bismillahi walhamdulillah…
kepimpinan dalam islam merupakan amanah penting bagi memastikan kesinambungan
risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika
Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, Baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya
ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan
memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).
dalam al-quran dan hadis banyak
memaparkan kisah atau sejarah terdahulu serta sirah yang berlaku pada zaman
Nabi SAW berkenaan konsep memilih seseorang atau lebih untuk dilantik sebagai
wakil.Justeru konsep pemilihan merupakan salah satu cara untuk menaikkan atau
melantik seseorang bagi membangunkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
Dalam kisah pemilihan
khalifah ke-3 selepas kewafatan Saidina Umar RA maka para sahabat yang
menganggotai majlis syura telah berkumpul dan menyatakan pandangan dalam
memilih seorang sahabat untuk dilantik sebagai khalifah ke-3.Zubair menyatakan
pilihannya ialah Ali bin Abi Talib. Talhah pula memilih Usman bin Affan. Sa'ad
pula memilih Abdul Rahman bin Auf. Maka terdapat 3 calon dalam menggantikan
tempat khalifah dan hasil perbincangan selepas itu, Saidina Usman bin Affan
telah dilantik menjadi khalifah ke-3.
Daripada peristiwa
tersebut dapatlah kita lihat bahawa berlakunya pemilihan dan undian ke atas 3
calon. Hasil keputusan syura menunjukkan Saidina Usman bin Affan dipilih
sebagai khalifah ke-3.
Walaupun situasi
tidak sama sebagaimana pilihan raya yang berlaku pada hari ini namun dari sudut
bahasa iaitu "memilih" ada dinyatakan. Situasi yang berlaku pada hari
ini adalah berubah namun konsep pemilihan tetap berlaku mengikut situasi
semasa.
Apakah hukum sekiranya
kita tersilap memilih pemimpin?
pertama: golongan yang berpegang bahawa mengundi adalah satu kewajipan dan
tanggungjawab sebagai ahli bagi memastikan pemimpin menjalankan amanah dengan
sebaiknya.
Kesilapan memilih
pemimpin yang tidak mengamalkan prinsip islam adalah tanggungjawab yang akan
dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati,
bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah
terhadap semua amal kita, termasuk amalan mengundi memilih kepimpinan.
Kedua: golongan yang
hanya mendiamkan diri, tidak keluar mengundi untuk memilih pemimpin.
Mereka tidak peduli
akan kehancuran social, tiadanya amar makruf nahi mungkar, tidak menjaga
kebajikan ahli secara menyeluruh. Sikap ini melayakkan mereka untuk hilang hak
mengeluh dan hilang hak bersuara, malah diam terhadap perkara mungkar yang
sedang berlaku. Ini bermakna, mereka redha terhadap kemungkaran yang berlaku di
depan mata.
"kalau saya turun mengundi apa yang saya dapat?"
apa yang kita dapat jika turun mengundi, ialah kita dapat mengekalkan wasilah
perjuangan Rasulullah SAW. Jika pemimpin yang kita pilih tersebut membuat
kebaikan dan kebajikan pahalanya juga akan tempias kepada kita, kerana kita
yang memilih untuk menaikkan beliau dan sebaliknya jika pemimpin yang kita
pilih membuat maksiat dan kezaliman kita juga akan mendapat dosa.
konklusi dari apa yang dinyatakan di atas
saya berharap agar semua warga Perubatan Cawangan Mansurah agar dapat turun
mengundi pada hari Jumaat ini bersamaa 21 Disember 2012 untuk menjalankan
tanggungjawab kita sebagai ahli.
jika di Malaysia sahabat-sahabat di kampus univesiti sibuk bermanifesto dalam
Pilihan Raya Kampus, tidak kurangnya kita di sini. Suasana tetap sama, walaupun
sedikit berbeza. Tunjukkan sikap cakna kita terhadap perubahan yang bakal
berlaku dalam struktur persatuan kita. janganlah nanti kita sibuk menyalahkan
pimpinan jika apa yang kita inginkan tidak tercapai.
sekian wallahu'alam J
Muslimah Celik
Politik
Fiqh Politik Islam
#alhamdulillah artikel ini telah dipaparkan di Page PERUBATAN Cawangan Mansurah dan juga blog JPC.