Friday, December 25, 2009

10 Muharram - Asyura

bismillahi walhamdulillah...

kalau mengikut kalendar hijrah mesir esok merupakan 10 muharram atau asyura.tetapi di malaysia dijangka pada hari ahad.ini kerana berdasarkan perkiraan mufti mesir yang mengatakan 1 muharram adalah pada hari khamis minggu sebelumnya (mesir menyambut eiduladha awal sehari).so esoklah 10 muharram di mesir.jom pakat2 kita puasa hari asyura.

kalau di malaysia masyarakat sekeliling akan bergotong-royong membuat bubur asyura.bubur asyura menambahkan rindu saya pada kampung halaman.susahnya untuk membuat dan mengacau bubur asyura itu berbaloi kerana nikmat dan rasa yang sedap serta dapat mengeratkan ukhwah dan tali persaudaraan.

 Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :
- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s. - Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
 - Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(sumber: ym forwarded message)

Diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa r.a. : suatu ketika pada hari Asyura’ (hari ke-10 bulan Muharram), Nabi Muhammad Saw. memerintahkan seseorang untuk mengumumkan,” siapa pun yang telah makan, janganlah makan lebih banyak tetapi puasalah, dan siapa pun yang belum makan, janganlah makan tetapi sempurnakanlah puasanya (hingga akhir hari)”.H.r Bukhari.

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari as Syura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

p/s:
congrates! buat adik2 form 3 yang mendapat keputusan cemerlang dalam pmr semalam.

No comments: