Sunday, September 5, 2010

selamat tiba di malaysia.

bismillahi walhamdulillah..

terima kasih buat sahabat2 yang mendoakan perjalanan saya dari cairo ke kuala lumpur dengan transit 2 jam di bahrain.perjalanan yang lancar dan selesa.cuma cuaca yang kurang memuaskan semasa perjalanan dari bahrain ke kuala lumpur menyebabkan pesawat sedikit bergegar kerana cuaca monsun di perairan india yang tidak menentu.



perjalanan saya dari cairo ke bahrain memakan masa 3jam.penumpang disebelah saya adalah seorang ibu muda dengan seorang baby boy yang usianya tidak sampai 3bulan kut.dia hanya berdua tetapi nasib baik ada penumpang sebelah lagi yang baik hati menolong sesama ahmed menangis.bayangkan bagi susu dia masih menangis.mungkin tidak selesa naik flight kut.(kepada ibu-ibu dan bakal ibu yg akan bermusafir silalah berpakaian yg selesa untuk anda breast feeding.susah jika anda memakai baju yang sedikit ketat atau yg sewaktu denganya.saya bukan nak kata kat jiran ummu ahmed tu.cumanya ada yg patut kita amik pengajaran.moga Allah ampunkan saya.)


2 jam di bahrain terasa sebentar.flight dari bahrain ke kuala lumpur memakan masa 7jam setengah.alhamdulillah sewaktu mendarat di klia disambut dengan hujan renyai-renyai.disambut oleh meen dan 3 orang adiknya yang mengirim rutob (kurma muda).so setel satu kiriman.naik ke tingkat atas saya terus ke kaunter mas untuk check jika masih kosong flight pada petang itu ke terengganu.pakcik tu kata penuh.tapi kalau nak mencuba nasib dia suh ke kaunter standby.akak tu kata saya masukkan nama awak ke waiting list jika masih kosong dan dia akan memanggil saya pada pukul 210pm.alhamdulillah rezeki untuk pulang petang ada.kalau tak terpaksalah melangut di klia untuk flight pada malamnya.


sedih meninggalkan sahabat2 yang mana tenaga kerja yang tidak menang tangan untuk sambutan pelajar baru USMB dan majlis hari raya yang terdekat.manakala yang masih tinggal di sana mereka yang rata-ratanya masih memduduki exam dur thani.moga Allah membantu kalian.

moga ada yang dapat saya tolong walaupun masih berada di malaysia.kepada yang exam jangan lupa berdoa dan jawab elok2 ye.dan bagi yang akan pulang bercuti selamat pulang.moga selamat dalam perjalanan.jangan lupa doakan semasa di permusafiran.

need to go.mata tak ngantuk lagi..jetlag.huhu=)

No comments: