Tuesday, October 14, 2008

bye..bye..malaysia - part 1

bismillahi walhamdulillah..

selamat tinggal malaysia..jumpa lagi next year..tak taw la boleh balik ke tak.sebab ayahanda tak bagi balik.dia suruh tinggal di mesir cuti summer tahun depan.boleh kah anaknya menghadapi cabaran tersebut?will see..rasa cam tak boleh je..saya mahu pulang juga..hehe

terpaksa tinggal sehari di rumah sepupu di bandar seri putra kerana flight dari terengganu 14 oct petang ke klia.flight ke cairo pula 15 oct jam 2345.terbang malam lagi tahun ini.tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah di waktu malam.hanya kegelapan yang menghiasi alam.

berbalik hari terakhir di terengganu.malam sebelumnya mak saudara dari sebelah ummi datang.cik long mi,ayah de and mak nor,marini(cousin) dan mak rose.masa itu saya tengah packing bag.huhu.naseb baik la pada sebelah petang tu pak su dah kemas kotak untuk makanan.kalau tak memang nak kena perli la dengan mak saudara."tak nak balik mesir lagi ke?tak kemas-kemas bag lagi ni"..hehe..banyak pula kiriman yang dibawa untuk dimuatkan dalam bag.kalau diikutkan hati mahu je sumbat semua benda yang dibawa oleh mereka ke dalam bag.namun beg itu tidak mampu menampung berat dan kuantiti yang banyak..hehe
malam tu tinggal masukkan semua barang dalam bag je..

esoknya ayah teh datang bersama nenek.nenek bawak sarapan pagi.nasi lemak kampung dan kayu keramat.tengah hari itu dapat nasi tomata special dari suala.lauk ayam merah dan dalca.tambah dengan acar.best.disebabkan sangat banyak terpaksa la bawak bekal ke rumah abg ja (cousin) di bandar seri putra.flight dari terengganu ke klia pukul 405ptg.mak saudara dan pak saudara ramai yang menghantar.terima kasih tidak terhingga untuk mak dan pak syid,ayah de cik de dan muzammil,suala pak su dan hasbullah,ayah cik cik ijan dan adhan...

terpisahlah saya dengan ayahanda tercinta..ayah tidak mengikut menghantar ke klia.hanya ummi dan nenek sahaja.knape ayah tidak menghantar.dia nak menjadi menantu yang baik.belanja nenek naik flight.macam tahun lepas.lagipun ayah sibuk dengan kerjanya.huhu.terngiang-ngiang nasihatnya ke telinga supaya belajar rajin-rajin.begitu juga nasihat dari mak sedara dan pak sedara belajar bersungguh-sungguh.

berkisar kisah naik flight tahun ini.beg carry yang dibawa sangat berat.macam tahun lepas saya tolong bawa laptop.so terpaksalah mengarry benda tersebut.sampai mak cik yang duk sebelah cakap.napelah tak masuk cargo je bag tu.kalau boleh masuk cargo saya tak bawak masuk da mak cik oi!!..tahun ni plak sebab saya bawak benda electronic cooler laptop dan blender so terpaksa la bawak naik benda tu.stewardess tu siap cakap ni mas bukan air asia.kalau berat tu bawak masuk cargo la.huhu...ade sedikit kesilapan di situ.terlupa untuk masukkan buku-buku ke dalam beg cargo tu yang menambah berat beg carry tersebut.satu pengajaran berguna next time...

sesampai di klia petang itu.di sambut oleh abang ja yang baru pulang dari kerja dengan viva nya.kereta kecik yang menampung banyak bag.satu beg besar.satu kotak makanan.satu bag carry saya.satu bag ummi dan satu bag nenek.macam sardin jugak la kereta itu.abang ja cakap rasa memang dah tak muat untuk beg yang banyak itu.tapi nak buat macam mana kak sa tak reti nak bawak kereta viva yang manual berbanding gen2 yang auto.sampai di rumah mereka tergelak dengan telatah damia dan iman yang menyiram adiknya sampai basah.mula-mula ke-3 beradik itu bermain siram pokok.kemudian terjadi siram adiknya..nuha..kesian nuha basah kuyup dibuat oleh iman dan damia.

malam itu kami di jamu dengan nasi beriyani.best..sedap dari nasi beriyani gam putrajaya yang dimakan masa bulan 8 hari tu.abang ja beli tu takut ada orang kempunan nasi beriyani plak bile balik ke mesir..thnks abg ja and kak sa.tidur bersama iman dan damia atas katil mereka.rindu sangat pada mereka!!

to be continue..

No comments: