Tuesday, December 28, 2010
Thursday, December 16, 2010
Kisah bidadari As-syura
Athiah bin Khalaf adalah seorang saudagar Mesir yang terkenal. Pada asalnya, beliau adla seorang yang kaya-raya, namun akhirnya beliau telah jatuh miskin. Satu-satunya kekayaan yang masih tertinggal padanya adalah sepasang pakaian yang dikenakannya.
Pada Hari Asyura, 10 muharram, Athiah bin Khalaf menunaikan shalat subuh di masjid Amru bin Ash. Ketika ia sedang duduk sendirian disalah satu sudut masjid, datanglah seorang ibu bersama beberapa orang anak yang masih kecil-kecil.
“Tuan, tolong lepaskanlah aku dan anak-anakku dari kesulitan hidup. Suamiku telah meninggal tanpa mewariskan apa-apa. Pekerjaan meminta-minta baru aku lakukan sekali ini. Aku juga keluar rumah kerana terpaksa. Tolonglah tuan.”
Sejenak Athiah berfikir, apakah yang mesti diberikan pada wanita itu? Sedangkan ia sendiri tidak memiliki apa-apa, kecuali pakaian yang melekat di badannya. Jika pakaian ini kusumbangkan, akan terbukalah auratku, fikirnya. Tapi jika ku tolak permintaannya, bagaimana nanti kata Rasulullah saw terhadapku.
“Baiklah, ikut aku ke rumah,” ajak Athiah lembut. Sesampai di rumah ia menyuruh wanita tersebut menunggu diluar. Setelah membuka pakaiannya, Athiah menyerahkan kepada wanita itu dari balik pintu.
“Mudah-mudahan Allah SWT memberi tuan pakaian dan perhiasan dari syurga. Tuan tidak akan lagi memerlukan bantuan dari orang lain selama hidup.”
Athiah sangat gembira mendengarnya. Setelah itu ia hanya mengunci diri dalam kamar. Ia berzikir siang malam. Sampailah pada suatu malam ia bermimpi melihat seorang bidadari yang cantik molek. Tangan kiri bidadari itu memegang epal beraroma harum dan setelah dibelah keluarlah sejumlah perhiasan syurga. Bidadari itu mengenakan perhiasan syurga kepada Athiah, lantas duduk menghiburnya.
“ Siapakah engkau?” Tanya Athiah.
“Saya Aasyura, isteri mu dalam syurga ini,” jawab bidadari itu.
“Bagaimana saya boleh mendapatkan kebahagiaan seperti ini?”
“Berkat doa wanita yang engkau tolong kelmarin.”
Athiah tersentak. Ia bangun dari tidurnya dengan riang gembira. Lantas mengambil air wudhu' dan solat dua rakaat, sebagai pernyataan syukur kepada Allah SWT. Usai solat, Athiah bin Khalaf berdoa. “Ya Allah, andai benar mimpiku tadi dan bidadari itu yang akan menjadi isteriku, cabutlah nyawaku sekarang juga, supaya aku segera mendapatkannya.”
Belum sampai ia mengaminkan doanya, Allah telah memakbulkan permintaannya. Pada waktu itulah Athiah meninggal dunia.
sumber: FACEBOOK
Monday, December 6, 2010
salam maal hijrah 1432
bismillahi walhamdulillah...
berakhirnya asar petang tadi, bermulalah kalendar baru islam 1432 hijrah.tidak seperti kalendar masihi yang akan bermula pada tengah malam.bersamalah kita membaharui niat dan azam untuk tahun yang baru ini.baru dari segenap segi.
amalan biasa yang dilakukan adalah akan membaca doa akhir tahun pada selepas asar sebelum masuk waktu maghrib dan selepas maghrib kita akan membaca doa awal tahun.doa awal tahun yang saya rasa semangat baru yang bakal menjalar dalam segenap pembuluh darah kita yang akan dibawa ke mana-mana selagi hayat masih dikandung badan.
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan sebelumnya.banyak ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil dari sirah nabawi.sirah yang berlaku lebih seribu tahun masih segar dan wajar diingati setiap kali tahun baru bermula.sesuai dengan hadis pertama :
"sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul,maka hijrahnya dikira kerana Allah n rasul..."
(hadis pertama : hadis 40 an-nawawi)
salam maal hijrah 1432
menyelusuri sirah nabawi
ke arah pembentukan jati diri
perjuangan memerlukan pengorbanan
mencari semangat yang hilang=)
hari ini lebih baik dari semalam
hari esok lebih baik dari hari ini
berhijrah ke arah yang lebih baik
dari yang MALAS kepada RAJIN
dari MAKSIAT kepada MAARUF...
Sunday, November 28, 2010
kelas vs ponteng
bismillahi walhamdulillah...
saya terpanggil untuk membicarakan isu ponteng kelas.almaklumlah kedatangan setiap kelas tidak diambil kecuali practical.sewaktu batch senior-senior dahulu masalah ini kurang dan hampir tiada.bukan mahu mengangkat batch atas tetapi saya sedih melihat keadaan adik-adik yang mukanya hanya nampak semasa exam.betol ke budak ni kelas aku?itulah everytime melihat muka-muka baru yang diingat sebagai adik-adik junior yang baru datang.
lagilah dengan adanya kemudahan tusyen dan kelas luar.kehadiran ke kelas diambil sambil lewa sahaja.datang ke kelas hanya suka-suka.betulkanlah niat anda dalam menuntut ilmu.ingatlah kerajaan dan ibu bapa menghabiskan wang ribuan ringgit untuk menghantar anda ke sini.ada yang sanggup menjual tanah dan menggadai harta demi melihat kite menggenggam segulung ijazah.
bukan itu sahaja mind set kita setiap kali datang ke kelas.apabila doktor yang mengajar tidak sedap dan kurang best maka kita mengambil keputusan untuk tidak datang ke kelas.apabila apa yang diajar tidak difahami kita terus patah semangat.takpelah aku amik tuisyen.masa tuisyen la aku pulun betul-betul.lagipun kalau nak compare tuisyen dengan kelas yuran yang kita bayar lebih mahal dari yuran tuisyen.jika difikir logik akal maka kita WAJIB ke kelas jika dibanding dengan kelas luar yang hanya sebagai tambahan.
ke kelas itu ada BERKAT.mana tahu doktor yang mengajar apa yang kita tak faham itu ada berkat dan selalu doakan kita.jika tak ke kelas rugi.satu rugi ilmu dan rugi berkat serta doa doktor.ingatlah setiap kali kita malas ke kelas ada amanah ibu ayah yang kita galas.sanggupkah kita mengecewakan mereka??
kita tak tahu mungkin berkat kita rajin ke kelas Allah mudahkan kita menjawab exam dan juga dengan berkat doktor kita mudah ingat ilmu yang dibaca dan dibelajari
apa salahnya kita korban sedikit rasa malas untuk kita mencari ilmu.hadiri majlis ilmu ada malaikat yang menaungi.bagi saya lebih baik anda tidur di kelas dari anda bermalasan di rumah!tapi janganlah pulak nanti ke kelas tidur.dapatkan tidur yang cukup ye.betulkan niat setiap kali ke kelas.menuntut ilmu kerana Allah.moga setiap langkah kita ada pahala.
hanya pandangan dari seorang insan yang juga kadang-kadang malas nak kelas tetapi menguatkan semangat takut dengan amanah ibu bapa yang akan ditanya nanti=(

long term memory require repetition!
pimpinan baru
bismillahi walhamdulillah...
berakhir sudah pilihan raya bagi penduduk mansoura khususnya pelajar sains kesihatan.alhamdulillah.tahniah kepada JPC yang berjaya melaksanakan amanah dengan baik.tahniah dan takziah buat mereka yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab sebagai pimpinan yang baru.
1.fatimah bt mohd fauzi
2.nurul afifah bt alias
3.wan syaida bt wan zakkhry
4.farah hamizah bt kamran
5.nurul fadhilla amni bt raidi
6.nurul 'adilah shuhardi
7.najwa mohamad hamdan
Ajk Lelaki
1.muhamad arif bin mamat noor
2.mohammad iskandar bin sa'uadi
3.ahmad sahli mahzuz bin ismail
4.muhammad zaki bin zainal abidin
5.mohd aliffitri bin alias
6.mohamed nasarudeen bin abdul hamed
7.wan mohamed hanif bin wan osman
8.muhammad hanif bin mahamud
pagi tadi sewaktu di kelas ada seseorang bertanya "apa perasaan akak tidak dipilih sebagai exco?".jawapan saya mudah.alhamdulillah.mungkin itu yang terbaik buat saya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.
ada pula yang sedikit kecewa apabila saya tidak naik.mungkin mereka yang memangkah saya di kertas undi.apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pencadang dan penyokong yang mencalonkan saya kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai calon baru-baru ini.pengalaman berharga buat saya!tidak pernah terfikir untuk bermanifesto selama diri ini bergelar mahasiswi.
naik atau tidak saya akan tetap menyumbang tenaga untuk membantu dan memberi.mungkin Dia telah menetapkan saya memberi dari jalan berbeza tetapi matlamat tetap sama.ada juga yang da siap-siap nak tolong reserve borang pencalonan untuk tahun depan.hehe.
mereka yang bekerja untuk islam tidak pernah ada istilah cuti dan rehat.rehat itu hanya di sana.saya takut untuk menulis ayat ni takut tidak mampu menunaikannya.kita hanya pandai berkata-kata tetapi kenkadang ia susah n sangat sukar untuk dibuat.moga dijauhkan.
salam tahniah dan takziah kepada pimpinan baru pcm 10/11.Allah telah memilih yang terbaik dikalangan yang terbaik.sebagai ahli, tunaikanlah tanggungjawab kita selepas ini.jangan hanya tahu berkata-kata semasa berkempen.selepas pilihan raya sunyi sepi.hulurkan tangan ringan beban.PCM for all=)
jangan lupa datang MTC ke 4 jumaat ni..
"Maka saya menjemput seluruh ahli PCM untuk menghadiri MTC kali ke-4. Muhasabah? Idea? Cadangan? Usul? Suara? Maka MTC adalah medannya. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli untuk sama menghadiri MTC untuk kebajikan dan kemajuan bersama."
(tolong promote bagi pihak cik hijau)
ps:
sila lawat JPC online untuk keputusan penuh pemilihan pimpinan 10/11.

Pengerusi : Ahmad Azizi Mohd Jusoh
Timbalan Pengerusi 2: Qatrunnada Mohd Farid
Ajk Perempuan

Wednesday, November 24, 2010
buat mereka~
bismillahi walhamdulillah...
tangan rasa gatal nak menulis malam ni.penat melukis cacing-cacing!release kepanasan tangan sekejap.hehe.tak pernah saya menulis sekerap ini dalam seminggu.tapi takpe lah dah ada idea nak tulis tu kena la tulis.kalau tak idea tu akan hilang dan tak kan kunjung tiba.
saya baru sahaja selesai membaca post calon timbalan pengerusi II qatrunnada (link) di blog peribadinya.blog yang saya rasa baru dibuat pada awal november lalu berdasarkan blog archive yang ditulis.ada air jernih mengalir semasa membaca komen-komen yang ditulis.
betapa dia (nada) mendapat sokongan ramai berdasarkan survey kempen, status ym, facebook.hari mengundi sudah semakin dekat.kempen masih hangat dijalankan tetapi sudah nampak sedikit surut jika dibandingkan sebelum ini yang agak tegang.
saya cukup bersyukur mengenali sahabat-sahabat pimpinan sekarang yang kebanyakkannya adalah sahabat baik saya.mereka tidak pernah jemu memberi biarlah apa yang bakal diterima balik tidak sehebat apa yang diberi.mereka tidak pernah lokek untuk hulurkan tangan biarlah terpaksa mengabaikan kepentingan diri, berkorban apa yang ada untuk terus memimpin dan memperjuangkan dakwah islamiyyah yang merupakan mata rantai perjuangan baginda Rasulullah.
mereka sayang PCM kerana mereka tahu apa yang PCM nak bawa.
ku doakan moga-moga Allah memudahkan pimpinan akan datang dalam segenap segi.ameen!
PCM for All!!=)

saya tak nak orang nak join pcm sebab individu , tapi saya nak mereka ni join pcm sebab diorang faham apa pcm nak bawa..
bukan sebab orang, nanti kalau orang tu dah tak kerja dengan pcm, adakah mereka akan terus join pcm... sebab tu saya nak biar semua faham apa pcm bawak, bukan sebab individu diorang nak join pcmmereka sayang pcm sebab mereka faham apa yang ada dalam pcm itu sendiri.bukan calang-calang orang, mereka yang dipilih untuk memikul amanah ini.kuatnya pegangan mereka padaNYA membuatkan mereka terus kuat dan gagah melangkah.tawakal mereka padaNYA menguatkan tekad melangkah, walau hati berat menerima amanah yang dipikul. walau hati tidak mahu, tetapi atas dasar yakin denganNYA tetap juga bekerja. walau hati menangis tetap juga tersenyum demi melihat hati-hati diikat dengan taliNYA.
ku doakan moga-moga Allah memudahkan pimpinan akan datang dalam segenap segi.ameen!
PCM for All!!=)
Tuesday, November 23, 2010
mansoura yang hangat!
bismillahi walhamdulillah..
cuaca di bumi mesir sudah semakin sejuk dari hari ke hari.namun di mansoura ia tetap hangat dengan setiap ahli sibuk berkempen untuk pilihan raya yang dijadualkan pada hari khamis dan jumaat ini.setiap kali musim pilihan raya maka ramailah ahli yang keluar mengutarakan pendapat masing-masing demi meng'highlight'kan calon masing-masing ke depan.
saya bukanlah orang yang layak untuk berkata-kata di sini namun mungkin secebis bingkisan pendapat yang boleh dikongsi.sekadar pemerhati dari setiap gerak kerja dan melihat sendiri sahabat-sahabat saya yang banyak bekerja untuk membawa hala tuju PCM ke arah yang lebih baik setiap tahun.sudah 4 tahun PCM ditubuhkan. sudah 4 tahun juga PCM melalui arus perubahan yang dibawa oleh pengemudi bahtera yang berbeza. tipulah sekiranya tiada perubahan yang berlaku walau sedikit.
melihat dari persaingan yang sihat antara setiap calon yang bertanding terutamanya jawatan pengerusi (isu yang macam pisang goreng sekarang) yang merupakan jawatan terpenting dalam PCM.tidak dinafikan kedua-dua calon yang bertanding mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.jika dilihat kepada manifesto yang dibawa kita boleh menganggarkan pembawakan setiap mereka untuk pimpinan sesi akan datang.
suasana di mansoura sekarang samalah dengan mana-mana institusi pengajian tinggi di malaysia setiap kali ada pilihan raya kampus.sistem demokrasi ini membuka mata dan mendedahkan mahasiswa/i tentang suasana sebenar politik di malaysia, supaya apabila kita pulang nanti kitalah yang membawa anjakan paradigma kepada sistem yang ada sekarang ke arah yang lebih baik.
saya bawakan sebuah analogi.seorang perdana menteri yang memerintah sebuah negara perlu melalui tingkat-tingkat tertentu sebelum dia dipilih untuk menjadi seorang perdana menteri.tiada yang melalui jalan singkat.mereka didedahkan dengan bermacam pengalaman sebelum diberi mandat oleh rakyat untuk mengemudi sebuah negara.bagaimana pula jawatan pengerusi?(fikir-fikirkan)
pengalaman yang ada boleh diaplikasikan untuk membuat sesuatu keputusan pada masa akan datang supaya tidak terjadi pisang berbuah dua kali.pengalaman juga mengajar manusia erti hidup.ada yang mengatakan jika bercakap tentang pengalaman memang tidak akan habis sampai bila-bila.tetapi dalam sebuah organisasi pengalaman itulah yang akan membawa jatuh bangun sesebuah organisasi.
menjadi pemerhati tidak sama dengan orang yang berada di dalam.kadang-kadang sedih melihat lonjakan dan kritikan ahli yang hanya hadir dan panas pada musim pilihan raya.tetapi akan surut dan sejuk selepas pimpinan baru mula bekerja.
jika mahukan perubahan, mentaliti perlu berubah.berubahlah menjadi ahli yang menyumbang dan memberi tidak kira di depan atau di belakang tabir.kita tidak mahu orang yang sama bekerja.tetapi kita tidak tahu kemana hilangnya muka baru selepas kempen selesai. marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk mengislahkan mana yang perlu dan menjadi ahli yang sedia bergerak ke arah yang lebih berKUALITI!!!
kempen kempen jugak jangan lupa solat hajar ye kawan-kawan!!moga Allah memberi dan mengerakkan hati-hati kita pada hari pengundian untuk mengundi yang terbaik.undi yang datang dari hati..bukan undi yang hanya datang dari mulut dan pena!wallahu'alam..
ps:
maaf jika ada terkasar.
dari seorang ahli biasa yang mahukan PCM menjadi luar biasa!!!
boleh melihat review di link-link di bawah:
saudara ashraf [blog] & [formspring]
saudara azizi [blog] & [formspring]
kalam ketua unit akademik 09/10 - exco kekal
kalam timb.ketua unit akademik 09/10
kalam timb.ketua UPP 09/10 - exco kekal
kalam timb.pengerusi II 09/10
kalam mantan pengerusi
saudara firdaus
saudara luwoh
baca dan fikirkan...

Friday, November 19, 2010
manifesto dan berkempen!
bismillahi walhamdulillah..
kesibukan tugasan menyebabkan sudah lama saya tidak mengupdate blog.sedikit kecewa jika melihat pada statistik tulisan saya pada tahun ini berbanding tahun-tahun lalu.saya tidak mampu untuk istiqomah menulis.moga Allah membantu saya untuk terus menulis menyebarkan sedikit warkah dakwah dan luahan pendapat buat semua.
saya cukup terkejut baru-baru ini, menerima tawaran seorang sahabat untuk dicalonkan menjadi calon exco PCM sesi yang baru 10/11.pembelian borang dibuat pada 12-14 november yang lalu.kemudian sesi menghantar borang dilakukan pada sehari sebelum eiduladha.maka dengan lafaz bismillah saya menurunkan tandatangan untuk borang berkenaan.
pada pagi hari raya saya menelefon keluarga untuk wish selamat hari raya sambil-sambil menanyakan tentang perkahwinan sepupu baru-baru ini.apabila diluahkan saya dicalonkan maka ummi saya menyarankan saya untuk menarik diri kerana bimbangkan prestasi akademik yang goyah sebelum ini.carilah mereka yang mantap akademiknya.saya bukanlah orang yang layak untuk memegang portfolio apa pun kerana masih berada di tahun kritikal akademik.
tetapi hari ini saya mengagahkan diri untuk turun ke hari penamaan calon dan berkempen untuk diri sendiri. pertama kali bercakap di depan dan saya menjadi calon kesembilan berucap.sedikit gementar kerana sudah lama saya tidak bercakap di depan orang ramai setelah saya meninggalkan medan debat ala parlimen kira-kira 6 tahun yang lalu.saya lebih suka membuat kerja-kerja di belakang dan membantu mana-mana yang perlu.
saya menyarankan semua pengundi pilihlah calon yang tepat dan istikhorohlah sebelum anda memangkah borang undian.undilah mereka yang mampu, berakhlak mulia, sanggup berkorban harta,masa dan diri untuk kesatuan dan persatuan.
manifesto yang dibawa ialah bekerja untuk islam yang hanya difikir sebelum menurukan tandatangan pada borang pencalonan baru-baru ini.berbanding dengan calon-calon yang lain yang lebih mantap manifesto mereka.mereka yang bakal menjadi exco mestilah bersedia untuk memberi dan berkhidmat kepada semua.jika saya tidak dipilih pun saya masih tetap akan sedia berkhidmat untuk persatuan kerana mereka yang bekerja untuk islam tidak pernah cuti.
setiap kita adalah pemimpin dan khalifah, yang paling utama adalah mereka yang mampu memimpin diri sendiri ke arah jalan yang diredhai Allah.selamat berkempen dan mengundi kepada semua.doakan yang terbaik buat saya!

