Friday, August 21, 2009

ramadhan kareem:)

bismillahi walhamdulillah...

sedar tak sedar syaaban sudah sebulan pergi meninggalkan kita..kini ramadhan kembali menjengahkan tabir..petang ini syaitan dan iblis serta konco-konco nya akan diikat dan dibelenggu selama sebulan.bulan yang menyaksikan pesta ibadah dan promosi untuk mengutip saham pahala yang berlipat kali ganda.


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
(al-baqarah:183)

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
(al-baqarah : 184)

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(al-baqarah : 185)

bulan yang di mana di dalam terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam.bulan yang pahala dilipatgandakan.bulan tarbiyyah.bulan yang doa dimakbulkan tanpa halangan.banyak lagi kalau ingin dinukilkan disini.yang pasti janganlah kita melepaskan peluang untuk merebut sebanyak mungkin saham akhirat.

kali ini saya merupakan kali ke 3 saya berpuasa di bumi mesir.puasa di sini lebih meriah jika dibandingkan dengan tanah air tercinta.meriahnya bukanlah dari segi pesta makanan ketika berbuka dengan juadah yang pelbagai di bazar ramadhan ataupun pelbagai hotel yang mengadakan promosi makanan dengan puluhan menu.bukan juga dengan ramaiya orang ke pasar raya untuk memborong dengan harga runtuh!(elakkan pembaziran ye kawan2)

tetapi meriahnya mereka berlumba-lumba membuat persiapan rapi untuk menyambut bulan mulia ini.baju untuk ramadhan siap dijahit sebelumnya.tidak seperti kita...hanya ada baju untuk eid sahaja.rumah dibersihkan dan disusun atur rapi.tanglung dan lampu serta pelita dipasang disepanjang lorong.banner,poster,kain rentang dan flyers direntangkan di lorong2 dan masjid2 tentang fadhilat dan hebatnya bulan ini.

tidak kurang dengan golongan bangsawan di sini.mereka menjemput segenap pelusuk kampung termasuk kami golongan pelajar asing untuk berbuka bersama mereka.mereka mahu merebut pahala memberikan makanan pada mereka yang berpuasa sama seperti pahala orang yang berpuasa.tilawah dan qiamulail dijadikan wadah lengkap di setiap masjid bermula dari satu ramadhan lagi.

last but not least, saya ingin mengucapkan RAMADHAN KAREEM! kepada semua umat islam seluruh dunia.meriahkan bulan ini dengan amalan2 wajib dan sunat.moga kita semua mendapat ijazah dari universiti ramadhan ini..

Setting NIAT,
Upgrade IMAN,
Download SABAR,
Delete DOSA,
Approve MAAF &
Hunting PAHALA.
BiaR Kita Getting GUEST LIST Masuk SURGA-Nya .
Pulang ke kampung SURGA bersama!
Guna Kereta JIHAD yang Berbahan Bakar ISTIQOMAH,
dengan pemandu KEIKHLASAN,
Melalui Jalan IMAN,,
dan jangan lupa bawa peta QUR"AN & SUNNAH,juga Bekal TAQWA....

~ramadhan yang sama, natijah yang berbeza~

Friday, August 14, 2009

sekitar walimah sahabat dan sahabiah:)

bismillahi walhamdulillah...

muhammad izzat md kamal + wan aimi rashidah wan mokhtar



majlis berlangsung pada 24 julai 2009 di Kg.Sungai Derhaka, Kuala Terengganu.di rumah pengantin perempuan.akad nikah dilakukan sebelum solat jumaat.aimi merupakan perintis kepada batchnya..yang mana org sentiasa tertanya-tanya 2nd batch ni tak de ke yg nak anta wakil utk kawen..hehe..aimi juga perintis kepada bdk2 SHAMS spm 05.she da 1st among them.
dia juga yg pertama kawen antara family yt yg kawen..

esoknya majlis di rumah pengantin lelaki di pasir mas, kelantan.izzat aka pokjat merupakan pengerusi perubatan mansoura bg 2 sesi 07/08 dan 08/09 manakala aimi merupakan penasihat pcm 08/09.keduanya merupakan org kuat pcm.(gmbr diatas kredit to alya.photographer berjaya on dat day.diambil dari facebook)lagi berita n cerita boleh di bace di sini..blog pcm..

muhammad ikram ishak + nurul huda abd aziz



pasangan kedua ini diijabkabul pada hari isnin yg lepas.ikram merupakan pelajar tahun 3 perubatan mansoura manakala kak huda baru sahaja menamatkan pengajian di universiti perguruan sultan idris.majlis di sebelah pihak lelaki bakal diadakan selepas raya insyaAllah..(gmbr kredit to ust.salman..diambil dari blog beliau)

fadhil + tina
(sorry nama penuh xtaw)



pasangan ini merupakan pelajar semester 7 program mansoura manchester.tarikh yg tepat tidak dapat dipastikan.ikatan kasih dari pantai timur (terengganu-tina) dipateri kukuh berijabkabulkan pasangan dari selatan (fadhil-johor)..dgr cerita mahu mengadakan majlis kembali di mansoura..tercapailah hajat2 kami yg xkesampaian nk pergi ke majlis mereka.

syahid + amalina ismail



diijabkabulkan pada 19 mei 2009.merupakan pelajar perubatan di uia kuantan.amalina merupakan sahabat saya di dq dahulu.dia juga telah mengikut jejak langkah banat2 dq gen6 yg lain.amalina merupakan yg ke 3 batch gen6 yg mengakhiri zaman bujang selepas nurul dan atiq.ceritanya boleh dibaca di sini.

wardah roslan + faizal norhalim



wardah merupakan banat ke4 yg menamatkan zaman bujang dengan ikatan cinta yg halal.diijabkabulkan 1 Ogos 09 yg lalu.pasangan ini kedua-duanya berasal dari kelantan.wardah merupakan pelajar tahun 2 perubatan di uia.faizal juga merupakan pelajar perubatan di russia...

Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma jama'a baynakuma fil khairin

Semoga Allah memberkatimu dan mudah-mudahan mengekalkan keberkahan atas dirimu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.


p/s:

kredit to alya,hannah utk gmbr di facebook.
do pray for my exam isnin 17 aug 2009.

~balighna ramadhan~

Thursday, August 13, 2009

Galakan membunuh tikus

Hadis Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi s.a.w katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ada empat jenis binatang jahat yang boleh dibunuh di tanah halal ataupun di Tanah Haram, iaitu burung helang, burung gagak, tikus dan anjing liar.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak berdosa bagi orang yang membunuh lima jenis binatang walaupun di Tanah Haram dan mereka pula dalam keadaan berihram. Binatang-binatang tersebut ialah tikus, kala jengking, burung gagak, burung helang dan anjing liar.

Hadis Jabir r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat dari kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ada satu kelompok dari Bani Israel yang telah lenyap, tidak diketahui apakah yang dilakukan oleh mereka (menyebabkan mereka lenyap). Aku kira mereka telah menjadi tikus. Tidakkah kamu perhatikan, sekiranya kita berikan susu unta kepada tikus, ia tidak meminumnya, tetapi jika ia diberikan susu kambing, ia akan meminumnya.

adapted from: epondok.wordpress

masalah yg sering berulang di sini.tak taw la tikus mesir ni belajar di mana..sgt cerdik mungkin!habis segala macam jenis lubang ditutup tapi masih ada peluang utk dia masuk.sudah kehilangan punca bagaimana mahu mengatasi masalah ini.hendak dikatakan suka tempat kotor tidak juga..tikus ni suka plak duduk dalam dapur..bawah peti..belakang almari..dalam kotak..

sudah beberapa kali menjalankan 'operasi memerangi tikus' tapi ia masih berulang.datangnya sewaktu kami akan exam.ke tikus ni nak exam jugak???winter pun dia ade..summer pun dia ada..huhu..tikus mesir demand tinggi.makan makanan malaysia..suka sgt menceroboh kotak makanan!yang pelik juga..mama cakap apabila pasangkan perangkap umpannya adalah..timun batang!!!

sekian cerita tikus hari ini..wallahu'alam..

~mice are not allowed here~

Tuesday, August 11, 2009

11-08-09

bismillahi walhamdulillah...

setelah sekian lama blog ditinggalkan sepi..akhirnya malam ini Allah bagi kekuatan buat saya utk kembali mengisi dgn entry terbaru.tajuk pun takde.hampir sebulan lebih blog ini ditinggalkan sepi,usang dan berhabuk.sampai dah ada orang komen kat shout box..bile nak update new entry.bukan malas untuk update.tapi kekangan masa yang tidak menentu tambahan dengan emosi yang kurang stabil sejak sebulan lebih yang lalu...

sedih kerana terpaksa menyendiri untuk berjuang disini..kerana housemates telah pulang ke tanah air tercinta.dan saya terpaksa berjuang kembali membelek nota untuk kembali 'resit' exam.moga Allah terus memberi kekuatan buat kami yang exam.moga ada hikmah disebaliknya.tapi alhamdulillah..berkat sokongan sahabat2 yang masih tinggal di sini saya mampu bertahan sampai sekarang.jazakumullah buat semua.moga Allah rahmati kalian.

baru-baru ini, kak azah telah menerbangkan semangat dari housemate dan kak ida.kembali bersemangat apabila mendapat gudluck charm dan kad semangat dari mereka.walaupun barang pengganti mereka,seperti saya sedang bercakap dengan mereka.thnks!tiada kata mampu dilafazkan di sini.buat sahabat2 yg lain yg tidak putus mengirim doa dan msg smgt..jasa kalian amat dihargai.manisnya ukhuwah apabila jauh diikat dengan tali ilahi..

buat sahabat yang 'kena exam':buatlah sehabis baik.usaha semaksimum mungkin untuk kali ini.jangan putus asa.jangan henti berdoa.jangan letih untuk mengulang.jauhi malas yang bermaharajalela..kerana anda masih ada peluang.selagi masa masih ada..selagi kita ada semangat untuk bermujahadah..selagi kita masih tidak putus asa dengan rahmat Allah..selagi kita yakin Allah ada..selagi itulah kita akan dapat melakukannya!!!

pesan juga buat diri sendiri.saya tahu bukan senang untuk bangun setelah kita jatuh.selagi kita belum bangun..selagi itu kita tidak akan mampu untuk berjalan dan berlari melihat tinggi rendahnya langit.marilah kita sama2 mendoakan kejayaan bersama..insyaAllah..yakin dan bersangka baik dengan Allah..YOU ARE NOT ALONE!!!!

hari ini saya sedih kerana saya tidak dapat menjawab oral dgn baik.mungkin saya kurang usaha.tapi saya hanya serahkan pada Allah.hanya Dia sekarang tempat saya mengadu.saya tidak mampu untuk berkata apa.tetiba menjadi blurr berada di depan doktor.tidak tahu kemana perginya ilmu saya.kembali pada Pemberinya.sekelip mata sahaja Dia mampu untuk menarik ilmu yang diberi.kita tidak punya apa melainkan nikmat kurniaanNya...ya Allah..aku harap padaMu..tolonglah aku!!!

warkah rindu buat mereka:

- saya rindukan ummi dan ayah.
- saya rindukan mak sedara (xleh tlg dia buat kueh raya) pak sedara dan sepupu sepapat
- rindukan afham (miss him so much!!!...xsabo nk balik jumpa kamu)dan anak2 sepupu yg lain..
- rindukan musim buah di malaysia
- rindu untuk bertarawih di masjid...
- rindu my bestfren n family..
- rindu kawan2 sekolah,dq,uia..kini..sanah..
- rindu baitullah...
- rindu byk lagi yg tak termampu untuk di tulis di sini..

~HOLDING ON YOU~