Saturday, January 29, 2011

pulang mencari sesuatu yang hilang~

bismillahi walhamdulillah...

syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan umur yang panjang dan diri yang sehat sejahtera.semalam after finishing the family day YT saya menyiapkan barang-barang yang perlu dibawa pulang.pulangnya saya kali ini hanya dengan satu beg hand lugage dan beg sandang.first time balik takde barang!

berseronok dan berukhuwah  dengan ahli keluarga YT.terpaksa membatalkan hasrat untuk mengikuti jaulah mentor ke dumyat.ntah rugi memang rugi tiada pengisian untuk mentor.tapi saya rindu mahu berjumpa adik2 yang sudah lama tidak bersua.berkurang ahli yang datang mengurangkan meriahnya majlis ini tapi kami tetap seronok bergembira bermain bersama.moga Allah kekalkan semangat kekeluargaan ini.

keadaan mesir yang meruncing dua tiga hari kebelakangan ini menyebabkan kami terputus berita dari luar.tidak boleh berhubung melainkan dengan call sahaja.itupun mengikut masa dan tempat.kebanyakkan cabang telekomunikasi seperti internet dan sms di'block' bagi mengelakkan maklumat terkini keadaan mesir sekarang cepat tersebar.

bagi kami yang berada di mansoura tiada rusuhan yang besar dilakukan.cuma perarakan aman menyatakan pendirian dan keinganan rakyat mesir.keadaan darurat di cairo dan alex dengan trak dan kereta polis dibakar.terbaru semalam adik YT yang mahu ke cairo tidak dapat pulang kerana jalan ke cairo ditutup.kebanyakan penerbangan delayed terutamanya bagi mereka yang menaiki egypt air.

semasa dalam perjalanan ke burg el-arab airport, alexandria kami dapat melihat banyak kereta kebal dibawa menuju ke cairo.terasa macam nak perang!terdapat juga kesan kebakaran yang dilakukan oleh rakyat mesir bagi menunjukkan protes mereka kepada kerajaan sekarang.moga apa yang mereka inginkan dimakbulkan.we'll change kate mereka!

pulang saya kali ini mencari sesuatu yang hilang dalam diri.tension yang memuncak yang tidak dapat diungkapkan menyebabkan saya mengambil keputusan untuk pulang dan recharge kembali bateri yang bakal digunakna untuk berjuang di alam final exam yang panjang nanti.doakan moga saya dapat apa yang saya cari.

worrying about egypt so much.hope everything will be fine soon.moga sahabat-sahabat dalam jagaanNya.selamat bercuti kepada semua.tidak kira kemana pun anda jadikanlah kembara anda melihat kebesaran alam sebagai zikirullah tanda ingatan dan syukur kita pada Yang Maha Esa.belajar dari sekolah kehidupan~

pohon maaf jika ada hak yang belum saya tunaikan sebelum saya pulang.pohon sahabat2 ingatkan hutang dan hak2 supaya saya dapat tunaikan sekembali saya ke mesir nanti=)

happy holiday everyone!


currently at bahrain international airport waiting for boarding gate to open at 2am local time.will be arriving at klia 250pm.insyaAllah.bon vogaye!

1 comment:

light 0F happiness said...

salam,
huh sampai mcm tu sekali ye kt egypt.
harap x berpanjangan rusuhan tu. moga selamat sampai malaysa insyaAllah