bismillahi walhamdulillah...
satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota makkah ke kota madinah
atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah membentuk perpaduan
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman
ingatkah anda lagu di atas.lagu ini adalah lagu yang sentiasa dimainkan apabila sampai satu muharram.apabila sampai satu muharram maka kita akan teringat penghijrahan agung nabi Saw bersama para sahabat dari makkah ke madinah.peristiwa yang membawa kepada perkembangan islam dan atas perintah Allah.
maka selepas peristiwa tersebut tiada la penghijrahan agung seperti itu hingga zaman ini.cuma yang ada adalah proses perubahan dan penghijrahan daripada yang buruk kepada yang baik dan yang maksiat kepada pahala.
sempena dengan tahun baru islam ini saya ingin mengajak anda semua supaya tanamkan perasaan cintakan akhirat dan jauhilah perasaan cinta dunia dan takut mati..mari kita renungkan tiga firman Allah ini:
-salam maal hijrah-
No comments:
Post a Comment