Tuesday, May 12, 2009

physiology exam review


bismillahi walhamdulillah...

saya kekeringan idea untuk menulis beberapa hari ini.mungkin kerana pressure exam yang menekan benak fikiran.ataupun mungkin kerana keserabutan memikirkan apakah result yang bakal saya terima nanti..

tapi apapun syukur ke hadrat ilahi kerana masih mengurniakan saya ilmuNya yang maha luas.syukur kerana dapat menjawab exam dengan baik walaupun saya kurang yakin dengan jawapan saya yang kebanyakkan saya goreng sehingga hangus rentung!

siap mengarut dan mencipta fakta-fakta sendiri yang saya rasakan betul.ya Allah bantulah hambaMu ini.walaupun aku tahu usaha aku belum cukup untuk aku meminta lebih kepadaMU..tapi berilah yang terbaik buatku..tak banyak yang boleh saya ceritakan untuk exam physio kali ini..

untuk written..soalan yang tidak disangka-sangka keluar.begitulah nusrah dan perancangan Allah.siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.begitulah kita tidak boleh expect dan spot apa soalan yang akan keluar..so tugas kita berusaha sedaya mungkin untuk berjaya.berusaha sehabis baik..berikan yang terbaik.

untuk oral pula..saya bersyukur kerana Dr.Faizah banyak membantu.saya tidak boleh menjawab soalan akhirnya dia tukarkan soalan saya supaya saya dapat menjawab.thnks doktor.Dr.Najwa pula sedikit psycho..hehe.mula2 dia bagi soalan lebih kurang sama tetapi untuk student yang last2 dia tukar soalan lebih details..mahu taknya tergagap-gagap menjawab.apa pun saya serahkan tawakal saya pada Allah..moga ada rezeki saya kali ini.

prinsip saya berusaha sampai hari terakhir kita exam.kalu di sini hari terakhir untuk stiap subjek adalah oral.walaupun written kita kurang berpuas hati dengan jawapan yang kita berikan,namun kita tidak seharusnya berfikiran negatif alah oral pun mesti xleh jawab gak sbb written tu xleh jawab.itu adalah pemikiran yang salah.usahalah sampai hari penamat untuk setiap subjek.mungkin ada rezeki kita disitu.Allah xbg untuk written maybe Allah nak gantikan kita dengan markah oral..

apapun Allah akan bagi untuk hambaNya yang berusaha.tidak kira lambat atau cepat.pasti ada rezeki kita di situ..so kawan-kawan mohonlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya.jangan putuskan doa untuk diri sendiri dan kawan2 yang lain..ameen!

janganlah pula kita mencari Allah pada waktu senang sahaja.realitinya di dunia ini,manusia akan mencari tuhannya bila dalam kesusahan..dalam kesenangan belum tentu mereka ingat pada Sang Pencipta.sila bace post ini (pdah aku amik ye).

jom kita usaha untuk paper yang seterusnya.yang lepas biarkan ia berlalu.kite xleh nak pusing jam nk bace balik pastu start exam balik.usaha.usaha.usaha.dan terus berusaha.janji Allah itu pasti!

kepada yang exam: goodluck (4th year n 1st year)
to 3rd year: take a deep breath for da next paper.amik tenaga n tidur secukupnya.tengok muka sorang2 da macam ape ntah..Allah with us!

~jangan direnung letihnya usaha,renunglah manisnya sebuah kejayaan~

1 comment:

As said...

semoga terus bersemangat dan positif

always with our prayers