kesibukan tugasan menyebabkan sudah lama saya tidak mengupdate blog.sedikit kecewa jika melihat pada statistik tulisan saya pada tahun ini berbanding tahun-tahun lalu.saya tidak mampu untuk istiqomah menulis.moga Allah membantu saya untuk terus menulis menyebarkan sedikit warkah dakwah dan luahan pendapat buat semua.
saya cukup terkejut baru-baru ini, menerima tawaran seorang sahabat untuk dicalonkan menjadi calon exco PCM sesi yang baru 10/11.pembelian borang dibuat pada 12-14 november yang lalu.kemudian sesi menghantar borang dilakukan pada sehari sebelum eiduladha.maka dengan lafaz bismillah saya menurunkan tandatangan untuk borang berkenaan.
pada pagi hari raya saya menelefon keluarga untuk wish selamat hari raya sambil-sambil menanyakan tentang perkahwinan sepupu baru-baru ini.apabila diluahkan saya dicalonkan maka ummi saya menyarankan saya untuk menarik diri kerana bimbangkan prestasi akademik yang goyah sebelum ini.carilah mereka yang mantap akademiknya.saya bukanlah orang yang layak untuk memegang portfolio apa pun kerana masih berada di tahun kritikal akademik.
tetapi hari ini saya mengagahkan diri untuk turun ke hari penamaan calon dan berkempen untuk diri sendiri. pertama kali bercakap di depan dan saya menjadi calon kesembilan berucap.sedikit gementar kerana sudah lama saya tidak bercakap di depan orang ramai setelah saya meninggalkan medan debat ala parlimen kira-kira 6 tahun yang lalu.saya lebih suka membuat kerja-kerja di belakang dan membantu mana-mana yang perlu.
saya menyarankan semua pengundi pilihlah calon yang tepat dan istikhorohlah sebelum anda memangkah borang undian.undilah mereka yang mampu, berakhlak mulia, sanggup berkorban harta,masa dan diri untuk kesatuan dan persatuan.
manifesto yang dibawa ialah bekerja untuk islam yang hanya difikir sebelum menurukan tandatangan pada borang pencalonan baru-baru ini.berbanding dengan calon-calon yang lain yang lebih mantap manifesto mereka.mereka yang bakal menjadi exco mestilah bersedia untuk memberi dan berkhidmat kepada semua.jika saya tidak dipilih pun saya masih tetap akan sedia berkhidmat untuk persatuan kerana mereka yang bekerja untuk islam tidak pernah cuti.
setiap kita adalah pemimpin dan khalifah, yang paling utama adalah mereka yang mampu memimpin diri sendiri ke arah jalan yang diredhai Allah.selamat berkempen dan mengundi kepada semua.doakan yang terbaik buat saya!
undi anda adalah rahsia!=)
No comments:
Post a Comment