Sunday, October 12, 2008

dah nak balik...

bismillahi walhamdulillah..

mengikut perkiraan esok dan lusa adalah hari-hari terakhir saya berada di bumi malaysia.sebelum berlepas ke egypt.menyibukkan diri dengan mengemas dan packing barang-barang yang diperlukan.

banyak yang perlu dibawa kali ini.maklumlah baliknya setahun sekali.tapi next year ayahanda tidak bagi balik.dengan kata lainnya suruh duduk dengan pak arab dan mak arab kat sana.segala macam benda la yang kena bawa pulang..
antara barangan yang akan dibawa pulang..dari pakaian hinggalah ke alat tulis dan rempah ratus.sume ada..

perencah masakan, rempah ratus, maggi, insant bubur maggi, alat tulis, baju, dan macam-macam lagi.baru habis shopping semalam.

mulakan crite saya meng'shopping' dan memborong serta memhabiskan duit mak ayah dalam sekelip mata.tidak sampai sehari bout 1000.huhu.kalau dilihat sekali tengok memang la sangat banyak.tapi apabila dikira purata.1000 tu dibahagi 12 baru berapa kan?hehe...

tapi nak wak camne..ni la padahnya anak sorang.huhu.bukan nak membuka cerita saya ni anak sorang or what.tapi untuk menilai dan menghargai pengorbanan parents kita.untuk yang belajar jauh, yang baliknya sekali sekala mak ayah mana yang tidak akan memenuhi permintaan anaknya. yang berkemampuan sudah pasti akan menurut dan memenuhi sahaja permintaan tersebut.apa tidaknya hanya sesekali memenuhi permintaan anaknya.

hari sabtu tersebut dimulakan dengan mengambil cermin mata yang sudah seminggu dibuat.maklumlah power dah naik.so kena tukar power baru.sebelah kanan sahaja dah 400 lebih.kiri pula 200.yang sebelum ini hanya 300 dan 100 lebih sahaja.ummi pun buat spek di kedai yang sama.tapi powernya turun.nasihat ummi banyakkan mengaji al-quran.suruh power tu turun sikit.
spek yang powernya berat sebelah..pasni kena jaga mata!

kemudian saya ke arena sports..mencari bag galas,seluar trek dan sandal.alhamdulillah ada.sandal sahaja tidak ada warna yang berkenan.dah berkenan tapi ummi kata nanti cari kat al-ikhsan takut ada warna yang dicari.kemudian ke emporium hock kee seng untuk mencari seluar dan t-shirt.sempat la membeli 2 helai seluar da 2 pasang t-shirt.kemudian menanti ayah di belakang emporium tersebut.

then terus bergerak ke al-ikhlas jalan tok lam.mencari sandal tersebut.namun hampa.sekali lagi warna menjaga halangan.tukang kedai tu kata dah habis stok.orang beli untuk hari raya hari tu.kemudian kembali semula ke arena sports untuk membeli sandal tersebut.beli je la kat arena tu.then terus ke surau di kawasan area dekat dengan sabasun.

selepas itu, acara membeli dan membelah di sabasun. banyak yang dibeli.antaranya instant drink.milo yang pasti.di mesir tidak ada milo.hanya coklat sahaja.tapi tidak sesedap produk malaysia.huhu.perencah masakan.biskut buat alas seminggu 2 sebelum ke kelas.nak wak camne housemate tak balik lagi.saya yang pertama sampai.huhu.

antara yang wajib dibeli rempah ratus.perencah instant.manggi.instant drink.bihun.kepada adik-adik yang ingin menyambung pengajian di mesir pastikan anda membawa ikan bilis dan belacan.hehe.ikan bilis tidak ada di sana.lengkuas pun tidak ada di sana.halia dan kunyit masih boleh menggunakan serbuk yang ada dijual di sana.

kalau nak senang bawak juga la serunding dan sambil.lapar time balik kuliah tu boleh terus makan dengan roti.nak besh lagi masak nasi panas-panas makan dengan sambal.lagi satu tahun ini ada benda special yang dibawa terbang ke sana.jeng..jeng..jeng..teka ape dia??

blender untuk kemudahan masa depan..

blender..nak masak senang.masuk je bawang, cili dan rempah ratus.kemudian blend.then tumis.masuk la ayam or ikan or daging.then jadilah ayam masak merah.tu secara kasarnya lah.nak lagi detail kena menuntut la.

alat tulis pun kalau nak best cari la kat sini.kat sana mahal gile.pensil tekan tu boleh mencecah harga belasan ringgit.tapi pakai tak sampai satu hari dan tercabut sana sini.

tu je la setakat ini dahulu persiapan saya untuk pulang ke mesir kali ini.biskut raya tak bawak balik banyak pun.boleh la kalau nak rasa sikit sorang.

ok la..got to packing..esok saya update lagi untuk yang last..

p/s:entry ini bukan untuk menunjuk2..mahupun berbangga dengan apa yang ada.cuma mahu para sahabat bersyukur dengan apa yang diberi oleh kedua parents kita.bahagiakan mereka sebelum mereka menutup mata.balas la pengorbanan mereka dengan kejayaan kita..ameen!!!

wallahu'alam..

2 comments:

As said...

susah oooo kalau takde blender :D

before balik roger orang sini dulu!

izzati.abdullah said...

sory r en.sy da roger pakai msg..anda pun tepon tyme org da boarding..huhu