after a week full of stress and hardwork (hm..i think not really hard..huhu)..mid year exam end today!happy happy happy!..winter break started for about 2 weeks.
ramai yang sudah punya rancangan masing-masing.tahun ini saya tidak memilih untuk ke mana-mana.bukan kerana sayangkan duit tapi saya mahu berada di rumah sahaja.menghargai saat berada di rumah.haha.mungkin kerana tahun ini cuti hanya sehari, jadi setiap orang merasakan cuti begitu bermakna buat mereka.jumaat pula tidak dirasakan cuti.semua benda mahu disettlekan pada hari yang sama.
ramai yang memilih europe untuk menghabiskan winter break mereka!ada yang ke german.ada yang ke spain.ada yang ke london paris ireland dan sebagainya.saya begitu teruja untuk ke sebelah sana tetapi apakah daya belum sampai seru untuk ke sana...dream to be there for honeymoon!
saya teringat saya post ust hasrizal di webnya.beliau ada menulis bahawa kahwin boleh melembapkan manusia yang suka berjalan dan mengembara seperti beliau kerana sebelum beliau berkahwin beliau merupakan orang yang sangat kuat berjalan.berjalan mencari ilmu, berjalan mencari pengalaman dan berjalan untuk melihat budaya orang.pengalaman yang menarik.modalnya juga pasti menarik.tapi bagi siapa yang suka mengembara mereka tidak kisah berbelanja kerana itu menjanjikan kepuasan!
tetapi jika sudah berkahwin susah pula untuk membawa anak dan isteri berjalan lagipun memerlukan belanja yang besar.saya kagum dengan parents yang suka membawa anaknya bercuti.setiap tahun walau sesibuk mana pun mereka maka akan diperuntukkan satu atau 2 minggu untuk bercuti bersama orang tersayang.mendidik melalui suasana dan cara hidup.
saya suka travel dan aktiviti kembara.sesama di sekolah dahulu saya susah mendapatkan kebenaran untuk menyertai aktiviti lasak.selepas berkali-kali meminta izin barulah dibenarkan.maklumlah anak sorang.hehe.kemudian saya banyak belajar mengenali rakan-rakan selepas saya masuk ke darul quran.kemudian di matrik uia petaling jaya.dari sana saya banyak berjalan.kenal bermacam-macam tempat dan budaya.kemudian Allah campakkan saya ke bumi nabi musa!
bertambah banyak pengalaman saya.banyak memerhati menjadikan saya senang dan mudah bergaul dengan orang.cuma untiuk memulakkannya saya agak payah.tetapi jika dah kena buku dengan ruas maka tahulah anda semua siapa saya.berjela sudah saya membebel melepaskan stress exam.
untuk yang bercuti, tidak kisahlah ke mana anda..di mana anda berada adalah bumi Allah.solat jangan tinggal.carilah ilmu dari pengalaman dan kembara.kongsi-kongsilah dengan kami-kami yang belum sempat ke sana.saya serahkan rakan-rakan semua dalam lindungan Allah.
5 feb - muscles of mentor (aktiviti riadah mentor)
6 feb - menguruskan wedding syakila
7 feb - akad nikah syakila dan ust kadir (please check out here)
8 feb - walimah syakila dan ust kadir di darul rahmah
9 feb - is about to go to maarad kutub (tak cukup orang lagi nak buat group)
10 till 15 feb - berajin-rajinan di rumah (menjalankan projek mega)
16 feb - ke cairo
17 & 18 feb - seminar perubatan kali ke 3
19 feb - persiapan untuk kuliah esoknya :D
ps:
to epa ain and wani : selamat jalan moga selamat semuanya.tangkap gambar banyak2.
to kak dina: have a save journey!:D...see u later..
-maanfaatkan cuti kami ya Allah-
No comments:
Post a Comment