Tuesday, September 27, 2011

three legendaries farewell

bismillahi walhamdulillah

tarikh 27 September 2011 melakar sejarah sedih buat warga sains kesihatan di Mansoura University apabila 3 graduan fakulti pergigian bakal pulang ke malaysia.pulangnya mereka untuk meneruskan perjuangan di alam kerjaya demi berkhidmat untuk bangsa agama dan negara.


bye meen,apang & ainaz!
ni je gambar yg ada mereka bertiga
sorry auni yg bertudung hijau 
terpaksa masuk gmbr

mereka adalah Dr.Raja Muhammad Affan (BDS Mansoura), Dr.Nurul Ain Azmi (BDS Mansoura) dan Dr.Nurul Yazmeen Alias (BDS Mansoura).selepas tamat peperiksaan akhir pada akhir bulan jun lalu mereka perlu menunggu jawapan adakah mereka akan melakukan praktikal di selama 3 bulan di mesir sebelum dibenarkan pulang.akhirnya berkat doa mereka semasa umrah praktikal tersebut tidak perlu sebaliknya mereka terus boleh mengesahkan jawatan dan berkhidmat di malaysia.

saya tidak sempat membuat lambaian terakhir buat mereka kerana masih di malaysia.apa pun kenangan bersama kalian akan terus terpahat di memori.biarlah ia menjadi kenangan atas jalinan persahabatan, mana tahu satu hari nanti saya memerlukan khidmat kalian!

apa pun saya mendoakan semoga Allah mudahkan tugas kalian sebagai Doktor Pergigian tidak kira di mana kalian berada sekalipun.kalian adalah kebanggaan kami!

lambaian terakhir sebelum masuk balai berlepas~

antara yang menghantar (T_T)

NB: gambar kredit to FB fawwaz aizat dan miriam azizi.
lepas ni takde dah la orang boleh menolong kak2 di beyt hannan.thanks apang for always helping us:)
mesti ada org sedih takde dah adik ter'best' dia.
PUTERI juga kehilangan 2 orang adik bradik

apa pun kejayaan anda akan kami jadikan azimat untuk meneruskan perjuangan di perlembahan nil pada hari mendatang.you are our pride!

Friday, September 23, 2011

umrah tarbawi 2011

bismillahi walhamdulillah

ingin sambung cerita tentang perjalanan umrah dan ziarah saya pada awal ramadhan yg lalu.sambung entry yang lalu.selepas berehat beberapa ketika selepas asar kami ingin menunaikan umrah pertama (umrah wajib) untuk menghalalkan kami dari pantang larang ihram.lama kami tunggu rupanya ustaz berjanji nak bawak kami pergi selepas maghrib.

selepas maghrib kami beramai-ramai ke baitullah.penuh sesak dengan jemaah kerana solat isyak akan masuk tidak lama lagi.pada masa itu ada antara kami berpisah antara satu sama lain.kemudian kami mencari ruang untuk solat isyak di bawah.terlalu ramai org sehingga pada masa itu saya hanya dapat bersujud di punggung jemaah wanita.alangkah besarnya rahmatMu ruang masjid yg besar itu pun penuh sesak.

selesai jemaah isyak kami terus ke kawasan tawaf.pada masa itu ruang tawaf pun penuh sesak dgn ribuan jemaah yang sedang kusyuk mendengar imam bersolat terawih dan jemaah yg menunaikan umrah.dari sekecil2 pusingan hingga pusingan yg besar yg makin jauh dgn kaabah.ramainya!mudahkanlah kami menunaikan ibadah umrah pada malam ini.

perasaan letih dan sesak berganti seronok kerana dapat melihat imam asSudais dari dekat.kemudian kami pun terus ke kawasan saie untuk bersaie selepas selesai tawaf.alhamdulillah hampir 2 jam umrah kami berjaya melaksanakan umrah pertama.alhamdulillah pujian dan syukur padaMu.

keesokkan harinya kami bersahur di hotel dan terus ke masjidil haram untuk solat subuh.beriktikaf di sana sampai dhuha.alangkah indahnya melihat suasana di mana semua orang tengah kusyuk dengan ibadah masing2.

kami berbuka di masjid.sekitar sejam sebelum waktu berbuka anak2 arab sudah menghamparkan plastik untuk dibuat alas.kemudian pembahagian kurma dan roti.kami sangat teruja dgn setiap orang tidak kira apa jua makanan yg ada diberi untuk dikongsi.memberi orang berbuka puasa di bulan ramadhan pahalanya ibarat orang itu berpuasa.jarang terdapat suasana itu di malaysia.

mudahkanya membuat pahala di bulan ramadhan.tetapi janganlah kita lupa untuk membuat benda yg sama walau tidak di bulan mulia ini.jatuh hati dengan air teh (syai) dan rutob!dapat dua benda itu sudah cukup seronok kami berbuka.

pada malamnya kami diberi taklimat untuk ziarah dan kami dibawa ke pasar malam (souq el-lail) di sekitar kawasan hotel.macam2 benda ada di makkah ni.paling menakjubkan ada kedai menjual makanan dari malaysia, indonesia dan thailand.tidak susah utk mendapatkan makanan di sini.

haramaian yg sentiasa dirindui...


alhamdulillah sekadar sebuah coretan pengalaman sepanjang umrah tarbawi 2011.dijemput menjadi tetamuNya pada 4 ramadhan 1431H bersamaan 4 august 2011.diri ini diuji dengan tarikh bertolak yang ditunda.mendapat message dari ustaz pada malam 2 august terpaksa ditunda kepada 4 hb kerana masalah tiket.hikmah di sebalik tundaan tarikh rupanya Allah mahu saya melihat sendiri result exam final 3rd year.alhamdulillah rezeki dan penantian selama ini berhasil.akhirnya diri ini berjaya melepas pre-clinical year yang penuh perit jerih untuk melangkat ke alam clinical yang sentiasa dinanti..alhamdulillah!bertolak dengan seat bussiness class yang tak diduga dapat merasa duduk sebelum bekerja.urusan di airport berjalan dengan lancar.ramai sangat orang nak gi umrah.makcik arab ni siap bawak periuk lagi dengan segala bau cheese rasa macam bukan airport je.hati ini berdetik mungkin mereka ke sana hanya ada tambang sahaja, urusan makan dan minum serta tempat tinggal ikut mane sahaja yang mampu.sedih juga melihat makcik dan pakcik arab yang tua berkerusi roda begitu bersemangat mahu ke baitullah..

akhirnya berjaya menjejakkan kaki kota madinatul hujjaj jeddah.menunggu trip kedua sampai sekitar 3 jam akhirnya kami semua bertolak ke kota makkah.sesampai di sana azan zohor berkumandang..sayup2 hati ini bertasbih dan bertalbiah.selepas maghrib ke masjidil haram untuk menunaikan tawaf qudum dan umrah pertama.ramainya ummat berjalan menuju ke rumahMu.perkara pertama bila melihat kaabah..tiada kata yang terlafaz hanya air mata yang mengalir..besarnya nikmatMu berada di tanah haram makkah.nikmatnya setiap hari berjemaah dan berterawih di masjidil haram.berbuka dengan rutob.cukup kenyang dengan beberapa biji rutob dan 3 cawan zam-zam.alhamdulillah.untuk sahabat2 yang bakal menjadi tetamuNya pesan saya:bacalah sirah dan hayati perjuangan nabi saw.perbanyakkan solat taubat dan hajat mohon diberi kesihatan untuk beribadat dengan baik.tetapkan niat untuk memaksimumkan ibadah di baitullah.jangan hanya ke sana mahu membeli belah.[peringatan utk diri sendiri]bawaklah bekalan ubatan yang secukupnya.banyakkan bersabar dengan ujian di tanah haram.bermacam ujian boleh berlaku, diuji dengan kehilangan barang, dihimpit semasa tawaf, berebut semasa nak ambil air zamzam dan macam2 lagi.janganlah memaksa diri untuk mencium hajarul aswad [sudah 3 kali saya ke sana tapi masih belum berkesempatan untuk menciumnya] jika mahu solat hajat dan doa supaya dimakbulkan].ketika di madinah, ambillah kesempatan untuk ke raudah seberapa kali yang mampu.solat hajat biar dimudahkan dan diberi ruang untuk solat di sana biarpun tempat yang kecil.banyakkan selawat..lepaskan rindu kita pada nabi saw.khas untuk akhowat kerana dia ada waktu untuk masuk tidak macam ikhwah yang boleh ke sana setiap waktu.akhir skali jangan lupa doakan sahabat2 dan kaum keluarga serta ummat islam seluruhnya.sekadar sini dahulu..nanti tulis lagi..