Tuesday, November 23, 2010

mansoura yang hangat!

bismillahi walhamdulillah..

cuaca di bumi mesir sudah semakin sejuk dari hari ke hari.namun di mansoura ia tetap hangat dengan setiap ahli sibuk berkempen untuk pilihan raya yang dijadualkan pada hari khamis dan jumaat ini.setiap kali musim pilihan raya maka ramailah ahli yang keluar mengutarakan pendapat masing-masing demi meng'highlight'kan calon masing-masing ke depan.

saya bukanlah orang yang layak untuk berkata-kata di sini namun mungkin secebis bingkisan pendapat yang boleh dikongsi.sekadar pemerhati dari setiap gerak kerja dan melihat sendiri sahabat-sahabat saya yang banyak bekerja untuk membawa hala tuju PCM ke arah yang lebih baik setiap tahun.sudah 4 tahun PCM ditubuhkan. sudah 4 tahun juga PCM melalui arus perubahan yang dibawa oleh pengemudi bahtera yang berbeza. tipulah sekiranya tiada perubahan yang berlaku walau sedikit.

melihat dari persaingan yang sihat antara setiap calon yang bertanding terutamanya jawatan pengerusi (isu yang macam pisang goreng sekarang) yang merupakan jawatan terpenting dalam PCM.tidak dinafikan kedua-dua calon yang bertanding mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.jika dilihat kepada manifesto yang dibawa kita boleh menganggarkan pembawakan setiap mereka untuk pimpinan sesi akan datang.

suasana di mansoura sekarang samalah dengan mana-mana institusi pengajian tinggi di malaysia setiap kali ada pilihan raya kampus.sistem demokrasi ini membuka mata dan mendedahkan mahasiswa/i tentang suasana sebenar politik di malaysia, supaya apabila kita pulang nanti kitalah yang membawa anjakan paradigma kepada sistem yang ada sekarang ke arah yang lebih baik.

saya bawakan sebuah analogi.seorang perdana menteri yang memerintah sebuah negara perlu melalui tingkat-tingkat tertentu sebelum dia dipilih untuk menjadi seorang perdana menteri.tiada yang melalui jalan singkat.mereka didedahkan dengan bermacam pengalaman sebelum diberi mandat oleh rakyat untuk mengemudi sebuah negara.bagaimana pula jawatan pengerusi?(fikir-fikirkan)

pengalaman yang ada boleh diaplikasikan untuk membuat sesuatu keputusan pada masa akan datang supaya tidak terjadi pisang berbuah dua kali.pengalaman juga mengajar manusia erti hidup.ada yang mengatakan jika bercakap tentang pengalaman memang tidak akan habis sampai bila-bila.tetapi dalam sebuah organisasi pengalaman itulah yang akan membawa jatuh bangun sesebuah organisasi.

menjadi pemerhati tidak sama dengan orang yang berada di dalam.kadang-kadang sedih melihat lonjakan dan kritikan ahli yang hanya hadir dan panas pada musim pilihan raya.tetapi akan surut dan sejuk selepas pimpinan baru mula bekerja.

jika mahukan perubahan, mentaliti perlu berubah.berubahlah menjadi ahli yang menyumbang dan memberi tidak kira di depan atau di belakang tabir.kita tidak mahu orang yang sama bekerja.tetapi kita tidak tahu kemana hilangnya muka baru selepas kempen selesai. marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk mengislahkan mana yang perlu dan menjadi ahli yang sedia bergerak ke arah yang lebih berKUALITI!!!

kempen kempen jugak jangan lupa solat hajar ye kawan-kawan!!moga Allah memberi dan mengerakkan hati-hati kita pada hari pengundian untuk mengundi yang terbaik.undi yang datang dari hati..bukan undi yang hanya datang dari mulut dan pena!wallahu'alam..

ps:
maaf jika ada terkasar.

dari seorang ahli biasa yang mahukan PCM menjadi luar biasa!!!

boleh melihat review di link-link di bawah:

saudara ashraf [blog] & [formspring]


saudara azizi [blog] & [formspring]


kalam ketua unit akademik 09/10 - exco kekal
kalam timb.ketua unit akademik 09/10

kalam timb.ketua UPP 09/10 - exco kekal
kalam timb.pengerusi II 09/10

kalam mantan pengerusi

saudara firdaus

saudara luwoh

baca dan fikirkan...

No comments: