Wednesday, June 30, 2010

end of june

bismillahi walhamdulillah..

beberapa hari lagi paper yang terakhir akan bertandang.semangat study tidak luntur.namun saya dikejutkan dengan berita kepulangan seorang adik Yayasan Terengganu ke malaysia.saya dimaklumkan sehari sebelum kepulangan beliau ke malaysia.so, apa lagi kami seniors YT ni mengambil kesempatan untuk ziarah ke sana, mungkin selepas ini susah untuk berjumpa walaupun berada di negeri yang sama.

jika awal march lalu, seorang adik dentist YT pulang ke malaysia kerana masalah homesick namun yang ini lain pula kisahnya, kerana masalah kesihatan dia terpaksa pulang untuk menyambung rawatan di malaysia.tetapi apa pun semoga cepat-cepat sembuh la ye.mesti ramai yang terfikir kenapa tidak sahaja membuat rawatan di sini??hospital bukan main banyak..ntah la..kalau diberi pilihan pun, bagi saya terbaik adalah membuat rawatan di negara sendiri.

bukan apa, mungkin masalah komunikasi yang boleh menjadi penghalang.selain itu, kita tahu la arab ni buat kerja macam mana.tidak dinafikan mereka mempunyai doktor-doktor pakar dan facilities yang mencukupi namun atas dasar kurang percaya pilihan terpaksa dibuat.melihatkan cara hidup mereka yang kurang bersih, menjadikan kita kurang enak untuk mendapatkan rawatan.

sama sahaja di hospital swasta ataupun kerajaan.semuanya kalau dah gaya arab tu tetap sama di mana-mana.so amiklah mane yang baik dan tinggalkan mana yang buruk untuk dibawa pulang berkhidmat nanti.

paper terakhir ini mempunyai cabaran yang berbeza.terpaksa menahan nafsu untuk terus bertahan.moga dibantu diberi kekuatan olehNya.moga kita semua berjaya.

p.s:
kepada adik2 yang bakal menyambung pengajian tidak kiralah dimana pun dalam atau luar negara.hopefully dapat berfikir semasak-masaknya, kalau dah masak tu biar ranum.takut nanti anda tersilap pilih jalan, susah untuk berpatah balik, pilihlah berdasarkan minat dan kemampuan serta pencapaian akademik....moga mudah semuanya!=)

No comments: