sedar tak sedar kita telah hampir berganjak ke separuh dari bulan disember.ini bermakna tidak sampai dari 2 minggu dari sekarang tahun baru masihi akan menjengahkan tabirnya.dan dalam kekalutan kita meniti perjalanan hidup setiap hari bulan pertama tahun hijrah juga akan datang kepada kita dalam masa tidak sampai sehari lagi.
di sini saya ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda bersedia dengan azam baru dan perancangan baru untuk kita masuk ke tahun baru??jika masih belum ada..sebaiknya kita muhasabah balik setahun yang lepas.adakah kita sudah mencapai azam yang diimpi??target dalam semua perkara sudah terlunas atau belum??
kemudian kita susun balik apa yang belum tercapai untuk dijadikan target dan azam yang baru.jika sudah dicapai..alhamdulillah..teruskan dengan azam yang baru!
tahun ini dirasakan sangat cepat berlalu.stiap hari bagai cepat sahaja ia meninggalkan kita.betullah kata pepatah arab masa itu umpama pedang, jika tidak berjaya memotongnya maka ia akan memotong kita.mungkin juga time management saya masih terdapat lopong yang perlu ditampal dan dibaiki.
banyak benda yang perlu di'settle'kan tapi masih belum dapat dibuat.checklist sudah semakin panjang.ya Allah mudahkanlah semua urusanku dari urusan rumahtangga serta urusan dunia dan akhiratku.
tahun ini saya menerima amanah untuk menjadi mentor sc, merupakan tahun pertama saya sanggup untuk menjadi seorang mentor.seperti sebelum ini saya memilih untuk menolak kerana merasakan diri ini tidak layak untuk memikul beban amanah tersebut.kekurangan ilmu, public speaking, dan skill penyampaian merupakan faktor utama penolakan.
terpikulnya saya tanggungjawab ini bukan bermakna faktor utama telah saya baiki dan atasi namun saya telah berfikir semasak-masaknya kerana jika saya tidak mengambil peluang ini, tidak mungkin saya mampu untuk berubah dan membangunkan diri.saya juga tidak mungkin mampu untuk berlatih menyampaikan islam kepada patient saya nanti.
saya juga tiada pengalaman dalam menjadi mentor atau naqibah.jika di sekolah dahulu, makanan rohani selalu disuap oleh ustaz dan ustazah.saya mengenali institusi usrah atau halaqah ini ketika saya menuntut di darul Quran, jakim.bukan di sekolah tidak ada usrah tapi saya belajar usrah yang sebenar di DQ.apa yang perlu ada dalam usrah dan apa yang kesan yang kita dapat dari usrah tersebut.
saya jeles dengan mereka yang telah banyak pengalaman sebelum ini.tidak salah kiranya anda berkongsi dan membantu saya untuk memegang tanggungjawab ini.nasihati saya jika saya salah.pimpinlah saya jika saya tergelincir.selamat ber 'smart cricle' warga mansoura.moga dengan sc ini kita mampu menjadi muslim doctor yang berguna pada agama bangsa dan negara.
sabda Rasulluhlah saw: sampaikan dariku walau satu ayat
-tanggungjawab lebih banyak dari masa-
No comments:
Post a Comment