Hadis Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi s.a.w katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ada empat jenis binatang jahat yang boleh dibunuh di tanah halal ataupun di Tanah Haram, iaitu burung helang, burung gagak, tikus dan anjing liar.
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak berdosa bagi orang yang membunuh lima jenis binatang walaupun di Tanah Haram dan mereka pula dalam keadaan berihram. Binatang-binatang tersebut ialah tikus, kala jengking, burung gagak, burung helang dan anjing liar.
Hadis Jabir r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat dari kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada satu kelompok dari Bani Israel yang telah lenyap, tidak diketahui apakah yang dilakukan oleh mereka (menyebabkan mereka lenyap). Aku kira mereka telah menjadi tikus. Tidakkah kamu perhatikan, sekiranya kita berikan susu unta kepada tikus, ia tidak meminumnya, tetapi jika ia diberikan susu kambing, ia akan meminumnya.
adapted from: epondok.wordpress
masalah yg sering berulang di sini.tak taw la tikus mesir ni belajar di mana..sgt cerdik mungkin!habis segala macam jenis lubang ditutup tapi masih ada peluang utk dia masuk.sudah kehilangan punca bagaimana mahu mengatasi masalah ini.hendak dikatakan suka tempat kotor tidak juga..tikus ni suka plak duduk dalam dapur..bawah peti..belakang almari..dalam kotak..
sudah beberapa kali menjalankan 'operasi memerangi tikus' tapi ia masih berulang.datangnya sewaktu kami akan exam.ke tikus ni nak exam jugak???winter pun dia ade..summer pun dia ada..huhu..tikus mesir demand tinggi.makan makanan malaysia..suka sgt menceroboh kotak makanan!yang pelik juga..mama cakap apabila pasangkan perangkap umpannya adalah..timun batang!!!
sekian cerita tikus hari ini..wallahu'alam..
~mice are not allowed here~
No comments:
Post a Comment