Thursday, August 21, 2008

August, 21:Remembrance of al-Quds (ROQ)

bismillahi walhamdulillah...

sudah lama tidak menekan keyboard untuk menulis.tiada idea atau bahan yang boleh dijadikan tajuk.di kesempatan yang diberikan oleh Allah pada saat ini hati saya tergerak untuk menulis tajuk ini.sejauh manakah kita ingat pada saudara seislam kita nun jauh di bumi Palestine!

semasa olimpic beijing ramai yang bertepuk tangan semasa para atlet dan pegawai sukan Palestine masuk berarak untuk mengelilingi stadium sarang burung.lihatlah tidak sampai 10 orang jumlah yang berarak tidak seperti negara gah Amerika (USA) laknatullah yang rombongannya jauh berpuluh kali ganda lebih besar dari mereka, namun mereka tetap bersemangat untuk berjuang di medan olimpic.

semangat itulah yang patut kita contohi.sedikit tapi kuat dan mahu berjuang.berbalik pada tajuk, tahukah kita sejarah Palestine??sedarkah setiap hari ratusan nyawa kanak-kanak wanita dan orang tua kehilangan nyawa dan terpaksa tinggal dalam ketakutan.sedangkan kita masih di bumi malaysia yang masih dikurniakan nikmat keamanan masih hidup dalam serba kemewahan.sampaikan makanan pun berlebihan.

hidup di malaysia penuh dengan kemewahan.penuh dengan kemudahan.tapi kita lalai dalam mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.tidak sedikit pun terdetik di hati untuk mengingati saudara seislam di bumi al-Quds sana.untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mereka.paling tidak pun kiriman doa buat mereka setiap kali lepas solat.itu merupakan salah satu cara yang paling besar selain kita menderma dan boikot.kita tak mampu pergi ke sana untuk berjuang tapi tidak salah jika malah lebih mudah kerana kita mohon kebaikan untuk saudara kita supaya al-Quds kembali dalam tangan orang islam.

"Allahummansouril islam mawal muslimeen wal mujahideen fi palestine fi kulli zaman wafi ardhi islam"

hendak berbicara pasal boikot saya bukanlah orang yang tepat untuk mengulasnya. ini kerana saya juga tidak 100% memboikot barang-barang keluaran yahudi laknatullah.tapi saya boleh bagi tabik spring untu sebuah hypermarket di terengganu (sabasun) yang sememangnya terkenal di kalangan masyarakat sekitar. sabasun telah melancarkan tabung khas untuk palestine. malah sabasun telah mengambil langkah berani dengan tidak menjual barangan buatan belanda berikutan issue karikatur Nabi saw.

teringat kisah anak sepupu yang baru mencecah usia 6 tahun tapi sudah pandai menunjukkan protes untuk memboikot barangan musuh islam."jangan minum dutchlady nanti masuk neraka" ini adalah ungkapan yang dikeluarkan olehnya kerana melihat adiknya minum susu tersebut semasa sesi promosi di pasar raya.budak sekecil itu pun sudah pandai.inikan kita yang sudah banyak mengetahui isu dan perkembangan dunia.didik lah anak-anak seawal dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.jika sudah menjadi buluh sudah tidak berguna lagi untuk dilentur.

tidak banyak yang saya boleh olahkan.mungkin link yang saya bagi ini dapat membantu.di sini saya link kan slot issue Peduli Palestine dalam iluvislam. moga dapat mengutip sedikit maklumat tentangnya. moga dapat menambah dan menampung maklumat mana-mana yang kurang.sama-sama kita doakan untuk mereka dan mengingati mereka dalam setiap solat kita!

No comments: