Bismillahi walhamdulillah…
Sekali lagi saya ingin berkongsi cerita tentang buku yang saya baca baru-baru ini. Sempat meninjau di sebuah kedai buku di Bandar Kuala Terengganu baru-baru ini.
Tiba-tiba hati terpana pada sebuah buku. Melihat nama penulis yang tidak asing lagi dalam penulisan novel Islamic saya tanpa berfikir panjang terus sahaja membayar harga novel tersebut. Pada siapa yang pernah membaca karyanya pasti mengagumi penulisan beliau. Walaupun masih muda namum jiwanya untuk mendidik anak bangsa dengan wadah dakwah melalui penulisan sangat saya kagumi dan hargai.
Beliau adalah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Terkenal dengan cerpen Seindah Mawar Berduri yang banyak mengajar tentang erti apa itu cinta yang islam gariskan untuk penganutnya. Cerpen itu sangat menarik untuk dibaca oleh golongan remaja khususnya yang sedang hanyut dalam dunia fantasi cinta dan sesiapa yang masih mencari apa erti cinta. Cerpen itu yang pertama kali saya baca semasa di Darul Quran menarik minat saya untuk terus mengikuti perkembangan penulis tersebut.
Akhirnya saudari Fatimah Syarha telah menerbitkan novel pertamanya Tautan Hati terbitan Telaga Biru pada April 2007. Novel yang menggarapkan kisah sambungan dari cerpennya Seindah Mawar Berduri itu tidak lari dari prinsipnya yang memperjuangkan kalimah syahadah dalam hidupnya. Novel itu mengisahkan konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang mahasiswi dalam mengembangkan ideology dakwah di kampus. Novel ini boleh dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Sesuai dengan minat pembaca dan jiwa remaja masa kini yang inginkan keindahan islam kembali gemilang. Novel ini sangat bertepatan bagi sesiapa yang ingin mencari idea dan nafas baru dalam dunia pembacaan.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini, novel yang saya beli tanpa melihat dulu sinopsisnya, hanya berpandukan kepada nama seorang penulis itu adalah novel baru karya beliau juga terbitan Telaga Biru iaitu Syabab Musafir Kasih. Setelah setahun jarak antara novel pertama beliau dengan yang kedua yang juga diterbitkan pada April 2008.
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang yatim yang bernama ‘Syabab’. Hidup susah di sebuah kampung bersama ibu dan abang-abang serta kakaknya. Namun dia tabah mengharungi hidup atas nasihat seorang jiran. Selepas pelbagai ujian yang dia hadapi dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke timur tengah iaitu
Latar yang banyak menceritakan kembara ilmu seorang pemuda di bumi An-Biya’ itu sangat patut diberi pujian. Serasa macam berada di bumi
Syabab yang pada mulanya ketandusan kasih sayang kerana ibunya yang keluar berkerja dan selalu dimarahi oleh kakak dan abang-abangnya akhirnya berjaya mendapat kasih dan cinta dari seseorang insan yang dia sangat kagumi waktu dia kecil dahulu yang telah bergelar seorang janda, Nur Mumtazah.
Dia juga sebelum itu diminati oleh ramai gadis kampung dan juga adik Nur Mumtazah sendiri iaitu Nur Najihah. Nur Najihah selalu mengutuk dan mengata Syabab sewaktu kecil sehinggalah dia mula menyedari menyintai Syabab selepas Syabab berjaya menunjukkan potensi diri dan selepas Syabab masuk meminang kakaknya yang sudah janda beranak empat pada waktu itu.
Satu babak yang menarik perhatian di akhir novel ini ialah apabila Syabab dipanggil kembali ke bumi Damsyik atas permintaan seorang Syeikh. Syeikh itu membuat permintaan kepada Syabab untuk mengahwini cucunya kerana dia mahu mendapatkan seorang penjaga untuk cucunya apabila dia sudah tiada. Tetapi Syeikh itu mensyaratkan supaya Syabab tetap menetap di bumi
Syabab pada mulanya menolak permintaan Syeikh tersebut, tetapi atas permintaan isterinya yang membenarkan poligami, dia terpaksa berkorban untuk menerimanya. Ketulusan hati seorang isteri teruji. Penulis mampu membuat suspend pada akhir novel itu kerana Syabab sebenarnya hanya berjanji mahu menjodohkan cucu Syeikh tersebut untuk adik iparnya.
Banyak yang saya pelajari dari novel pembangunan jiwa itu. Bermacam teknik dan uslub serta method yang baik untuk mengembangkan dakwah. Kepada peminat novel Islamic seharusnya tidak ketinggalan untuk mendapatkan koleksi novel ini di pasaran. Sekadar perkongsian. Moga saudara dan saudari mendapat manfaat. Membaca jambatan ilmu!..
(,”)…PEACE!!..(“,)
No comments:
Post a Comment