baru beberapa hari kita menginjak ke tahun baru.pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan hamdalah tanda syukur pada nikmatNya yang tidak terhitung iaitu iman dan islam.marilah sama-sama kita memperbaharui azam kita, mentajdid niat kita sentiasa dan bermuhasabah dalam setiap sudut hidup kita.sudahkah cukup bekal kita untuk ke sana?
sejajar dengan azam baru pada tahun baru ini sila semak kembali adakah niat untuk membaiki dan meningkatkan pengunaan bahasa arab dalam kehidupan kita di mesir tersenarai dalam list?saya berasa sedih dengan diri sendiri kerana masih belum mampu untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa arab ini.hanya sekadar faham mereka berkata kemudian tidak tahu untuk menjawab perbualan itu kembali.last sekali.."mush'arif".."mushfaheem" juge yang keluar.
iri hati dengan masyarakat arab di sini yang apabila diajar bahasa melayu cepat sahaja mereka belajar.bayangkan di kafe kuliah, pekerja mereka sudah pandai bertutur dalam bahasa melayu walaupun sekadar satu dua tiga, roti bakar dan sebagainya yang diajar oleh anak melayu di sini.apa salahnya jika kita ajar mereka bahasa melayu kita minta balasan supaya diajarkan bahasa arab kepada kita (win-win situation).
pernah sekali saya diminta oleh seorang pakcik wekala (macam hypermarket) untuk menulis perkataan melayu dengan makna arab pada suatu kertas atas alasan dia ingin belajar bahasa melayu untuk memudahkan faktor pertuturan dengan pelajar melayu.begitu semangat mereka belajar.hari ini bagi perkataan esok dah boleh hafal dan bercakap dengan baik.
btollah apa yang dikata jika mahu pandai berbahasa kena rajin bercakap dan bertutur dengan masyarakat setempat.paling tidak hafal perkataan dan susun ayat untuk dilatih semasam bercakap.setiap hari perlu ada vocab baru untuk dihafal.jangan malu bertanya pakcik kedai jika anda tidak tahu apa itu gandum gula dan garam!
apa yang saya takuti 5 tahun akan datang atas sebab ramainya pelajar melayu yang mengajar orang mesir berbahasa melayu jadinya perkampungan melayu disini.orang melayu di sini pula apabila pulang ke malaysia tidak reti berbahasa arab.alangkah ruginya!saya tertarik dengan majalah I-MAN edisi kedua yang mana dalam fokus pada halaman 10 dibuat tinjauan pada pelajar malaysia yang berada di mesir dan juga beberapa orang respondent pelajar di malaysia berkenaan mengapa dipilih mesir sebagai pusat pengajian perubatan anda?
berdasarkan survey itu, paling tinggi adalah khazanah ilmu islam (29%) dan diikuti sebab tajaan dan peluang (27%).kemudian kembara dan mengenali masyarakat (25%), bahasa arab (13%) dan lain-lain (6%).ruginya kita yang sudah berada di sini tidak mengambil manfaat untuk mendalami bahasa arab dan menambah khazanah ilmu islam.sedangkan orang lain yang berada di malaysia iri hati dengan kita yang mempunyai kelebihan ini.jadilah peluang ini sebagai nilai tambah yang tidak ada pada bakal doktor keluaran university lain seluruh dunia tetapi hanya di mesir!
memetik falsafah Ibnu Sina:
falsafah Ibnu Sina menunjukkan kredibiliti manusia yang bergelar hamba, manusia yang itqan pada anatomi masa harian dan manusia yang menghargai kualiti hidup sebagai tunjang kuantiti ilmu yang dipelajari.ini menunjukkan untuk menghasilkan modal insan yang berjaya, kuantiti dan kualiti bukanlah ukuran tepat semata tetapi cara pengurusan yang betul kepada kedua-dua aspek ini dapat mencapai pembangunan individu yang realistik dan berpandangan jauh!
- bahasa arab bahasa syurga dan al-quran -
No comments:
Post a Comment