Friday, May 15, 2009

thanks to all silent readers!

bismillahi walhamdulillah..

pertama-tama dan selamanya dipanjatkan syukur buat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana masih mengurniakan nikmat yang terpenting dalam hidup iaitu iman dan islam.alhamdulillah Allah masih mengurniakan oxygen untuk kita bernafas di atas muka bumi yang fana ini.

entry ini khas ditujukan buat pembaca sekalian.tidak kiralah samada yang dikenali ataupun tidak.terima kasih tidak terhingga buat anda semua atas komen sokongan dan dorongan untuk saya terus menulis menyampaikan secebis ilmu dan pengalaman buat panduan dan pedoman hidup.

tahun ini masuk tahun keempat saya menulis blog..silent readers yang berlegar-legar di blog ini sudah mencecah kepada angka yang kelima.makin ramai yang berkunjung makin takut saya untuk terus menulis kerana makin ramai yang akan membaca makin banyak tafsiran.harapan saya semoga apa yang anda baca ini ada manfaat dan ia juga sebagai bekalan untuk saya di alam sebelah sana.

hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.bukan utk menerima sebanyak-banyaknya.hidup untuk memberi.walaupun kadang-kadang kita melebihi target dan aras kita dalam menilai seseorang.jadi berlakulah sangka buruk,'underestimate' dan menokok tambah dalam setiap isu yang dikupas.jika kita membuatkan kebaikan janganlah selalu mengharap balasan.

walaupun sekarang makin ramai blogger yang kian bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.setiap mereka ada misi dan visi yang perlu disampaikan.kadang-kadang ingin berkongsi ilmu dan maklumat,ada pula yang bercerita kisah hidup dan pengalaman dan paling tidak ingin menyampaikan risalah dakwah dan ad-deen untuk ummah!

kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain...jauh jaraknya dengan saya.tapi satu matlamat saya untuk berkongsi ilmu dengan anda semua.berkongsi kisah hidup dan pengalaman saya kembara di bumi Allah yang mana setiap insan mempunyai kisah yang pelbagai.saya suke membaca kisah hidup orang lain sebagai pedoman hidup.buang yang keruh amik yang jernih!

semoga Allah terus meniupkan roh istiqomah untuk saya terus menulis di masa hadapan.semoga Allah menerima usaha saya untuk menyampaikan cebisan ilmuNya..

ya Allah tenangkanlah hati hambaMu ini untuk mengutip ilmuMU..
ya Allah lapangkanlah hati ini dari segala beban masalah..
ya Allah bantulah aku dalam meniti hidup di dunia yang penuh pancaroba..ameen!



~erti hidup pada yang memberi~

No comments: