Monday, May 26, 2008

::mcq biochem::

mcq biochem..

cerita bermula selepas exam written biochem..alkisah kena la hafal buku mcq tuh..kena hafal biar hadam betol2..kalau tak tak boleh jawab la nanti..hehe..

nasib baik hafal 3 tajuk je..sebab bab-bab yang dah masuk before this untuk mid year exam..dah tak masuk lagi untuk final..

antara tajuk-tajuk yang kena hafal..enzyme + vitamins + molecular biology (DNA)

untuk vitamins dan enzyme tu ok la saya suke lagi..masuk je bab dna..terus rosak mood..ntah la tak minat kut dengan tajuk dna tu..kena imagine..kena faham..hehe..tapi nak buat camne..kena la hafal jugak..nak tak nak pun dah benda tu yang akan masuk exam..

suka tak suka pun tu ilmu Allah..kena la mintak padaNya..supaya Dia mudahkan kita untuk faham dan ingat benda tu walaupun kita tak suka..stiap ilmu yang Allah jadikan tu ada hikmahnya..ada manfaatnya..cam DNA..kalau kita kaji dgn lebih mendalam..sudah tentu kita akan dapat menghayati kebesaran dan keagungan Allah..macam mana kejadian manusia yang pelbagai rupa dan bentuk terjadi dari gen dan alel yg pelbagai..hebatnya Allah..menciptakan berbillion gen dan alel..

firman Allah dlm surah al-kahfi ayat 109:

katakanlah wahai muhammad:"seandainya lautan menjadi tinta utk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimat-kalimat Tuhanku, meski pun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula"

firman Allah dlm surah al-baqarah ayat 269:

Dia memberikan hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang mempunyai akal yang sihat.


daripada firman di atas..sesungguhnya kita tidak mampu untuk mengutip semua ilmu yang ada di muka bumi Allah ini..maka bersyukurlah dengan ilmu yang dikurniakan Allah pada kita..kutiplah ilmu kerana Allah..untuk mencapai redha Allah..

esok tu nye...dalam masa berjalan nak gi exam jumpa mujahid dan ismin..mujahid suh buat molek-molek exam..lepas tu jumpa pulak si faiz..dia pun ucap gud luck..mereka baru balik dari mathaf hafal jar mungkin..thanks for those who wish me gud luck for my exam..may Allah give us najah..ameen!!

then tepat pkul 10 kami bergerak masuk dewan..mak cik tu bagi kertas jawapan..tunggu punye tunggu..5 minit..tunggu lagi 10 minit..tak de pun kertas soalan..tunggu la lagi..sampai kira-kira sejam..baru la ade doktor datang bawak soalan..masa tunggu tu..budak2 arab buat bising..ada yg sampai tertidur..ade juga yang berulang alik ke tandas...dan tak lupa ade juga yang sempat membaca nota..

mulakan menjawab dgn bismillah..30 soalan perlu dijawab..

exam berakhir 30 minit kemudian..alhamdulillah..tawakal 'ala Allah..

berakhirlah mcq biochem..

esok ade oral pula..berusaha..rabbuna najahkum!!

Sunday, May 25, 2008

::exam biochem (written)::

salam imtihan untuk semua..

alhamdulillah ku panjatkan syukur pada Mu..kerana masih dikurniakan ilmu untukku menjawab soalan peperiksaan..alhamdulillah..

hakikatnya semua itu dariMu ya Allah..jika kami usaha sehebat mana pun,hafal sehadam mana pun,pulun setara mana pun..apabila Kau hijab kan..Kau tutup ilmuMu..maka kami belum tentu akan dapat jawab apa yang kami mahukan..

pernah terpandang..ada beberapa orang mungkin diberi ujian itu oleh Allah di dalam dewan exam..samada dia dah usaha..tp Allah tutup hijab itu..atau dia tak cukup usaha untuk berperang di medan peperiksaan..segalanya mungkin..tapi hanya dia dan Allah sahaja yang tahu..!!

selamat saya dapat 2 messages good luck dari raisah (una) and didi..terima kasih ye!!

namun pagi tadi masa tengah hafal dan dalam kemengantukan dikejutkan dengan panggilan telefon seorang adik..dia tnya sama ada nak ta'jil (postpone) atau pun tak..saya pun jawab la..awak dah lepaskan satu peluang..and u have the last chance..so bagi saya..better kita amik peluang ni..grab je mana yang mampu..kita buat apa yang kita usahakan..kalau nak kira habis baca atau tak..itu terpulang pada kita..terpulang pada usaha kita...so better you plan your schedule for study..

insyaAllah Allah bagi apa yang kita usahakan..if Dia tak bagi pun..HE knows the best..He will reward you with another things that is better than what you think..so trust in Him..HE is da best planner..kita usaha setakat yang termampu..yang lain tu kita serahkan pada Allah..

pagi tadi dengan semangatnya saya berjalan ke gamaah seorang diri..baju kurung telah di iron seawal hari jumaat lagi..huhu..semangatnya saya nak pergi exam..housemate kata nak hantar saya pergi exam..tapi saya pergi dulu..takut-takut terlambat..turun dari rumah dgn lafaz bismillahi tawakkal tu 'ala Allah..meneruskan langkah ke medan juang..memegang buku..menghafal mana yang masih mampu..

bak kate "syakiki" baca selagi belum masuk dewan exam..hehe..
sebelum masuk dewan exam..una dan iham..mai jumpa kami untuk beri semangat..then sampai la my housemate amani n nuT..farah dah hantar saya di depan pintu rumah..then adik-adik imtiyaz kredit to umi,qayah,dila and asma..turut hadir memberi semangat..thnks to all..may Allah reward you all with His bless n love!!

masuk tu plak..tak tahu lagi sit kat mana..tahun ni exam duk di tengah..tp majmu'ah (group) saya tak ramai orang..2 orang je budak malaysia..lepas tu mak cik jaga exam tu suruh saya ke depan..skali dgn majmu'ah yang sebelumnya..dimulakan dengan bismillah..

exam berakhir 3 jam kemudian..alhamdulillah..kluar dewan exam..saya disambut oleh farah..dia baru balik dari mathaf (muzium) anatomy..kami berjalan pulang..sebelum tu singgah di center beli syawerma..lapar punya pasal..hehe..

then nak singgah nusantara (restaurant indon,thai) bayar hutang segenih..tapi si nusantara pula tutup..libur katanya..terus la berjalan pulang...

begitulah kisah exam biochem saya..sekian..wallahu'alam

doakan saya utk esok hari..mcq..rabbuna najahkum..Allah ma'ana..

-oral biochem --> 27 may (wednesday)

Saturday, May 24, 2008

::do pray for my biochemistry exam tomorrow::

to all my friends please pray for my biochemistry exam tommorrow..

and for those who have exam tomorrow and throughout the whole week..good luck and wish you the best..give and try your best!!then pray to Allah..trust in Him..

bittawfeeq wan najah..(^_^)

-25 may (written biochemistry)

-26 may (mcq)

-28 may (oral)

Tuesday, May 20, 2008

.:makcik dah balik..huhu~



sedihnya..makcik dah balik..dah dekat seminggu dah mereka sekeluarga pulang ke malaysia utk kembali bertugas..rindu pada mereka!!

mak cik ikut suaminya buat attachment di hospital mansoura..urology unit..banyak yang kami belajar darinya.

Dr.MatNor cakap kena baca buku international jugak supaya kami yang belajar di egypt ni tidak ketinggalan dengan kawan-kawan yang belajar di negara-negara lain terutamanya malaysia.ini kerana belajar medic di mesir menggunakan buku yang dikeluarkan oleh department dari university masing-masing.

walaupun dalam buku tersebut sudah banyak fakta namun masih kurang dari segi perkembangan perubatan moden dan rawatan terkini yang digunakan di seluruh dunia.oleh itu, Dr.MatNor menyarankan supaya pelajar-pelajar medic di mesir menggunakan rujukan international sebagai rujukan tambahan.
hari terakhir bersama makcik dan doktor.doakan kami di sini.

Wednesday, May 14, 2008

.:blog berwajah baru:.

syukur alhamdulillah..kepada yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

syukur seinfiniti kupanjatkan padaMu kerana masih lagi dikurniakan nikmat utk bernafas di bumiMu..

lately tak banyak sangat cerita yg boleh dikongsikan..maklumlah masih lagi berjuang utk exam..

smlm semasa membaca satu blog..semacam tertarik dengan link utk menukar template baru yg lebih ceria dan menarik..rasa terpanggil utk mencuba..

then apabila telah siap mengopy dan 'paste'kan template baru tu..then save..tanpa kusedari bahawa side bar telah hilang..waaaaaa..mahu menangis waktu itu..kalaulah ku tahu bahawa side bar akan ter'delete' selepas menukar template..mmg rasa tak nak buat..dah nk buat apa sekarang??

dah ter'copy' + 'paste' + 'save' dah..huhu..so kena la renovate balik blog tu..huhu..
then semalam sudah la internet buat hal..virus(nama kedai yg kami tarik line internet) ni memang nak kena bom la..tp teringat kak pah kata..tak payah bom..kasi anti-virus sudah!!..

so terpaksa la berhijrah ke bilik amani mencari alternatif lain..iaitu wireless..huhu..mula2..wireless ni buat hal jugak..jadi tak jadi..lama2 jadi-jadian..then lepas lama sikit baru ok..so mula2 lah proses utk mengislahkan blog..sampai la ke pg..tertido di bilik amani..tak ku ketahui pula la terlelap jam berapa..last skali tengok jam pkul 3 lebih rasanya..

sedar2 amani kejut bangun subuh..pas solat subuh..sambung tidur balik..hehe..sedar tak sedar..dengar bunyi loceng..nuT balik..

hari ni turn masak..so nk masak ape ye??farah cakap nawal nak datang dari tanta..so kena masak lebih la..

pas masak nak baca biochem..tapi dah petang..mengundang rasa mengantuk..huhu..
nape la ari ni malas sangat ye..ingt exam dah tak lama lagi..stdy baik2 la wahai diriku..

pesan pada diri JANGAN MALAS-MALAS..

Sunday, May 11, 2008

--happy ummi's day--


Send this eCard !



salam...

1st of all wanna wish happy mother's day to my beloved ummi..sayang ummi..

n not to forget all mother's all over da world..xkiralah dgn ape mereka dipanggil..ummi,ma,mama,ibu,mak,mummy,atau ape sekalipn..ucapkanlah wahai anak2 sy sayang insan bergelar ibu..stiap hari pn hari ibu..hehe..but today is da special one..

agungnya pengorbanan seorang ibu semasa dia melahirkan anaknya..bygkan kalau 10 orang anak..10 kali ibu bertarung nyawa utk melahirkan..yg sperti kita maklum bahawa..sakit semasa bersalin adalah sakit yg kedua selepas mati..

rasulullah s.a.w pernah menyebut org yg paling perlu dihormati adalah ibumu..baginda mengulangnya sebanyak 3 kali..seblm menyebut ayah..menunjukkan penegasan bahawa perlu dan wajib kita mentaati seorang ibu..jauhi dari membuatnya terluka dgn perbuatan dan perkataan kita..

jika hari ini ade yg melakukan kesalahan..mohonlah ampun segera..kerana syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu..

bg mereka yg berada jauh dirantauan..ingatilah pengorbanan ibu yg sanggup melepaskan anak mereka pergi berjihad menuntut ilmu di negara orang..yg jauh dari gaya dan cara hidup dgn negara sendri..ketahuilah bahawa ibu anda selalu merindui anda..selalu teringatkan anda..

