bismillahi walhamdulillah
ingin sambung cerita tentang perjalanan umrah dan ziarah saya pada awal ramadhan yg lalu.sambung entry yang lalu.selepas berehat beberapa ketika selepas asar kami ingin menunaikan umrah pertama (umrah wajib) untuk menghalalkan kami dari pantang larang ihram.lama kami tunggu rupanya ustaz berjanji nak bawak kami pergi selepas maghrib.
selepas maghrib kami beramai-ramai ke baitullah.penuh sesak dengan jemaah kerana solat isyak akan masuk tidak lama lagi.pada masa itu ada antara kami berpisah antara satu sama lain.kemudian kami mencari ruang untuk solat isyak di bawah.terlalu ramai org sehingga pada masa itu saya hanya dapat bersujud di punggung jemaah wanita.alangkah besarnya rahmatMu ruang masjid yg besar itu pun penuh sesak.
selesai jemaah isyak kami terus ke kawasan tawaf.pada masa itu ruang tawaf pun penuh sesak dgn ribuan jemaah yang sedang kusyuk mendengar imam bersolat terawih dan jemaah yg menunaikan umrah.dari sekecil2 pusingan hingga pusingan yg besar yg makin jauh dgn kaabah.ramainya!mudahkanlah kami menunaikan ibadah umrah pada malam ini.
perasaan letih dan sesak berganti seronok kerana dapat melihat imam asSudais dari dekat.kemudian kami pun terus ke kawasan saie untuk bersaie selepas selesai tawaf.alhamdulillah hampir 2 jam umrah kami berjaya melaksanakan umrah pertama.alhamdulillah pujian dan syukur padaMu.
keesokkan harinya kami bersahur di hotel dan terus ke masjidil haram untuk solat subuh.beriktikaf di sana sampai dhuha.alangkah indahnya melihat suasana di mana semua orang tengah kusyuk dengan ibadah masing2.
kami berbuka di masjid.sekitar sejam sebelum waktu berbuka anak2 arab sudah menghamparkan plastik untuk dibuat alas.kemudian pembahagian kurma dan roti.kami sangat teruja dgn setiap orang tidak kira apa jua makanan yg ada diberi untuk dikongsi.memberi orang berbuka puasa di bulan ramadhan pahalanya ibarat orang itu berpuasa.jarang terdapat suasana itu di malaysia.
mudahkanya membuat pahala di bulan ramadhan.tetapi janganlah kita lupa untuk membuat benda yg sama walau tidak di bulan mulia ini.jatuh hati dengan air teh (syai) dan rutob!dapat dua benda itu sudah cukup seronok kami berbuka.
pada malamnya kami diberi taklimat untuk ziarah dan kami dibawa ke pasar malam (souq el-lail) di sekitar kawasan hotel.macam2 benda ada di makkah ni.paling menakjubkan ada kedai menjual makanan dari malaysia, indonesia dan thailand.tidak susah utk mendapatkan makanan di sini.

1 comment:
rajin2 tulis lagi siri2 dia tau :)
Post a Comment