Wednesday, May 7, 2008

--nasihat dari ayah--



salam utk entry kali ini..sempena fatrah imtihan yg sedang dan akan kita lalui..di sini ada satu benda yg sy nk share kat cni..iaitu email dari ayahanda tercinta..nasihatnya sempena imtihan..kerana sy terlalu takut dgn nama 'exam'..terlalu fobia dengan nama 'imtihan'..terlalu nervous dgn istilah 'peperiksaan'..

namun tnpa kita sedari..telah byk exams + imtihan + peperiksaan yg kita lalui sblm ini..sepnjang sy hidup lebih 2 dekad..bila difikir-fikir dan dihitung kembali telah byk exam yg telah sy pn tempuhi..ada yg berjaya dgn cemerlangnya..namun tidak kurang pula yg terkandas di tengah jalan..yg kurang dan tidak berjaya itu pula..jika kita tampung..bangun kembali..tambahkan usaha..insyaAllah..Allah akan bantu..Dia akan bg apa yg kita usaha..

jika anda kurang berjaya hari ini..ambillah langkah bijak..teruskan melangkah..teruskan usaha..jika rebah bangun kembali..walaupn anda terpaksa bertongkat sekalipun utk berjaya..teruskan perjuangan..moga2..langkah anda seterusnya tidak tempang..dan kejayaan mungkin milik anda..siapa tahu..andalah org yg dipilih oleh Allah utk berjaya..

ambillah pengajaran dari email ini..

Kakak,

Exam adalah satu proses biasa dalam penilaian. Kita tak perlu takut. Mula dengan UPSR, PMR dan SPM semuanya kakak telah lalui dan telah berjaya melaluinya. Yang penting utk exam kita hendaklah bersedia (be prepared) dan buat persediaan yang terbaik (prepare for the best)...selepas itu barulah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kita perlu ingat satu peperiksaan yang maha besar akan kita hadapi iaitu di alam kubur dan di Padang Mahsyar. Apabila kita lulus kedua2 peperiksaan tersebut bermakna kita akan mendapat kebahagiaan yang abadi selama2nya (bahasa matematik = infiniti).Itulah kejayaan dan kebahagiaan yang paling besar yang akan dinikmati oleh orang2 yang berjaya. Untuk berjaya dalam kedua2 peperiksaan tersebut kita perlu beriman dan beramal. Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Kemudian jangan lupa berdoa dan selepas itu bertawakkallah kepada Allah, semoga Allah memberi kejayaan kepada kita.

Peperiksaan akademik hanyalah salah satu daripada peperiksaan yang perlu kita lalui didunia ini untuk menilai kemampuan dan keupayaan kita dalam perkara tersebut. Jadi kita perlu membuat persediaan rapi agar kita mempunyai ilmu yang cukup sebelum menduduki sesuatu peperiksaan. Kakak bakal menempuh ujian untuk mendapat ijazah MBChB dalam tempoh 6 tahun di Universiti Mansoura. Kakak mesti melalui tangga untuk mendapat ijazah tersebut bermula dengan tahun 1, 2, 3.... hingga tahun 6. Setiap tangga mempunyai ujian masing2 yang kita mesti hadapinya. Oleh itu kita mesti bersedia untuk menghadapi ujian disetiap tangga tersebut.

Pengalaman ayah semasa belajar dulu. Memang pelajar2 perubatan di UKM terpaksa belajar bersungguh selama 6 tahun untuk mendapat ijazah kedoktoran, sehinggakan mereka hampir2 tidak mempunyai masa untuk aktiviti2 lain semasa pengajian. Mereka menumpukan sepenuhnya kepada study. Pelajar2 jurusan Sains lain (spt ayah) agak kurang sikit tekanan berbanding dengan mereka. Ramai kawan2 ayah yang berjaya menjadi doktor setelah mereka berusaha dengan gigih selama 6 tahun di UKM. Mereka sekarang sudah memperolehi MD (UKM). Sesetengahnya telah menjadi Doktor Pakar. Kesemuanya melalui proses yang sama iaitu PEPERIKSAAN.Untuk berjaya kita tak boleh lari dari peperiksaan.

Oleh itu kuatkan semangat... belajar bersungguh2....berdoa...dan bertawakkal kepada ALLAH. Mudah2an kita berjaya didunia dan diakhirat. Pepatah Arab mengatakan " man jadda wajada" sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaallah.

SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT BERJAYA
SALAM DARI AYAH DAN UMMI

2 comments:

As said...

teringat masa zaty nak imtihan camni last year, I was at your home sweet home in KT.
I read what ur father email you for the imtihan, and it also touched my heart. So goes for this one. Cumanya I wasnt at ur home reading this. Hehe. I miss umi and ur father, I wanted to meet them again inshaAllah in the middle of this june. Nak bawak nael. Hihi.

Zaty, remember tak as suke jatuhkan handset? At last I know why it did happen always, i've posted in my blog abt dis. Huu...suke sangat jatuhkan handset.

So you take care okay, semangat3!

Anonymous said...

kadang2 kite pikir payah belajar medicine..letih n penat..busy...if kite pikir camne keletihan umat palestin di tempat mereka,tentu kite akan rasa terpikir yg letih n penat kite takdela seletih n sepenat mereka...just tired of study jer,,tak gitu??emm...gud luck