Monday, May 26, 2008

::mcq biochem::

mcq biochem..

cerita bermula selepas exam written biochem..alkisah kena la hafal buku mcq tuh..kena hafal biar hadam betol2..kalau tak tak boleh jawab la nanti..hehe..

nasib baik hafal 3 tajuk je..sebab bab-bab yang dah masuk before this untuk mid year exam..dah tak masuk lagi untuk final..

antara tajuk-tajuk yang kena hafal..enzyme + vitamins + molecular biology (DNA)

untuk vitamins dan enzyme tu ok la saya suke lagi..masuk je bab dna..terus rosak mood..ntah la tak minat kut dengan tajuk dna tu..kena imagine..kena faham..hehe..tapi nak buat camne..kena la hafal jugak..nak tak nak pun dah benda tu yang akan masuk exam..

suka tak suka pun tu ilmu Allah..kena la mintak padaNya..supaya Dia mudahkan kita untuk faham dan ingat benda tu walaupun kita tak suka..stiap ilmu yang Allah jadikan tu ada hikmahnya..ada manfaatnya..cam DNA..kalau kita kaji dgn lebih mendalam..sudah tentu kita akan dapat menghayati kebesaran dan keagungan Allah..macam mana kejadian manusia yang pelbagai rupa dan bentuk terjadi dari gen dan alel yg pelbagai..hebatnya Allah..menciptakan berbillion gen dan alel..

firman Allah dlm surah al-kahfi ayat 109:

katakanlah wahai muhammad:"seandainya lautan menjadi tinta utk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimat-kalimat Tuhanku, meski pun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula"

firman Allah dlm surah al-baqarah ayat 269:

Dia memberikan hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang mempunyai akal yang sihat.


daripada firman di atas..sesungguhnya kita tidak mampu untuk mengutip semua ilmu yang ada di muka bumi Allah ini..maka bersyukurlah dengan ilmu yang dikurniakan Allah pada kita..kutiplah ilmu kerana Allah..untuk mencapai redha Allah..

esok tu nye...dalam masa berjalan nak gi exam jumpa mujahid dan ismin..mujahid suh buat molek-molek exam..lepas tu jumpa pulak si faiz..dia pun ucap gud luck..mereka baru balik dari mathaf hafal jar mungkin..thanks for those who wish me gud luck for my exam..may Allah give us najah..ameen!!

then tepat pkul 10 kami bergerak masuk dewan..mak cik tu bagi kertas jawapan..tunggu punye tunggu..5 minit..tunggu lagi 10 minit..tak de pun kertas soalan..tunggu la lagi..sampai kira-kira sejam..baru la ade doktor datang bawak soalan..masa tunggu tu..budak2 arab buat bising..ada yg sampai tertidur..ade juga yang berulang alik ke tandas...dan tak lupa ade juga yang sempat membaca nota..

mulakan menjawab dgn bismillah..30 soalan perlu dijawab..

exam berakhir 30 minit kemudian..alhamdulillah..tawakal 'ala Allah..

berakhirlah mcq biochem..

esok ade oral pula..berusaha..rabbuna najahkum!!

1 comment:

As said...

wah Dr zaty, DNA la paling best dan menarik! Hihi. Nape kamu tak cakap2 dengan as..kamu simpan sorang kesusahan itu ye..sob sob..

Takpe, Allah Maha TAhu, Dia pasti bg yang terbaik buat zaty..jaga diri baik2, teruskan kuat semangat!