undi anda adalah rahsia!=)
Monday, November 8, 2010
zulhijjah datang lagi
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
adaptasi dari:
ustaz zaharuddin -[link]
Sunday, October 24, 2010
Thoriq Ziyad - Our brand new Son shine
bismillahi walhamdulillah...
hari ini hari yang mengembirakan semua orang mansoura kerana kami dapat lagi seorang anak sedara.yea!tahniah kiki & ust.kadir atas kelahiran cahaya mata pertama..dilahirkan di hospital dengan berat 3 kg (around 8am) dengan kelahiran normal.
hari ni juga adalah birthday cik nuT.so tak dapat la gi tengok ziyad lagi.sambut birthday kanutt dekat ocean.thanks kanutt for the meals (birthday gurl belanja).kelaka la plak rasa sebab baru ni kanutt ada cerita dia cakap kat kiki suh baby keluar tarikh sama birthday dengan dia..tup tup saya gi kelas hari ni ada orang cakap kiki dah bersalin..masin btol mulut kakak sorg ni!
rasa macam baru semalam je prepare and pergi kenduri kiki ni..dan baru seminggu lepas kaki baby tu duk tendang2 muka auntie pada majlis kesyukuran Puteri..apa pun tahniah untuk mereka berdua!!
Muhammad Thoriq Ziyad b Abd Kadir
(umi & abi dia nak bagi nama lain sebenarnya)
mirip kiki
(dah dapat kat kiki dulu nama thoriq ziyad)
aunties yang penyayang!
dah buke mata~
share the same birthday with auntie nuT
ciuman kasih sayang dari auntie yaya!=)
tahniah buat kiki dan ustaz kadir
moga thoriq ziyad bakal menjadi pejuang macam namanya!
jadi anak soleh ye ziyad!
happy birthday juge buat nuT!
smoga panjang umur murah rezeki
berjaya didunia n akhirat=)
Monday, October 4, 2010
Takbir-takbir Cinta
bismillahi walhamdulillah...
apa khabar iman kita hari ini?moga anda semua berada dalam limpahan rahmat dan hidayah Allah sentiasa.hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku dengan anda semua.
tajuknya adalah takbir-takbir cinta karangan Riyanto el-Harits.buku ini dihadiahkan oleh seorang sahabat (cik hasanah aka as) semasa saya berkunjung ke iium kuantan baru-baru ini.entry ini saya tulis khas buat beliau.
takbir-takbir cinta mengisahkan seorang anak muda yang mewakili hidup penulis sendiri dengan nama watak utamanya adalah el-Harits.el-Harits merupakan anak muda yang dilahirkan dalam keluarga yang agak susah di indonesia.beliau dibesarkan di kota cirebon oleh ibunya kerana ayahnya seorang kelasi kapal yang separuh hidupnya dihabiskan di laut.ibunya membesarkan semua ketujuh-tujuh anaknya dengan hasil kiriman wang dan jualan sayur.
penulis memulai cerita ini dengan dia mengingati kembali janji kepada almarhumah ibunya kuminah binti kumang atau orang kampung memanggilnya bi am!sebelum itu dia bermimpi didatangi seorang yang berjubah putih dengan memegang mahkota yang hitam dan sedikit berkarat.orang itu menyuruhnya memegang mahkota tersebut.namun apabila beliau mendekatinya tiba-tiba mahkota terbabit menjadi rapuh.
el-Harits menanyakan isterinya tentang mimpi tersebut.isterinya kemudian menafsirkan kalau-kalau ada janji yang beliau belum tunaikan.seingatkan beliau telah menunaikan semua janjinya.kemudian isterinya berkata mungkin janji-janji masa lalu yang belum ditunaikan.lantas dia teringat janji kepada ibunya..
selepas itu penulis menghuraikan kisah hidupnya dari mula dia sekolah sehinggalah sekarang dengan teknik imbas kembali (flashback).dari mula sekolah lagi dia bekerja sebagai seorang waiter di sebuah kedai makan dan kemudian dia bekerja sebagai pengutip sampah untuk membantu meringankan beban ibunya.namun ibunya menghalang niat baiknya itu supaya dia tetap sekolah.
dalam kesusahan itu, keluarga kecil itu ditimpa bermacam-macam musibah sehinggalah kematian ibunya yang disebabkan oleh barah hati.selepas kematian ibunya,el-Harits tidak patah semangat.dia bekerja untuk membantu menyara keluarganya.kemudian atas usahanya yang tidak jemu akhirnya dia diterima masuk ke sekolah tinggi pandu negeri (STPN).
di STPN dia menceritakan betapa susahnya dia belajar untuk menjadi seorang Pegawai Keamanan bermula dari hari pertama hinggalah beliau tamat pengajian dan bergelar PK.pada mulanya dia seakan mahu berputus asa lantas dia teringatkan janjinya pada ibu, dia bangkit meneruskan perjuangannya.
kemudian selepas tamat pengajian akhirnya dia ditempat bekerja di kawasan pendalaman indonesia yang jauh dari segala kemudahan.bermacam-macam dugaan dia hadapi, tetapi tetap teruskan perjuangannya untuk menunaikan sebuahnya janji.
akhirnya selepas, 15 tahun barulah dia berjaya untuk memenuhi janjinya kepada almarhumah ibu untuk menunaikan fardhu haji keatas almarhumah ibunya..
“Pengalaman saya ketika menghajikan almarhumah ibu kandung, saya merasa seakan kembali dalam nuansa air ketuban. Saya hancur menjumpai Allah dalam jiwa yang kosong mencapai titik nol, inilah Yang Maha Cinta yaitu Allah Swt. itu sendiri, yang kita kenal lewat kasih sayang seorang ibu, penuh pengorbanan tanpa pamrih. Pembaca akan merasakan apa yang disajikan oleh Riyanto El Harits dalam novel ini, yang karena sabda ibunya membuatnya terjaga untuk tetap semangat dan memberikan yang terbaik, ketika di STPDN/IPDN atau dalam tugas dan pengabdian, kendati ibunya sudah lama tiada.”
Inu Kencana Syafiie, dosen IPDN, pengarang IPDN Undercover.
pengajaran yang diambil dari novel ini adalah
- jangan mudah berputus asa dalam setiap dugaan yang kita tempuhi
- hendaklah jujur dan amanah dalam melaksanakan kerja yang diberi barulah hidup berkat
- menunaikan janji terutamanya kepada ibu bapa
- mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syarak
kempen membaca.jom membaca!
Saturday, September 25, 2010
selamat kembali ke kuliah!
bismillahi walhamdulillah...
selamat meneruskan sesi pengajian 10/11 kepada sahabat-sahabat di mesir terutamanya di mansoura.moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.marilah sama-sama kita memburu kecemerlangan untuk mengembalikan kegemilangan ummah.
kepada yang kurang bernasib baik atau terpaksa mengulang tahun jadikanlah tahun yang mengulang ini untuk kita muhasabah kembali di mana titik untuk kita bina kembali semangat untuk teruskan perjuangan.ingat gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.orang-orang yang berjaya dahulu pun melalui jalan yang sama.mereka juga pernah gagal sebelum berjaya.
pulihkan kembali semangat anda kerana orang lain tidak mampu untuk menolong anda melainkan diri anda sendiri.kepada yang berjaya tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya melepaskan ujian dur thani.hanya yang melalui mampu merasai.
baikilah kembali sikap-sikap atau cara kita untuk menjadi seorang doktor muslim.smoga kita semua berjaya dengan cermerlang tahun ini.semangat baru.azam baru.motivasi baru.tahun baru!=)
selamat kembali ke kuliah^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)