Friday, June 4, 2010

Apa nak jadi dengan pelajar kita?

bismillahi walhamdulillah..

terlebih dahulu saya menghulurkan salam takziah buat sahabat saya NurulHusna Ahmad Sani dan adiknya NurulHuda Ahmad Sani atas kehilangan adik mereka pada petang tadi akibat kemalangan di langkawi.moga adik mereka Allahyarham NurulJannah Ahmad Sani.moga beliau ditempatkan dikalangan para nabi dan solihin.lagi berita lanjut boleh dibaca di blog una n uda.moga kalian berdua dan keluarga tabah dan kuat menerima ujian Allah.

begitulah fitrah yang hidup pasti akan mati.setiap hari ada sahaja malaikat maut mencabut nyawa tetapi Allah gantikan pula dengan bayi yang baru lahir.

saya ada terbaca satu berita di harian metro yang meruntun hati.sedih dengan keadaan kampung halaman.baca dulu berita dibawah dan anda berhak untuk mengomen dan melontarkan buah fikiran.apa yang menyedihkan, rakyat Palestine setiap hari bertarung nyawa untuk mempertahankan nyawa dan negara mereka..tetapi remaja kita di malaysia setiap hari tidak mampu untuk mempertahankan maruah agama dari melakukan dosa dan maksiat.sedih!malu...


KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.
Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.


Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.


Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.


Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. “Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. “Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan.



bila sudah hilang malu, maka akan tercabutlah pakaian iman.iman sebagai perisai diri untuk kita jauh dari maksiat dan dosa.ya Allah ampunkan dosa kami.jangan Kau uji kami dengan apa yang tak mampu kami hadapi..

sudah tidak mampu menulis..........

13days to go for da 1st exam..
need a rest~
al-fatihah~
1.59am
june, 4

No comments: