Thursday, January 14, 2010

tahniah buat mereka

bismillahi walhamdulillah

apa khabar anda semua?sihatkah dari segi fizikal dan mental?iman pula bagaimana?harapnya semua berada dalam keadaan baik di musim exam yang bakal menjelang.jagalah hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan manusia kerana musim exam ini ramai yang mengambil mudah tentang perkara ini.

saya tidak ingin menghurai panjang kerana masa amat sempit untuk saya menulis.alhamdulillah malam ini Allah mengurniakan ilham untuk saya mencoret sesuatu.Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.hari ini saya dikejutkan dengan pengumuman 2 orang sahabat akhawat yang bakal mendirikan masjid tidak lama lagi.

salah seorang akhawat itu bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Februari di malaysia.catatan dan pengumuman hari bahagia beliau boleh di lihat di sini.beliau adalah siti naquai esir dan pasangannya abd rahman hamzah.semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.

seorang lagi hanya memberitahu teman-teman rapat sahaja.belum masanya untuk diumumkan secara rasmi.insyaAllah dalam masa terdekat.so sile sabar menunggu ye!sungguh gembira kerana mereka bakal menyambung sunnah perjuangan Rasulullah untuk melahirkan lebih ramai lagi ummat Muhammad SAW.itu salah satu dari faktor kenapa wujudnya perkahwinan dalam islam.

Allah telah tetapkan jodoh mereka telah sampai.begitu mudah dan cepat.hanya tuan empunya badan sahaja yang tahu betapa mereka telah menghadapi banyak cabaran dan dugaan sebelum meniti hari bahagia.teringat kata seseorang, jika kita mahu berkahwin tengoklah dari segi tanggungjawab dan keperluan bukannyan mengikut adat (orang lain kahwin kita juga turut sibuk untuk mendirikan masjid).sedangkan masjid dan rumah tangga yang dibina bukan untuk sehari dua tetapi untuk ke akhir hayat dan sehinggalah syurga.

kahwin juga bukan untuk suka-suka, ia adalah untuk mencegah diri dari segala macam jenis maksiat (terutamanya hati).susah untuk membentuk diri mentarbiah hati dan nafsu.kena betul-betul mujahadah dan sabar dalam membentuk diri.jika sekarang kita telah mencemarkan cinta suci sebelum perkahwinan maka manisnya akan berkurang selepas berkahwin (mohon dijauhkan ya Allah).

hendakkan pengakhiran yang baik,mudah dan bahagia maka kita kena melalui jalan dan susur yang telah ditetapkan dalam islam.jika kita telah tersilap langkah maka kembalilah kepada jalan yang benar.mohon doa agar dimudahkan dan diampunkan dosa-dosa kita yang lalu.menJADI sebelum menCARI.lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

jika kita telah mengambil langkah untuk ke arah gerbang perkahwinan bersungguh-sungguhlah memohon restu ibu bapa, kerana tanpa mereka kuranglah rasa kebahagiaan itu.tiada ibubapa yang mahu melihat anak mereka menangis sengsara.

cukuplah sekadar ini dahulu pendapat dan coretan saya buat kali ini.mohon maaf atas segala kekasaran kesilapan dalam tulisan kali ini.saya tiada pengalaman lagi, hanya melihat dari pengalaman sahabat-sahabat.smoga dimudahkan urusan mereka yang bakal menukarkan status!tahniah kepada mereka!



 "Seorang ibu adalah madrasah untuk anak-anaknya.."
~Under training to be the 'best madrasah'~
-copied from : kiniey_iws05-


2 comments:

CTNAQUIA ESIR said...

k.zati!!!
silap eja nama quia tu
SITI NAQUIA MOHAMAD ISA
ESIR is nick glamour abah quia. Kui3~
tp boleh je tulis Siti Naquia Esir ^_^


thx ye k.zati!!
quia rasa quia tau sape lagi sorang nk kawen nih. Sepupu dy terlepas ckp kt quia~

~ aman shah ~ said...

Terima Kasih....