bg sy..ibu yg sy panggil ummi adalah seorang insan yg hebat..yup everyone mesti state ibu mereka adalah ibu terbaik di dunia..begitulah kebiasaannya..setiap mereka mesti ada sbb mereka nyatakan demikian..hnya mereka sahaja mengerti..

namun ummi sy..hnya ada saya..sbg anaknya..kerana hnya saya sahaje anaknya di dunia ini..sebagai permata tautan kasihnya dengan seorang insan bergelar ayah..
mengikut apa yg diceritakan sepatutnya sblm sy..ade seorang insan bergelar abg..namun dia telah dijemput ilahi seblm sempat melihat dunia yg fana ini..dan selepas sy juga..ada lagi 3 org insan yg diciptakan Allah menghuni rahim ummi..namun takdirnya mereka tidak juga sempat bertapak di dunia..diambil ilahi..moga2 mereka menjadi pemberi syafaat buat ummi dan ayah di syurga nnt..moga2 mereka ditemukan dgn insan yg bergelar ayah dan ummi..

ummi tidak terdaya kubalas pengorbanan mu melahirkan ku ke dunia..tidak mampu ku hitung jasa mu..tidak terungkap dengan kata-kata nilai kasihmu..insyaAllah akan kubuat yg terbaik di medan menuntut ilmu ini..supaya aku dapat melihat senyum mu dan ayah..akan aku cuba utk menjadi anak yg solehah yg sentiasa mendoakan ibu ayahnya..

tidak mampu kulihat air matamu mengalir kerana kau rindukan ku yg berada jauh di negara orang..tidak mampu kulihat senyum yg disembunyikan mu ketika anak2 orang lain masih berada di rumah..belum tentu dapat ku selami hatimu yg sentiasa menyanyikan lagu rindu padaku..ummi i love n mish u so much!!

SELAMAT HARI UMMI (^_^)

ya Allah..
Kau jagalah insan yg kusayangi
yg berada jauh dr pandanganku
Kau lindungan mereka dgn rahmat dah hidayaMu

Kau peliharalah mereka..
Kau tempatkanlah mereka di kalangan org2 yg soleh..
Kau berkatilah mereka..
Kau ampunkan dosa2 mereka..ameen!!

Allahumma fighli waliwa lidayya warhamhum kama rabbayana shoghira..walijami'l muslimina wal muslimat wal mukminilna wal mukminat wal mu'alimiina wal mu'alimaart birahmatikaya arhamarrahimeen..ameen!!

Wednesday, May 7, 2008

--nasihat dari ayah--



salam utk entry kali ini..sempena fatrah imtihan yg sedang dan akan kita lalui..di sini ada satu benda yg sy nk share kat cni..iaitu email dari ayahanda tercinta..nasihatnya sempena imtihan..kerana sy terlalu takut dgn nama 'exam'..terlalu fobia dengan nama 'imtihan'..terlalu nervous dgn istilah 'peperiksaan'..

namun tnpa kita sedari..telah byk exams + imtihan + peperiksaan yg kita lalui sblm ini..sepnjang sy hidup lebih 2 dekad..bila difikir-fikir dan dihitung kembali telah byk exam yg telah sy pn tempuhi..ada yg berjaya dgn cemerlangnya..namun tidak kurang pula yg terkandas di tengah jalan..yg kurang dan tidak berjaya itu pula..jika kita tampung..bangun kembali..tambahkan usaha..insyaAllah..Allah akan bantu..Dia akan bg apa yg kita usaha..

jika anda kurang berjaya hari ini..ambillah langkah bijak..teruskan melangkah..teruskan usaha..jika rebah bangun kembali..walaupn anda terpaksa bertongkat sekalipun utk berjaya..teruskan perjuangan..moga2..langkah anda seterusnya tidak tempang..dan kejayaan mungkin milik anda..siapa tahu..andalah org yg dipilih oleh Allah utk berjaya..

ambillah pengajaran dari email ini..

