bismillahi walhamdulillah...
rata-rata mahasiswa dan mahasiswi yang berada di mesir sedang dan bakal menduduki peperiksaan akhir semesta sebelum memulakan winter break.tidak kisahlah mahasiswa/i perubatan mahupun pengajian islam.
maka masa ini boleh dianggap sebagai masa hibernasi masing-masing dengan buku dan nota kuliah.masing-masing dengan gaya yang tersendiri.tetapi perlu diingat dalam kita menelaah sudahkan kita menunaikan tanggungjawab dan amanah kita?amanah yang paling utama kepada Allah (menunaikan suruhanNya), rasul (mengikut apa yang dibawa), kedua ibu bapa (bertanya khabar), dan sahabat sekeliling..
sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang ahli beyt (housemate)??rata-rata kita mempunyai sifat nafsi nafsi pada masa ini.janganlah kita abaikan tugas kita.letakkan diri kita di tempat beliau jangan hanya pentingkan diri sendiri.bukan kita sahaja yang ingin berjaya tetapi ajaklah orang lain supaya berjaya bersama.
soalan bonus setiap kali exam "dah habis ke study??"
saya ada 2 jawapan untuk soalan ini.pertama: dah banyak da..tapi nak kena ulang lagi.mungkin jawapan ini akan meng'psycho'kan mereka-mereka yang belum atau sedang berusaha menghabiskan nota yang bertimbun!!boleh dijadikan pemangkin semangat mungkin.
jawapan kedua: mestilah tak.kalau ikut logik akal semakin banyak yang kita belajar semakin banyak yang kita tidak tahu sebenarnya.tetapi jawapan ini boleh dianggap lack of preparation kita untuk menghadapi hari peperangan.siapa mahu kalah dalam berjuang?semua orang bercita-cita untuk menang.
untuk menang kita perlu bersedia dengan segala kelengkapan walaupun sekecil-kecil perkara seperti tidur yang cukup dan membawa alat tulis yang lengkap.untuk menang kita perlu berfikiran positif.ini tak, belum sampai ke medan juang sudah mengangkat bendera putih!
kita kena cemerlang kerana ummah memerlukan kita sebagai generasi yang bakal mencorak masa hadapan.MUMTAZ untuk ummah!=)
all the best
19/1/11 5th year: Dermatology round exam & SEM 1
20/1/11 3rd year: Pharmacology & 2nd year: Physiology & SEM 5
all conventional, PBL, dentistry, pharmacy students
all conventional, PBL, dentistry, pharmacy students
rabbuna najahna=)
No comments:
Post a Comment