Friday, June 18, 2010

walimah akmal & hafiz


jadi orang dapur je kite



pengantin dgn mak andam



barang hantaran



pelamin

hannan's at her wedding:)

photographer cun!

mak andams


bismillahi walhamdulillah..

syukur ke hadrat ilahi dapat juga saya buat post walimah akmal (orang panggil kami bestfriend at maahad.tak tau la kenapa) & suaminya.menarik mengenai walimah ini, pengantin lelakinya berada nun jauh di malaysia.semuanya diselesaikan di sana bersama akad nikah.

kalau dahulu saya ada terbaca mengenai nikah kahwin yang berlaku antara 2 benua juga tetapi sang permaisuri berada di malaysia tetapi sang raja berada di mesir.ia dilakukan dengan akad yang ditonton melalui webcam.tetapi majlis sahabat baik saya ini tidak melalui webcam kerana liputan broadband internet yang kurang baik di kampung beliau.tetapi tidak mengapalah sudah selasai.anda sudah sah menjadi isteri!

atas dasar hadiah kepada sahabat baik ini, ahli beyt beliau ada membuat sedikit majlis kecil-kecilan untuk memeriahkan hari bahagia beliau.majlis itu bersekali dengan majlis kesyukuran (naik rumah kata tuan rumah) kerana sebelum ini tidak pernah diadakan apa-apa majlis sepanjang mereka tinggal di sana.kalau ikutkan perancangan si pengantin mahu mengadakan majlis selepas suaminya sampai ke mesir dalam bulan oktober nanti untuk menyambung pelajaran ke sini.

tetapi nana (digelar abah pada hari berkenaan) ahli beyt beliau sengaja mengadakan kejutan dan sebagai tanda hadiah buat si pengantin.tidak kurang sibuk juga milah (ummi) pada hari bahagia anaknya!hehe..majlis ini meriah dihadiri oleh jemputan yang limited (kepada sesiapa yang tidak dijemput janganlah berasa hati kerana ini bukan walimah sebenar, insyaAllah jika diizinkan Allah dan ada rezeki pengantin dan suami akan mengadakan majlisnya nanti..so tungguuuuu!!)

dats all from me.ampun maaf salah silap atas kata2..enjoy gambar2 di atas.maaf gambar pengantin tak boleh upload bagi menghormati pengantin yang memakai cadar (niqob).lagipun kena la dapatkan izin si suami nak letak gambar isterinya.so sape2 nak tengok gambar pengantin sila jangan segan ke beyt 3R.hehe..

semoga berbahagia hingga ke syurga bestfriend.selamat menjadi isteri dan bakal ibu mithali.penyejuk dimata dan penenang hati suami.sayap kiri pada perjuangan suami.tulang rusuk pada jatuh bangunnya suami!:)..sabar ye tunggu suami sampai..

p/s:
dah habis satu paper..next paper in 7 days.

2 comments:

Sihat Muslim said...

kalau tak guna webcam.mcm mane?
guna ape?*tak paham.

tahun brape ni yer?manchster ke eh?

nasiayam said...

[kepada kak ma n suami]Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.^_^

kepada kak zaty-sy menanti2 nih bile walimah kak zaty plak.imtiyaz dah bersusun,tinggal amik nombor je memasing tuh.huhu.jiran imtiyaz mmg org kate scr tak lgsg akn dilanggar tsunami ni jgk.hehehe.

apo2 pun,kita exam final dulu!!stdy utama,tp yg len bukan la yg kedua.