Bismillahirrahmanirrahim
KHAS BUAT MEREKA YANG SEDANG HANGAT JIWANYA MENCARI CINTA…
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang yang tidak pernah tidur walau sesaat, yang tidak pernah leka walau sedetik, Tuhan yang Maha Sempurna dari sebarang kecelaan juga maha adil dan saksama dlm mentadbir alam.
Selawat dan salam ditujukan kepada kekasihku, an-nabiyy al-ummiy, junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang aku amat mengharapkan akan ada untukku sapaan dan belaian bayu syafaatmu s.a.w di akhirat nanti, yang telah membuka jalan untukku setidak-tidaknya membenihkan ruhul islam ke dalam sanubariku, qudwahku, uswahku..ya habibi..
Dan salam aluan ini jua ku utuskan dan ku layarkan utk para sahabat r.a yang mengingatkan daku pd matlamat perjuangan islam, memperlihatkan kpdku peri pentingnya peranan seorang muslim dalam mengibarkan jalur gemilang islam di seluruh pelosok maya seterusnya meneruskan kesinambungan sinar dakwah yang dinyalakan oleh rasulullah s.a.w supaya tidak sirna dek kepenatan beraksi di pentas lakonan ini.
Sungguh..aku berikrar!!
Aku mengakui dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Dan Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah.
Ya Allah..izinkanlah aku menyematkan ikrar ini sedalam-dalamnya ke dalam lubuk hatiku. Izinkanlah hatiku berpasakkan syahadah, kelak bercambah tunas-tunas amal islami seterusnya tumbuh subur lalu membuahkan rasa kenikmatan dalam menzahirkan ketaatan kpdMu. Ku tahu amat mudah untukku berkata-kata, sgt senang bgku untuk meluahkan bicara atma ini, tidak sukar bagiku utk menggerakkan jari ini melapah isi hatiku lalu ku lampirkan di warkah ini..tetapi utkku membuktikan, merealitikan, menjelmakan dan menzahirkan amalanku hanya kepadaMu adalah satu tugas yg bukan mudah. Lantaran diri dibanjiri dgn lumpur kemaksiatan, diselubungi dengan awan keraguan, hati diselimuti dgn renda bersulamkan benang dunia. Sudah puas kucuba namun belum kumampu. Kutahu..Kau sedang berbicara dgnku menzahirkan sayangMu kpdku. Kerana..sayangMu bukan seperti sifat sayang yang membalut di hati makhlukMu. Rasa sygMu, belaian kasihmu seakan aku mengerti walau terkadang mengelirukan hati yang sentiasa tergelincir. Kuminta sesuatu..Engkau terus memperkenankannya.
Kutahu..Engkau sayang kpdku. Ku minta lg..Engkau menangguhkan jua melambatkan perkenanMu. Bukan tanda Engkau jemu dengan rengekanku tp kutahu..Engkau sayang kepadaku.
Kuminta lg..Engkau tidak memberikan aku akan barang yg aku minta, malah Engkau gantikan dgn sesuatu yg lain. Agak sukar utkku menerima namun pemberianMu adalah jauh lebih baik dr apa yang aku minta. Tidak semestinya apa yang ku mahu, adalah yg terbaik utkku. Dan tidak semestinya..apa yang ku tidak mahu menatijahkan hasil yang tidak baik bgku. Hanya Engkau yg tahu apa yang terbaik utkku dan aku sama sekali tidak dapat mengintai rahsia perbendaharaanMu yang di dalamnya tersirat hikmah jua rantaian rahmat yang tidak pernah terjangkau oleh akal dan benak ku.
Untuk itu, kutahu..Engkau sayang kpdku.
SIAPALAH AKU..
Namun..adakah layak utk diri ini disayangi? Adakah layak utk diri ini dikasihi? Adakah layak utk jiwa ini dicintai? Aku sama sekali merasa malu. Diriku hanyalah hasil cantuman benih dan cecair yang hina. Diri ku yang asalnya merupakan tanah yang menjadi injakan manusia..tiada apa yg boleh ku banggakan. Betapa rendahnya diriku..betapa jauhnya jarakku dgnMu tuhanku. Ya Allah..aku amat mengharapkan pentunjukMu. Aku sgt mendambakan bimbinganMu dalam menggapai matlamat hidupku di dunia ini. Dan kini, matlamatku tidak lain..hanyalah ku mengimpikan di hujung helaan hembusan nafasku, destinasi terakhirku..
SYAHID di jalanMu.
Oleh itu Ya rabbi, izinkanlah aku melakar kehidupanku dengan pena berasahkan petunjukMu. Semoga aku dapat mewarnai lukisan hidupku ini dengan warna yang diilhamkan olehMu. Ku tidak dapat menghalang ranjau dan onak yang akan membataskan pergerakanku..namun tika itu, aku amat berharap aku mampu bangkit, merangkak, bertatih, berjalan dan terus berlari di atas landasan syariatMu lalu terus memacu diriku ke arah matlamat di akhir helaanku..
SYAHID fillah..
Ya rabbi..raahimni
Ya rabbi..ihdini
Ya rabbi..ghaafirni
Ya rabbi..saa’idni
Ya rabbi..ku amat berharap Kau sudi seandainya ku ingin berkasih dgnMu, bercinta dan mengimpikan kenikmatan sentuhanMu. Tenggelamkanlah aku dlm kenikmatan kasih sayangMu..
Ya Rabbi..i love you