Friday, September 23, 2011

haramaian yg sentiasa dirindui...


alhamdulillah sekadar sebuah coretan pengalaman sepanjang umrah tarbawi 2011.dijemput menjadi tetamuNya pada 4 ramadhan 1431H bersamaan 4 august 2011.diri ini diuji dengan tarikh bertolak yang ditunda.mendapat message dari ustaz pada malam 2 august terpaksa ditunda kepada 4 hb kerana masalah tiket.hikmah di sebalik tundaan tarikh rupanya Allah mahu saya melihat sendiri result exam final 3rd year.alhamdulillah rezeki dan penantian selama ini berhasil.akhirnya diri ini berjaya melepas pre-clinical year yang penuh perit jerih untuk melangkat ke alam clinical yang sentiasa dinanti..alhamdulillah!bertolak dengan seat bussiness class yang tak diduga dapat merasa duduk sebelum bekerja.urusan di airport berjalan dengan lancar.ramai sangat orang nak gi umrah.makcik arab ni siap bawak periuk lagi dengan segala bau cheese rasa macam bukan airport je.hati ini berdetik mungkin mereka ke sana hanya ada tambang sahaja, urusan makan dan minum serta tempat tinggal ikut mane sahaja yang mampu.sedih juga melihat makcik dan pakcik arab yang tua berkerusi roda begitu bersemangat mahu ke baitullah..

akhirnya berjaya menjejakkan kaki kota madinatul hujjaj jeddah.menunggu trip kedua sampai sekitar 3 jam akhirnya kami semua bertolak ke kota makkah.sesampai di sana azan zohor berkumandang..sayup2 hati ini bertasbih dan bertalbiah.selepas maghrib ke masjidil haram untuk menunaikan tawaf qudum dan umrah pertama.ramainya ummat berjalan menuju ke rumahMu.perkara pertama bila melihat kaabah..tiada kata yang terlafaz hanya air mata yang mengalir..besarnya nikmatMu berada di tanah haram makkah.nikmatnya setiap hari berjemaah dan berterawih di masjidil haram.berbuka dengan rutob.cukup kenyang dengan beberapa biji rutob dan 3 cawan zam-zam.alhamdulillah.untuk sahabat2 yang bakal menjadi tetamuNya pesan saya:bacalah sirah dan hayati perjuangan nabi saw.perbanyakkan solat taubat dan hajat mohon diberi kesihatan untuk beribadat dengan baik.tetapkan niat untuk memaksimumkan ibadah di baitullah.jangan hanya ke sana mahu membeli belah.[peringatan utk diri sendiri]bawaklah bekalan ubatan yang secukupnya.banyakkan bersabar dengan ujian di tanah haram.bermacam ujian boleh berlaku, diuji dengan kehilangan barang, dihimpit semasa tawaf, berebut semasa nak ambil air zamzam dan macam2 lagi.janganlah memaksa diri untuk mencium hajarul aswad [sudah 3 kali saya ke sana tapi masih belum berkesempatan untuk menciumnya] jika mahu solat hajat dan doa supaya dimakbulkan].ketika di madinah, ambillah kesempatan untuk ke raudah seberapa kali yang mampu.solat hajat biar dimudahkan dan diberi ruang untuk solat di sana biarpun tempat yang kecil.banyakkan selawat..lepaskan rindu kita pada nabi saw.khas untuk akhowat kerana dia ada waktu untuk masuk tidak macam ikhwah yang boleh ke sana setiap waktu.akhir skali jangan lupa doakan sahabat2 dan kaum keluarga serta ummat islam seluruhnya.sekadar sini dahulu..nanti tulis lagi..

1 comment:

Azura Yasin said...

suka baca! lg best kalau ada gambar sekali. did you take a lot of pictures there? i've seen none! :(