bismillahi walhamdulillah...
setelah sekian lama blog ditinggalkan sepi..akhirnya malam ini Allah bagi kekuatan buat saya utk kembali mengisi dgn entry terbaru.tajuk pun takde.hampir sebulan lebih blog ini ditinggalkan sepi,usang dan berhabuk.sampai dah ada orang komen kat shout box..bile nak update new entry.bukan malas untuk update.tapi kekangan masa yang tidak menentu tambahan dengan emosi yang kurang stabil sejak sebulan lebih yang lalu...
sedih kerana terpaksa menyendiri untuk berjuang disini..kerana housemates telah pulang ke tanah air tercinta.dan saya terpaksa berjuang kembali membelek nota untuk kembali 'resit' exam.moga Allah terus memberi kekuatan buat kami yang exam.moga ada hikmah disebaliknya.tapi alhamdulillah..berkat sokongan sahabat2 yang masih tinggal di sini saya mampu bertahan sampai sekarang.jazakumullah buat semua.moga Allah rahmati kalian.
baru-baru ini, kak azah telah menerbangkan semangat dari housemate dan kak ida.kembali bersemangat apabila mendapat gudluck charm dan kad semangat dari mereka.walaupun barang pengganti mereka,seperti saya sedang bercakap dengan mereka.thnks!tiada kata mampu dilafazkan di sini.buat sahabat2 yg lain yg tidak putus mengirim doa dan msg smgt..jasa kalian amat dihargai.manisnya ukhuwah apabila jauh diikat dengan tali ilahi..
buat sahabat yang 'kena exam':buatlah sehabis baik.usaha semaksimum mungkin untuk kali ini.jangan putus asa.jangan henti berdoa.jangan letih untuk mengulang.jauhi malas yang bermaharajalela..kerana anda masih ada peluang.selagi masa masih ada..selagi kita ada semangat untuk bermujahadah..selagi kita masih tidak putus asa dengan rahmat Allah..selagi kita yakin Allah ada..selagi itulah kita akan dapat melakukannya!!!
pesan juga buat diri sendiri.saya tahu bukan senang untuk bangun setelah kita jatuh.selagi kita belum bangun..selagi itu kita tidak akan mampu untuk berjalan dan berlari melihat tinggi rendahnya langit.marilah kita sama2 mendoakan kejayaan bersama..insyaAllah..yakin dan bersangka baik dengan Allah..YOU ARE NOT ALONE!!!!
hari ini saya sedih kerana saya tidak dapat menjawab oral dgn baik.mungkin saya kurang usaha.tapi saya hanya serahkan pada Allah.hanya Dia sekarang tempat saya mengadu.saya tidak mampu untuk berkata apa.tetiba menjadi blurr berada di depan doktor.tidak tahu kemana perginya ilmu saya.kembali pada Pemberinya.sekelip mata sahaja Dia mampu untuk menarik ilmu yang diberi.kita tidak punya apa melainkan nikmat kurniaanNya...ya Allah..aku harap padaMu..tolonglah aku!!!
warkah rindu buat mereka:
- saya rindukan ummi dan ayah.
- saya rindukan mak sedara (xleh tlg dia buat kueh raya) pak sedara dan sepupu sepapat
- rindukan afham (miss him so much!!!...xsabo nk balik jumpa kamu)dan anak2 sepupu yg lain..
- rindukan musim buah di malaysia
- rindu untuk bertarawih di masjid...
- rindu my bestfren n family..
- rindu kawan2 sekolah,dq,uia..kini..sanah..
- rindu baitullah...
- rindu byk lagi yg tak termampu untuk di tulis di sini..
~HOLDING ON YOU~
2 comments:
saya sebak baca entry kamu
dan saya rasa nak menangis baca nama saya di sini
T__T
saya doakan kamu sentiasa dalam solat, dalam hati..moga Allah kuatkan langkah kaki kamu, daiman!
moga Allah bg ganjaran sebaiknya untuk ketabahan kamu tempuh cabaranNya.
kamu, take care
sayang kamu salu
salam kak zatiii..sayunya dengar rintihan hati ini!tiba2 nis yg rasa xsemangat rasa semanagt dengan kata2 kak zati!tenqiuu~~sama2 teruskan usaha.insyaallah,najjah sumea.aminn=)
Post a Comment