Wednesday, February 24, 2010

rindu kampung halaman

 bismillahi walhamdulillah...

sejak bermulanya semester baru kuliah hati semakin rindukan kampung halaman.tambahan pula baru-baru ini ada bercakap telefon dengan mak saudara dan sepupu.kemudian ummi pula bercerita mengenai keletah afham dan adik beradiknya yang pulang bercuti semasa tahun baru cina hari tu.

tidak sempat bervideo call dengan mereka kerana mereka hanya pulang sekejap sahaja."nak balik badak!" kata afham.badak merujuk kepada kampung gong badak tempat tinggal saya dan neneknya (rumah mak saudara saya hanya bersebelahan sahaja dengan rumah saya).

yang paling mengujakan ialah saya mahu melihat wazif (adik kembar afham) yang baru 8 bulan tetapi beratnya sudah mencecah 8kg..huhu..jangan obesity ye wazif!manakala kembarnya, aziqah baru 6kg kekurangan 2kg dari wazif.si sufiyyah (yang no 2) baru boleh bercakap serba sedikit dalam pelat bahasanya.

 
from above: damia, nuha, iman, iyah and afham

ummi juga bcerita, sepupu yang darjah 6 baru dilantik menjadi 'head boy' sekolahnya.sek.keb.gong nangka. congarts!firdaus.smoga berjaya menjadi pemimpin yang cemerlang.firdaus menang dalam pilihanraya memilih ketua pelajar yang diadakan baru-baru ini.


memberi ucapan sebagai ketua barangkali


hebat kut pelajar sekolah rendah dah pun boleh mengundi!

terkenang kisah zaman-zaman dulu.dilantik menjadi pengawas tanpa perlu kepada undian.hehe.hanya cekgu yang berhak memilih sesiapa yang layak.zaman dah berubah kan?yang paling best dengar cerita baru-baru ini tok mak ada membuat acara mengacau bubu asyura beramai-ramai sesama jiran tetangga.rasanya aktiviti tahunan kut..rindunya kat bubur asyura!siapa la nak buat kalau saya balik nanti??

kacau asyura dalam banjir

izzham dengan ijan bermain banjir=)

melihat gambar-gambar mereka menjadikan rindu saya semakin bertambah.huhu.bilakah lagi dapat bersua muka dengan kalian semua??

p/s:
 to firdaus belajar rajin2 biar dapat 5A.

No comments: