pada malam semalam yang lalu kami sempat ke rumah bakal pengantin menolong mereka berkemas.banyak jugak barang yang perlu dikemaskan.tapi berkat tolong menolong kerja yang banyak menjadi sikit.
rumah tersebut sesuai dan agak besar untuk pak dam dan mak dam (panggilan untuk pasangan yg sudah berkahwin di sini).overall semua ok dengan harga yang berpatutan.tidak ada apa yang perlu dikemaskan kerana rumah itu sudah sedia dikemas oleh ahli beyt syakila sebelum ini.
kami cuma menyusun buku ke atas rak dan mengemaskan apa yang patut sahaja.paling best dapat menyusun kitab-kitab kepunyaan bakal suami syakila, ust kadir.huhu.really amazing bagi sesiapa yang dapat khatam kitab yang berjilid.kagum sebenarnya.kami macam main puzzle.mencari susunan biar membentuk sebuah tulisan.selepas semuanya selesai kami pulang dalam area 11 malam.
tak sabarnya mahu ke maarad memborong buku!esok kami akan berarak ke cairo untuk akad nikah syakila dan ust kadir.semoga semuanya akan berjalan lancar.gambar akan diupdate kemudian..hehe..smoga berjalan lancar!
No comments:
Post a Comment