saya terpanggil untuk membicarakan isu ponteng kelas.almaklumlah kedatangan setiap kelas tidak diambil kecuali practical.sewaktu batch senior-senior dahulu masalah ini kurang dan hampir tiada.bukan mahu mengangkat batch atas tetapi saya sedih melihat keadaan adik-adik yang mukanya hanya nampak semasa exam.betol ke budak ni kelas aku?itulah everytime melihat muka-muka baru yang diingat sebagai adik-adik junior yang baru datang.
lagilah dengan adanya kemudahan tusyen dan kelas luar.kehadiran ke kelas diambil sambil lewa sahaja.datang ke kelas hanya suka-suka.betulkanlah niat anda dalam menuntut ilmu.ingatlah kerajaan dan ibu bapa menghabiskan wang ribuan ringgit untuk menghantar anda ke sini.ada yang sanggup menjual tanah dan menggadai harta demi melihat kite menggenggam segulung ijazah.
bukan itu sahaja mind set kita setiap kali datang ke kelas.apabila doktor yang mengajar tidak sedap dan kurang best maka kita mengambil keputusan untuk tidak datang ke kelas.apabila apa yang diajar tidak difahami kita terus patah semangat.takpelah aku amik tuisyen.masa tuisyen la aku pulun betul-betul.lagipun kalau nak compare tuisyen dengan kelas yuran yang kita bayar lebih mahal dari yuran tuisyen.jika difikir logik akal maka kita WAJIB ke kelas jika dibanding dengan kelas luar yang hanya sebagai tambahan.
ke kelas itu ada BERKAT.mana tahu doktor yang mengajar apa yang kita tak faham itu ada berkat dan selalu doakan kita.jika tak ke kelas rugi.satu rugi ilmu dan rugi berkat serta doa doktor.ingatlah setiap kali kita malas ke kelas ada amanah ibu ayah yang kita galas.sanggupkah kita mengecewakan mereka??
kita tak tahu mungkin berkat kita rajin ke kelas Allah mudahkan kita menjawab exam dan juga dengan berkat doktor kita mudah ingat ilmu yang dibaca dan dibelajari
apa salahnya kita korban sedikit rasa malas untuk kita mencari ilmu.hadiri majlis ilmu ada malaikat yang menaungi.bagi saya lebih baik anda tidur di kelas dari anda bermalasan di rumah!tapi janganlah pulak nanti ke kelas tidur.dapatkan tidur yang cukup ye.betulkan niat setiap kali ke kelas.menuntut ilmu kerana Allah.moga setiap langkah kita ada pahala.
hanya pandangan dari seorang insan yang juga kadang-kadang malas nak kelas tetapi menguatkan semangat takut dengan amanah ibu bapa yang akan ditanya nanti=(
long term memory require repetition!