bismillahi walhamdulillah..
salam maaf untuk semua kerana sepanjang tempoh saya pulang ke malaysia hari ini baru saya berkesempatan untuk meng'update' blog.ini kerana tiada excess internet di rumah.sebelum ini komputer rumah menggunakan internert prepaid dari jaring.sekarang ingin beralih kepada tmnet streamyx.mengambil masa yang hampir seminggu untuk dipasang.alhamdulillah hari ini dapat juga saya mengakses internet.
sehari sebelum itu saya terpaksa ke cc untuk menghantar file kepada housemate di mesir.dalam tempoh masa hampir 3 minggu lebih saya berada di bumi malaysia tidak banyak yang saya lakukan.hanya duduk di rumah.melayan karenah anak sepupu (afiq afham - gambar blog) yang baru mencecah setahun pada hari saya tiba di malaysia iaitu 24 julai yang lalu.sibuk melayan budak kecik yg cute itu.dia baru mendapat adik pada hari sebelum birthday nya 23 julai.
biasanya budak yang baru mendapat adik ni jelousnya bertambah. mungkin disebabkan oleh perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling jelas berkurang dan tertumpu kepada baby yang baru dilahirkan. afham baru boleh berjalan. jalan nya jatuh bangun jatuh bangun.tengok dia berjalan seakan saya dapat mengagak mungkin semua manusia yang diberikan nikmat kaki oleh Allah begitu juga sewaktu mereka kecil. berjalan senget,kemudian jatun dan bangun untuk meneruskan jalan kembali. jika dia berputus asa mana mungkin mampu berlari dan mencipta rekod dunia.
ada satu tabiat yang diceritakan oleh bapa saudara saya yang sama dengan saya sewaktu kecil.mencuri botol susu dari mulut adiknya.kemudian disuakan ke mulutnya.sedangkan botol susu dia lebih besar. walaupun saya tidak ade adik tapi bapa saudara saya kata saya selalu mengambil botol susu sepupu saya yang jauh lebih muda 2 tahun dari saya.kelakar juga bila diingatkan.
adik afham nama sama dengan nama rumah saya di mesir NUR HANNAN SUFIYYAH. baby girl itu tidak banyak karenah seperti abangnya. hanya menangis bila lapar. mahukan susu. kemudian sudah kenyang menyambung lenanya kembali. akibatnya berat baby girl telah bertambah sebanyak 400g selepas 20 hari dilahirkan!begitulah karenah si kecil yang mampu saya ceritak serba sedikit. mungkin akan bersambung untuk kali akan datang.
sepanjang cuti juga sempat saya hadiri 2 majlis kahwin setakat ni.minggu depan cuti sekolah makin banyak jemputan walimah yang perlu dihadiri. satu majlis pada minggu lepas. sahabat sewaktu di smka tok jiring dahulu. kemudian hari ini wedding senior yang juga merupakan anak cikgu math sewaktu di form 5.
kepada yang dah dan akan berkahwin alfun mabruk kepada mereka. kepada syarifah husna dan pasangannya..kepada yue jap lagi saya sampai ye!tunggu..dan tidak dilupakan kepada mr. presiden dan pasangannya kak zaatil iffah. maw tengok gmbr kawen mereka di sini. malam ini saya akan pergi ke kuala lumpur.esoknya akan bertolak ke batu pahat johor untuk majlis merisik meminang dan bertunang sepupu.kemudian ahad pulang semula ke terengganu.
kemudian 19 hb malam ada dinner budak-budak yt.then hari kamis siang nye ke KL balik. untuk jumpa dengan anak sepupu baru..si debab siti nur khaira camelia..this chubby baby girl tidak pulang ke kampung untuk berhari raya pada tahun ini so terpaksa cik nurul pergi ke rumahnya..maw membuat sedikit shopping mega sale di KL.then balik pada sabtu malamnya..teringin mahu ke convest uiam di gombak dengan sepupu yg akan convo 24 tu.tapi tak tahu la sempat ke tak..
tu je dulu untuk hari ini.dah banyak melalut da..cerita aktiviti yg terlebih kurang. for anybody yang mahu contact num malaysia amik ni 017-9876892..eratkan kembali silaturahim yang longgar..hehe..hubungkan ukhwah yg terputus..
for those yang exam gud luck!i always pray for my friends..may Allah give u all najah..ameen!!
---maw bersiap ke wedding yue---
pasni kite letak gmbr pasal kawen2..k??
No comments:
Post a Comment