Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir 2012

bismillah walhamdulillah...

hari ini jumaat terakhir tahun 2012..sekejapnya masa berlalu.beberapa hari lagi tahun baru bakal menyingkap tabirnya.moga rahmat dan hidayahNya sentiasa bersama kita.jangan lupa membaca al-kahfi pada hari yang berkat ini.

jumaat yang berkat ini saya telah berjumpa dengan seorang makcik penjual tisu di tepi jalan di kawasan kediaman.makcik ini telah saya kenal lebih 5 tahun yang lalu. Tempat biasanya di jalan depan rumah saya. Hari ini saya menegurnya seperti biasa..

"Mama, kenapa dengan jari tu?" kata saya menunding jarinya yang berbalut..

"Terkena pisau.." katanya sambil menyambung..

"..sakit, jantung pun lemah" memegang dadanya untuk mengatakan dia kurang sihat sebenarnya...

makcik tu mengulang dua kali mengatakan dia tidak sehat!

"Tidak ke hospital atau berjumpa doktor?" kata saya...

"Tidak...tiada duit!"

aahhh..hati saya rawan!saya tidak mampu menolongnya..Teringat tokmak di kampung menjadikan hati saya makin sayu. Mungkin makcik ini sebaya dengan nenek saya, dalam usia sebegitu masih berada di jalanan untuk mencari rezeki. Saya tidak pernah bertanya jika dia mempunyai ahli keluarga yang lain atau tidak. Ada anak-anak atau suami atau tidak? Bukan tiada niat bertanya tapi saya tidak mahu dia sedih jika apa yang saya tanyakan nanti boleh mengundang sendu..

Mungkin masa tidak sesuai untuk saya bertanya.

Tolonglah mereka yang memerlukan bantuan tidak kiralah sekecil mana pun bantuan tersebut kerana mungkin dengan bantuan kita boleh menggembirakan insan ini. Janganlah nanti bergaji besar kurang cakna pada mereka yang memerlukan.

"Semoga Allah memberkati makcik ini" jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga ibu ayahku di kampung!

saya tinggalkan makcik ini dengan seribu satu macam fikiran di kepala!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azam saya supaya nanti apabila sudah bekerja sebagai doktor saya tidak akan melupakan tugas saya memberi bantuan pada yang memerlukan terutamanya pada golongan yang tidak berkemampuan kerana mereka datang dari jauh dan tidak mempunyai wang.

Sebelum itu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh!Kutiplah ilmu dengan sepenuh daya. JANGAN PONTENG! kerana keBERKATan ilmu yang kita perlukan.kalau tidak datang ke kelas dari mana kita dapatkan ilmu tersebut. Ilmu tidak turun bergolek dari langit.

Sedih dengan sahabat-sahabat yang masih tidak serius dalam mencari ilmu sedangkan sudah 5 tahun di mesir. Sudah lama meneguk debu Mesir menjadikan kita immune dengan sifat malas ke kuliah!

Tiada antibodi yang lagi kuat melainkan semua itu datang dari dalam diri kita sendiri untuk melawan sifat malas!penyakit boleh diubati, malas boleh dirawat!

Ingatlah sahabat, jangan kita menggadai nyawa pesakit disebabkan kita tidak cukup ilmu. Jangan kita laburkan duit pesakit demi mencari kesembuhan dari tangan orang seperti kita!

Tidak guna datang dari jauh tapi tidak ke kuliah. Bazirkan wang, tenaga dan masa. Ingatlah duit yang dilaburkan untuk membentuk modal insan seperti kita!

Walaupun penyakit ini dalam segelintir kalangan kita tapi ia perlu dirawat dari akar umbi kerana kita membawa nama baik kita, nama baik universiti dan persatuan!

sekian bebelan saya malam ini :) seeru 'ala barakatillah :)

#maaf tulisan tidak tersusun
#bestnya tengok sahabat2 Mansoura-Manchester habis final exam 6th year!
#sahabat2 konvensional tahun 6 tinggal lagi satu paper surgery dan satu subjek OnG
#adik2 semua sibuk dengan mid-year/mid-sem exam...all the best semua!


1 comment:

~candlesky~ said...

salam rindu :)

sangat setuju pasal keberkatan tu! berguru, itulah sebaik-baik cara meneguk ilmu..moga Allah sentiasa rahmati setiap nafas yang diberi.. :))