Saturday, September 25, 2010

selamat kembali ke kuliah!


bismillahi walhamdulillah...

selamat meneruskan sesi pengajian 10/11 kepada sahabat-sahabat di mesir terutamanya di mansoura.moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.marilah sama-sama kita memburu kecemerlangan untuk mengembalikan kegemilangan ummah.

kepada yang kurang bernasib baik atau terpaksa mengulang tahun jadikanlah tahun yang mengulang ini untuk kita muhasabah kembali di mana titik untuk kita bina kembali semangat untuk teruskan perjuangan.ingat gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.orang-orang yang berjaya dahulu pun melalui jalan yang sama.mereka juga pernah gagal sebelum berjaya.

pulihkan kembali semangat anda kerana orang lain tidak mampu untuk menolong anda melainkan diri anda sendiri.kepada yang berjaya tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya melepaskan ujian dur thani.hanya yang melalui mampu merasai.

baikilah kembali sikap-sikap atau cara kita untuk menjadi seorang doktor muslim.smoga kita semua berjaya dengan cermerlang tahun ini.semangat baru.azam baru.motivasi baru.tahun baru!=)

selamat kembali ke kuliah^_^

Friday, September 24, 2010

Friday, September 17, 2010

off to kuantan

bismillahi walhamdulillah..

selepas seminggu umat islam menyambut eidulfitri yang mulia akhirnya tibalah masa untuk yang jauh pulang ke tempat berkerja masing-masing bagi memenuhi tuntutan kerja.afham and the geng sudah pulang ke putrajaya.pelbagai karenah dan aksi-aksi comel menari di mata.oh i miss them so much.

semalam juga sedikit majlis untuk kawan2 pejabat ayah dan sanak-saudara terdekat.tak sempat nak amik gambar pun duk sibuk basuh pinggan di dapur.thnks to suala yang memasak nasi karot yang super sedap dengan ayam berempah,dalca dan acar tomato.

hari ini akhirnya saya collapse!demam.so nak tak nak terpaksa la telan ubat sebab esoknya saya akan ke kuantan untuk memenuhi undangan reunion sahabat gen 6 darul quran.tapi rasanya tidak ramai kut yang datang.nanti akan diupdate semula.

banyak entri yang tertangguh.so sile check out untuk update-update orang kahwin ye dalam entry yang lama.makin banyak draft yang tertangguh dalam inbox ni.nanti ada masa saya update lagi ye.
nak berkemas..c u soon~

ps:

  1. sory to yomie chan kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis riang raya YT pada 19 hb nanti.sedih kerana tidak dapat datang.
  2. selamat bekerja untuk sahabat2 di mesir utk sambutan pelajar baru PSMB.moga semua urusan anda dimudahkan Allah:)

Monday, September 13, 2010

Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue

bismillah walhamdulillah...


post dibawah diambil dari email:smganesh29@yahoo.com


Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue

I will continue to forward this every time it comes around!

STROKE:Remember the 1st Three Letters....S. T.R. 

My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word.
I agree.

If everyone can remember something this simple, we could save some folks.
Seriously. .

Please read:

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone 
that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just 
tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a 
bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to 
the hospital - (at 6:00 PM Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the 
BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would 
be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition 
instead.

It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can 
totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting 
a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for 
within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the 
lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain 
damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple 
questions:

S *Ask the individual to SMILE.
T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(I.e. It is sunny out today.)
R*Ask him or her to RAISE BOTH ARMS..

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number 
immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his 
tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other,that is 
also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you 
can bet that at least one life will be saved. 


I have done my part. Will you? 

Sunday, September 12, 2010

selamat pengantin baru buat kak mufid dan Dr.Hamdan

bismillahi walhamdulillah..


BERA 12 September- Mufidah Hawa binti Embong menamatkan zaman bujang dengan teruna pilihannya, Mohd Hamdan bin Saparwan dalam majlis akad nikah di rumahnya di Felda Tementi. Majlis telah disempurnakan oleh ustaz Abu Awang sebagai wakil wali kepada Ab.Kadir bin Embong,abang sulong Mufidah.
Dengan mas kahwin RM 22.50 dan sebentuk cincin emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dan diperhatikan oleh saudara mara terdekat pada pukul 3.00 petang selepas bertunang dua tahun sebelum itu.
Hamdan, 26, menjadi suami kepada Mufidah Hawa 26 anak ke sepuluh daripada tiga belas adik beradik, dengan sekali lafaz. Majlis ini hanya memenuhi perkara wajib, dan majlis walimah disebelah perempuan akan diadakan kemudian. ini merupakan pernikahan yang kedua bagi keluarga ini dalam setahun.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 7 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 9 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna putih semasa akad nikah.
Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan pertunangan dua tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan. Pasangan ini membuat ikatan pertunangan ketika kedua-duanya masih belajar di Mesir lagi.
Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Shah Alam pada 25 September ini. Semoga hubungan mereka berakhir hingga kesyurga-

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin"
 kepada kak mufidah hawa embong 
Dr.Hamdan Saparwan
selamat bercinta hingga ke syurga:)


ps: kredit to blog keluarga kak mufid for the news.

Friday, September 10, 2010

salam eidulfitri 1431H


salam eidulfitri 1431H
maaf zahir dan batin
dari kami sekeluarga
marilah kembali kepada fitrah
janganlah kamu menjadi hamba ramadhan
kerana ramadhan akan pergi
jadilah hamba Allah sesungguhnya
Dialah yg kekal abadi

Wednesday, September 8, 2010

tips nikah kahwin

bismillahi walhamdulillah


tips yang menarik untuk dikongsi sempena cuti dan ramainya yang akan menamatkan status bujang masing-masing, yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadi sempadan:)


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

adaptasi:
unit bait muslim tanta=)

Sunday, September 5, 2010

selamat tiba di malaysia.

bismillahi walhamdulillah..

terima kasih buat sahabat2 yang mendoakan perjalanan saya dari cairo ke kuala lumpur dengan transit 2 jam di bahrain.perjalanan yang lancar dan selesa.cuma cuaca yang kurang memuaskan semasa perjalanan dari bahrain ke kuala lumpur menyebabkan pesawat sedikit bergegar kerana cuaca monsun di perairan india yang tidak menentu.



perjalanan saya dari cairo ke bahrain memakan masa 3jam.penumpang disebelah saya adalah seorang ibu muda dengan seorang baby boy yang usianya tidak sampai 3bulan kut.dia hanya berdua tetapi nasib baik ada penumpang sebelah lagi yang baik hati menolong sesama ahmed menangis.bayangkan bagi susu dia masih menangis.mungkin tidak selesa naik flight kut.(kepada ibu-ibu dan bakal ibu yg akan bermusafir silalah berpakaian yg selesa untuk anda breast feeding.susah jika anda memakai baju yang sedikit ketat atau yg sewaktu denganya.saya bukan nak kata kat jiran ummu ahmed tu.cumanya ada yg patut kita amik pengajaran.moga Allah ampunkan saya.)


2 jam di bahrain terasa sebentar.flight dari bahrain ke kuala lumpur memakan masa 7jam setengah.alhamdulillah sewaktu mendarat di klia disambut dengan hujan renyai-renyai.disambut oleh meen dan 3 orang adiknya yang mengirim rutob (kurma muda).so setel satu kiriman.naik ke tingkat atas saya terus ke kaunter mas untuk check jika masih kosong flight pada petang itu ke terengganu.pakcik tu kata penuh.tapi kalau nak mencuba nasib dia suh ke kaunter standby.akak tu kata saya masukkan nama awak ke waiting list jika masih kosong dan dia akan memanggil saya pada pukul 210pm.alhamdulillah rezeki untuk pulang petang ada.kalau tak terpaksalah melangut di klia untuk flight pada malamnya.


sedih meninggalkan sahabat2 yang mana tenaga kerja yang tidak menang tangan untuk sambutan pelajar baru USMB dan majlis hari raya yang terdekat.manakala yang masih tinggal di sana mereka yang rata-ratanya masih memduduki exam dur thani.moga Allah membantu kalian.

moga ada yang dapat saya tolong walaupun masih berada di malaysia.kepada yang exam jangan lupa berdoa dan jawab elok2 ye.dan bagi yang akan pulang bercuti selamat pulang.moga selamat dalam perjalanan.jangan lupa doakan semasa di permusafiran.

need to go.mata tak ngantuk lagi..jetlag.huhu=)