Thursday, November 26, 2009

Salam Eidul Adha Mubarak!

bismillahi walhamdulillah..

syukur ke hadrat Yang Esa kerana masih dipanjangkan umur untuk kita sama-sama sekali lagi meraikan eidul adha 1430H.tetibe rasa rindu sangat dengan tanah haram baitullah...tadi sesama kami berlima berbuka puasa di mo'men sempat menonton suasana wukuf di arafah.saya juga ada menonton di internet tetapi siarannya kurang memuaskan.gambar kurang clear.kenangan menjadi tetamu Allah 6 tahun lepas masih segar di ingatan.ya Allah sampaikanlah hajatku untuk dipilih menjadi tetamuMu lagi...

eiduladha di negara arab sangat meriah jika dibandingkan dengan tanah air.mungkin kerana mereka tahu kelebihan hari raya ini berbanding dengan eidulfitri.boleh dilihat dari persiapan mereka yang sakan dan meriah.

PCM akan mengadakan majlis korban pada hari raya ke3 kemudian jamuan raya pada keesokkan harinya.2 ekor unta,4 ekor lembu dan 5 ekor kambing bakal dikorbankan tahun ini.berita tentang korban akan diupdate kemudian.






salam eiduladha 1430H
kullu am wa entum bikhair..

buat sanak saudara di malaysia,
sahabat2 yang mengenali diri ini
tidak kira dimana anda berada..
teruskan pengorbanan anda untuk islam!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

1 comment:

As said...

salam eiduladha my dear
harap dpt ketemu lagi ^^