik.jangan nanti menyesal dikemudian hari.

jadual berubah tidak akan mendatangkan kesan apa-apa jika kita berusaha dan menyusun strategi untuk menang.kalaupun jadual tidak diubah, usaha kita masih sama, strategi masih tumpul..kita akan tewas!so sekarang usaha dan doa supaya semangat sentiasa ada dan motivasi sentiasa tinggi supaya kita tidak kecundang ditengah jalan.


saya juga ada terdengar, ada yang ingin menta'jil atau postpone exam kepada exam dur thani.JANGAN sesekali anda melepaskan peluang yang ada.sebaliknya usahalah sebaik mungkin.mana tahu rezeki kita ada.jika melepaskan peluang, mungkin pada masa itu Allah telah menarik balik rezeki...rugilah!.SILA BACA POST INI untuk yang berminat postpone exam.

zaman sudah berubah.jika dahulu masa 1st and 2nd batch sahaja kami tidak digalakkan untuk postpone exam.malah tidak pernah tahu pun exam di mesir boleh ditunda.namun sejak ramai generasi baru ia mewarna-warnikan lagi bumi mansoura ini.(maaf jika ada terasa.bukan berniat demikian).

dengar lagu ni untuk release tensen:



Sunday, April 11, 2010

i love study

bismillahi walhamdulillah...
saat mata senang penat menatap buku..tolong mata tahan sikit lagi neh.habiskan target hari ni je..kalu tak memang cari nahas la baca tak habis.sekarang semua orang tengah bercinta.bercinta dengan buku la katakan.tapi jadi budak medik ni memang kena ulat buku (almost semua la kan sebab kalu tak rajin membaca camne la nak ingat fakta yang bertimbun).continuous reading and in love with books...(cilok ayat jiran bilik sebelah).

motivasi yang turun naik.semangat yang lama-lama makin pudar.masa ini anda harus atau mungkin wajib menukar study zone anda.tukar angin kata orang.carilah teman study.mungkin membantu menaikkan semangat yang luntur.janganlah terlampau stress.hilanglah stress dengan mewarna-warnikan nota dan buku anda.
 
kalau time exam ni biasanya kita malas untuk baca benda yang tidak berconteng.contohnya buku yang sebelum ini tidak pernah disentuh, tetapi pada musim exam baru hendak disentuh.tindakan ini mencari nahas.stick la pada satu nota dan buku sahaja iaitu apa yang pernah kita study sebelum ini.

berilah reward untuk diri anda setelah penat sehari belajar.contohnya bermain game, tengok cerita medik, makan atau sebagainya (itu apa yang saya buat la..terpulang pada minat masing-masing).sekadar peringatan untuk diri ini yang sentiasa lupa.
Dingin yang kurasa malam ini,
bagai memberi satu makna tersirat di hati,
ingin sekali daku melihat ia disurati.

Hati yang mana tidak rindu padaNya,
sejak kita diciptakan olehNya,
sehingga sekarang, hanya padaMu daku meminta.

Ya Allah Ya Rabbi,
KepadaMu aku memohon untuk kembalikan hati ini,
agar sentiasa redha dengan segala ketentuan dariMu.
 
Lindungikan diri ku,
kerna hanya Kau pelindung hati ku,
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

Wednesday, April 7, 2010

memilih kerjaya

bismillahi walhamdulillah...

syukur atas kesempatan yang ada.walaupun sebenarnya tak habis baca lagi untuk exam minggu depan.namun saya yakin dan percaya setiap pelajar yang berada di bumi mesir ini sedang dalam fatrah berhibernasi untuk menelan dan menelaah buku-buku dan nota-nota untuk persiapan perang minggu hadapan.moga Allah membantu kita.ameen.

sudah lama saya tidak melontarkan idea di sini.banyak isu yang berlaku kebelakangan ini, namun saya tidak berminat untuk mengulas lanjut.pertamanya kerana kekurangan masa dan paling penting mungkin pemahaman melalui penulisan menyebabkan ramai yang menolah dengan tafsiran pelbagai.lain yang kita tulis namun lain pula yang difahami pembaca.biarlah Yang Maha Mengetahui mengatur rencana terbaik!

berbalik pada pokok persoalan saudari (rasanya macam saudari-kalau salah maaf ye dik). bagaimana mahu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran selepas spm??ramai yang masih ragu-ragu untuk memilih bidang masing-masing.pilihlah bidang anda mengikut minat dan kesesuaian akademik.ini kerana apa yang anda ambil sekarang bakal menentukan hidup anda 10 hingga 30 tahun akan datang.anda bakal bekerja dan hidup dengannya.

janganlah nanti sampai ditengah jalan anda berhenti dan mencari kerja lain.contohnya anda memilih untuk menyambung dalam bidang perubatan, tetapi atas sebab anda gagal dalam peperiksaan atau anda give up semasa HO anda memilih untuk mencari kerjaya lain yang lebih senang.perlu disematkan dalam minda, setiap bidang mempunyai kesusahan masing-masing.cubalah tanya orang yang berada dalam bidang kejuruteraan, sudah pasti mereka mengatakan "tak yah la jadi engineer, susah!!nak-nak kamu tu perempuan".ataupun cubalah bertanya doktor muda di hospital yang baru pulang dari oncall "jangan amik medic, dah la blaja lama, takde masa untuk keluarga, bla2...".tanyalah juga kepada bakal guru "susah la nak didik anak murid zaman sekarang!"...

hanya menyebut beberapa contoh.janganlah pula kamu terlampau mengikut kata ibubapa.betul setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anaknya.tetapi jika kamu ada pendirian nyatakan dan explain secara baik kepada mereka.sudah tentu mereka akan faham.janganlah kamu memberontak apabila kemahuan tidak ditunaikan.kadang-kadang kita tidak tahu apa yang ibu bapa tentukan mungkin yang terbaik.ada dikalangan sahabat saya yang dahulunya kerana dipaksa oleh ibubapa masing-masing untuk menyambung dalam bidang perubatan telah jatuh cinta dalam bidang ini.

itu kalau jatuh cinta.tetapi jika berlaku sebaliknya...janganlah nanti menyalahkan ibubapa kerana menentukan masa depan kita.ambil kertas, renung keputusan peperiksaan, catatkan bidang yang mungkin diminati, tuliskan juga pro n cons nya.kemudian tanyalah abang, kakak, saudara-mara, seniors dan kawan-kawan serta jangan lupa kedua ibu bapa.kalau buntu sangat mintalah bantuan kaunselor sekolah.hadiri seminar kerjaya atau mungkin melayari internet untuk dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang kerjaya anda!

tetapi janganlah pula terlampau mengikut kata dan pendapat orang.biarlah apa pun mereka kata jadikan sebagai pendorong semangat untuk terus maju ke hadapan.moga chacha dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang terbaik.moga dimudahkan urusan olehNya..ameen=)

akhirnya, mintalah kepada Sebaik-baik Perancang untuk meminta petunjuk dan memudahkan urusan kita.selagi anda belum membuat keputusan selagi itu anda mempunyai peluang untuk menentukan arah hidup dan tujuan masa depan.but, once you have decided to do it, just stay on the track and never turning back!!

last but not least,
ampun maaf jika salah bicara.hanya disebutkan beberapa contoh yang dirasakan logik.jika contoh tidak bersesuaian dengan post mohon ampun sekali lagi.
aktiviti menulis akan dikurangkan untuk fatrah exam ini..
mohon doa dari semua untuk exam yang bakal mendatang.GOOD LUCK EVERYONE!!

"cintakan Rasululllah pemangkin biah solehah"