pejam celik pejam celik, masa berlalu.sekarang kita berada di bulan akhir dalam kalendar islam, iaitu bulan zulhijjah.esok adalah 1 zulhijjah.bulan ini mempunyai banyak kelebihan dan kelebihan yang tiada di bulan lain adalah semua umat islam berada di makkah untuk menunaikan fardhu haji.
bersempena dengan bulan yang mulia ini saya ingin mengajak para pembaca untuk berpuasa di sepuluh awal zulhijjah yang sangat-sangat dituntut dan mempunyai banyak ganjaran di sisi
Allah.ingin dikongsikan ilmu yang saya dapat dalam kelas ust.salman 2 hari lepas..
firman Allah dalam surah al-fajr:
dan malam yang sepuluh, | وَلَيَالٍ عَشْرٍ | 2 |
ulama menafsirkan ayat ini dengan:
Malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. Dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. Ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.
« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».
“Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.”
[HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat al-Bukhari-Muslim]
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”[HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]
berdasarkan hadis dan ayat al-quran di atas marilah sama kita memperbanyakkan amalan di awal bulan ini..semacam berada di madrasah mini ramadhan!perbanyakkan zikir, tahajud dan ibadat2 sunat yang lain..
untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan di bulan ini sila bace di Intis.buat mereka yang mempunyai saudara yang menunaikan haji tahun ini, mintalah mereka berdoa untuk anda.ya Allah sampaikanlah rinduku pada rumahMu..ku ingin menziarahi kekasihMu..berikanlah ku kesempatan lagi..
-selamat berada di bulan zulhijjah-
No comments:
Post a Comment