Kakak,

Exam adalah satu proses biasa dalam penilaian. Kita tak perlu takut. Mula dengan UPSR, PMR dan SPM semuanya kakak telah lalui dan telah berjaya melaluinya. Yang penting utk exam kita hendaklah bersedia (be prepared) dan buat persediaan yang terbaik (prepare for the best)...selepas itu barulah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kita perlu ingat satu peperiksaan yang maha besar akan kita hadapi iaitu di alam kubur dan di Padang Mahsyar. Apabila kita lulus kedua2 peperiksaan tersebut bermakna kita akan mendapat kebahagiaan yang abadi selama2nya (bahasa matematik = infiniti).Itulah kejayaan dan kebahagiaan yang paling besar yang akan dinikmati oleh orang2 yang berjaya. Untuk berjaya dalam kedua2 peperiksaan tersebut kita perlu beriman dan beramal. Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Kemudian jangan lupa berdoa dan selepas itu bertawakkallah kepada Allah, semoga Allah memberi kejayaan kepada kita.

Peperiksaan akademik hanyalah salah satu daripada peperiksaan yang perlu kita lalui didunia ini untuk menilai kemampuan dan keupayaan kita dalam perkara tersebut. Jadi kita perlu membuat persediaan rapi agar kita mempunyai ilmu yang cukup sebelum menduduki sesuatu peperiksaan. Kakak bakal menempuh ujian untuk mendapat ijazah MBChB dalam tempoh 6 tahun di Universiti Mansoura. Kakak mesti melalui tangga untuk mendapat ijazah tersebut bermula dengan tahun 1, 2, 3.... hingga tahun 6. Setiap tangga mempunyai ujian masing2 yang kita mesti hadapinya. Oleh itu kita mesti bersedia untuk menghadapi ujian disetiap tangga tersebut.

Pengalaman ayah semasa belajar dulu. Memang pelajar2 perubatan di UKM terpaksa belajar bersungguh selama 6 tahun untuk mendapat ijazah kedoktoran, sehinggakan mereka hampir2 tidak mempunyai masa untuk aktiviti2 lain semasa pengajian. Mereka menumpukan sepenuhnya kepada study. Pelajar2 jurusan Sains lain (spt ayah) agak kurang sikit tekanan berbanding dengan mereka. Ramai kawan2 ayah yang berjaya menjadi doktor setelah mereka berusaha dengan gigih selama 6 tahun di UKM. Mereka sekarang sudah memperolehi MD (UKM). Sesetengahnya telah menjadi Doktor Pakar. Kesemuanya melalui proses yang sama iaitu PEPERIKSAAN.Untuk berjaya kita tak boleh lari dari peperiksaan.

Oleh itu kuatkan semangat... belajar bersungguh2....berdoa...dan bertawakkal kepada ALLAH. Mudah2an kita berjaya didunia dan diakhirat. Pepatah Arab mengatakan " man jadda wajada" sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaallah.

SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT BERJAYA
SALAM DARI AYAH DAN UMMI

--exam oh exam--

semalam terbace satu article kat web iluvislam..cam menarik je utk dikongsi..kepada yg exam..yg akan exam..sedang exam..dan telah exam..smoga kita semua diberi kejayaan yg cemerlang oleh Allah dlm setiap exam kita..rabbuna najahkum..

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.

Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.



Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;


"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"

Monday, May 5, 2008

..HaPpY bIrThDaY my dear bestfren..



salam..

entry kali ini khas utk sahabat baik saya..dialah teman..dialah kawan..dialah sahabat..
smlm dia telah menyambut hari lahirnya..dah besar shbt sy ye..dah patut dapat kunci kebebasan..dan boleh jadi isteri org..hehe..xdela gurau je..

buat sahabatku nurhidayah wahidah roslan



happy birthday..
smoga pjg umur
murah rezeki
berjaya di dunia n akhirat..
dapat menjadi muslimah doctor yg berjaya..
anak solehah..bakal isteri n ibu mithali..hehe
moga Allah pelihara kamu dalam lembayung rahmat dan hidayahNya..

above all this i dedicate this song tu u.."lagu kita"
sayang n rindu kamu slalu..hehe..