Thursday, December 20, 2012

Ada aku kesah?


bismillahi walhamdulillah…

kepimpinan dalam islam merupakan amanah penting bagi memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, Baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

dalam al-quran dan hadis banyak memaparkan kisah atau sejarah terdahulu serta sirah yang berlaku pada zaman Nabi SAW berkenaan konsep memilih seseorang atau lebih untuk dilantik sebagai wakil.Justeru konsep pemilihan merupakan salah satu cara untuk menaikkan atau melantik seseorang bagi membangunkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

Dalam kisah pemilihan khalifah ke-3 selepas kewafatan Saidina Umar RA maka para sahabat yang menganggotai majlis syura telah berkumpul dan menyatakan pandangan dalam memilih seorang sahabat untuk dilantik sebagai khalifah ke-3.Zubair menyatakan pilihannya ialah Ali bin Abi Talib. Talhah pula memilih Usman bin Affan. Sa'ad pula memilih Abdul Rahman bin Auf. Maka terdapat 3 calon dalam menggantikan tempat khalifah dan hasil perbincangan selepas itu, Saidina Usman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah ke-3.

Daripada peristiwa tersebut dapatlah kita lihat bahawa berlakunya pemilihan dan undian ke atas 3 calon. Hasil keputusan syura menunjukkan Saidina Usman bin Affan dipilih sebagai khalifah ke-3.
Walaupun situasi tidak sama sebagaimana pilihan raya yang berlaku pada hari ini namun dari sudut bahasa iaitu "memilih" ada dinyatakan. Situasi yang berlaku pada hari ini adalah berubah namun konsep pemilihan tetap berlaku mengikut situasi semasa.
Apakah hukum sekiranya kita tersilap memilih pemimpin?

pertama: golongan yang berpegang bahawa mengundi adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai ahli bagi memastikan pemimpin menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mengamalkan prinsip islam adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati, bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah terhadap semua amal kita, termasuk amalan mengundi memilih kepimpinan.
Kedua: golongan yang hanya mendiamkan diri, tidak keluar mengundi untuk memilih pemimpin.
Mereka tidak peduli akan kehancuran social, tiadanya amar makruf nahi mungkar, tidak menjaga kebajikan ahli secara menyeluruh. Sikap ini melayakkan mereka untuk hilang hak mengeluh dan hilang hak bersuara, malah diam terhadap perkara mungkar yang sedang berlaku. Ini bermakna, mereka redha terhadap kemungkaran yang berlaku di depan mata.
"kalau saya turun mengundi apa yang saya dapat?"

apa yang kita dapat jika turun mengundi, ialah kita dapat mengekalkan wasilah perjuangan Rasulullah SAW. Jika pemimpin yang kita pilih tersebut membuat kebaikan dan kebajikan pahalanya juga akan tempias kepada kita, kerana kita yang memilih untuk menaikkan beliau dan sebaliknya jika pemimpin yang kita pilih membuat maksiat dan kezaliman kita juga akan mendapat dosa.

konklusi dari apa yang dinyatakan di atas saya berharap agar semua warga Perubatan Cawangan Mansurah agar dapat turun mengundi pada hari Jumaat ini bersamaa 21 Disember 2012 untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli.

jika di Malaysia sahabat-sahabat di kampus univesiti sibuk bermanifesto dalam Pilihan Raya Kampus, tidak kurangnya kita di sini. Suasana tetap sama, walaupun sedikit berbeza. Tunjukkan sikap cakna kita terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam struktur persatuan kita. janganlah nanti kita sibuk menyalahkan pimpinan jika apa yang kita inginkan tidak tercapai.

sekian wallahu'alam J

Muslimah Celik Politik
Fiqh Politik Islam

#alhamdulillah artikel ini telah dipaparkan di Page PERUBATAN Cawangan Mansurah dan juga blog JPC.

No comments: