Saturday, September 25, 2010

selamat kembali ke kuliah!


bismillahi walhamdulillah...

selamat meneruskan sesi pengajian 10/11 kepada sahabat-sahabat di mesir terutamanya di mansoura.moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.marilah sama-sama kita memburu kecemerlangan untuk mengembalikan kegemilangan ummah.

kepada yang kurang bernasib baik atau terpaksa mengulang tahun jadikanlah tahun yang mengulang ini untuk kita muhasabah kembali di mana titik untuk kita bina kembali semangat untuk teruskan perjuangan.ingat gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.orang-orang yang berjaya dahulu pun melalui jalan yang sama.mereka juga pernah gagal sebelum berjaya.

pulihkan kembali semangat anda kerana orang lain tidak mampu untuk menolong anda melainkan diri anda sendiri.kepada yang berjaya tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya melepaskan ujian dur thani.hanya yang melalui mampu merasai.

baikilah kembali sikap-sikap atau cara kita untuk menjadi seorang doktor muslim.smoga kita semua berjaya dengan cermerlang tahun ini.semangat baru.azam baru.motivasi baru.tahun baru!=)

selamat kembali ke kuliah^_^

No comments: