pabila tiba musim cuti, tidak kira di malaysia atau di mana sahaja, ramai yang memilih untuk mengadakan kenduri kahwin.Di Mesir juga tidak kurang hebatnya.menyaksikan ramai pelajar perubatan khususnya memilih untuk mendirikan 'masjid' pada cuti musim sejuk kali ini.
di mansoura tidak kurang dari 3 pasang yang akan menukarkan status bujang mereka.yang pertama selamat dilangsungkan perkahwinan integrasi antara pelajar azhari dengan pelajar perubatan iaitu saudari syaidatul syakila dengan ust.abdul kadir
mereka telah diijabkabulkan dengan majlis penuh meriah dan sederhana di arma (asrama rumah malaysia abbasiyyah) pada tarikh keramat 7 Februari 10.keesokkannya majlis walimah mereka di adakan di mansoura bagi meraikan rakyat mansurah iaitu di Darul Rahmah (Bujang Senang dahulu).majlis berlangsung dengan simple dan meriah sekali sampai ke malam.
pasangan bahagia
mas kahwin
upacara sarung cincin (simbolik batal wuduk)
merupakan perkahwinan ke 2 batch PUTERIs 06.siapa yang bakal mengikut jejak langkah selepas ini masih samar2 dalam tanda tanya??hehe..juga merupakan pasangan pertama mansurah yang menggandingkan pelajar perubatan dan pelajar azhari.moga integrasi antara medic dan dirasat akan memberikan hasil yang baik pada masa akan datang.
imtiyaz kini tinggal bertiga.betapa mantapnya tarbiah imtiyaz kerana dalama masa yang sekejap sahaja sudah 2 orang mendirikan rumahtangga.hehe..so sesiapa yang nak tahu tips lanjut boleh la selalu ke imtiyaz ye=P..
imtiyaz kini tinggal bertiga.betapa mantapnya tarbiah imtiyaz kerana dalama masa yang sekejap sahaja sudah 2 orang mendirikan rumahtangga.hehe..so sesiapa yang nak tahu tips lanjut boleh la selalu ke imtiyaz ye=P..
to syakila dan suami:
selamat pengantin baru
semoga berbahagia hingga ke syurga=)
doa2kan kami yang belum ni
imtiyaz
PUTERIs
بارك الله لكما وبارك عليكما''
''وجمع بينكما في خير
No comments:
Post a Comment