Thursday, August 21, 2008

August, 21:Remembrance of al-Quds (ROQ)

bismillahi walhamdulillah...

sudah lama tidak menekan keyboard untuk menulis.tiada idea atau bahan yang boleh dijadikan tajuk.di kesempatan yang diberikan oleh Allah pada saat ini hati saya tergerak untuk menulis tajuk ini.sejauh manakah kita ingat pada saudara seislam kita nun jauh di bumi Palestine!

semasa olimpic beijing ramai yang bertepuk tangan semasa para atlet dan pegawai sukan Palestine masuk berarak untuk mengelilingi stadium sarang burung.lihatlah tidak sampai 10 orang jumlah yang berarak tidak seperti negara gah Amerika (USA) laknatullah yang rombongannya jauh berpuluh kali ganda lebih besar dari mereka, namun mereka tetap bersemangat untuk berjuang di medan olimpic.

semangat itulah yang patut kita contohi.sedikit tapi kuat dan mahu berjuang.berbalik pada tajuk, tahukah kita sejarah Palestine??sedarkah setiap hari ratusan nyawa kanak-kanak wanita dan orang tua kehilangan nyawa dan terpaksa tinggal dalam ketakutan.sedangkan kita masih di bumi malaysia yang masih dikurniakan nikmat keamanan masih hidup dalam serba kemewahan.sampaikan makanan pun berlebihan.

hidup di malaysia penuh dengan kemewahan.penuh dengan kemudahan.tapi kita lalai dalam mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.tidak sedikit pun terdetik di hati untuk mengingati saudara seislam di bumi al-Quds sana.untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mereka.paling tidak pun kiriman doa buat mereka setiap kali lepas solat.itu merupakan salah satu cara yang paling besar selain kita menderma dan boikot.kita tak mampu pergi ke sana untuk berjuang tapi tidak salah jika malah lebih mudah kerana kita mohon kebaikan untuk saudara kita supaya al-Quds kembali dalam tangan orang islam.

"Allahummansouril islam mawal muslimeen wal mujahideen fi palestine fi kulli zaman wafi ardhi islam"

hendak berbicara pasal boikot saya bukanlah orang yang tepat untuk mengulasnya. ini kerana saya juga tidak 100% memboikot barang-barang keluaran yahudi laknatullah.tapi saya boleh bagi tabik spring untu sebuah hypermarket di terengganu (sabasun) yang sememangnya terkenal di kalangan masyarakat sekitar. sabasun telah melancarkan tabung khas untuk palestine. malah sabasun telah mengambil langkah berani dengan tidak menjual barangan buatan belanda berikutan issue karikatur Nabi saw.

teringat kisah anak sepupu yang baru mencecah usia 6 tahun tapi sudah pandai menunjukkan protes untuk memboikot barangan musuh islam."jangan minum dutchlady nanti masuk neraka" ini adalah ungkapan yang dikeluarkan olehnya kerana melihat adiknya minum susu tersebut semasa sesi promosi di pasar raya.budak sekecil itu pun sudah pandai.inikan kita yang sudah banyak mengetahui isu dan perkembangan dunia.didik lah anak-anak seawal dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.jika sudah menjadi buluh sudah tidak berguna lagi untuk dilentur.

tidak banyak yang saya boleh olahkan.mungkin link yang saya bagi ini dapat membantu.di sini saya link kan slot issue Peduli Palestine dalam iluvislam. moga dapat mengutip sedikit maklumat tentangnya. moga dapat menambah dan menampung maklumat mana-mana yang kurang.sama-sama kita doakan untuk mereka dan mengingati mereka dalam setiap solat kita!

Wednesday, August 20, 2008

Syabab Musafir Kasih


Bismillahi walhamdulillah…

Sekali lagi saya ingin berkongsi cerita tentang buku yang saya baca baru-baru ini. Sempat meninjau di sebuah kedai buku di Bandar Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tiba-tiba hati terpana pada sebuah buku. Melihat nama penulis yang tidak asing lagi dalam penulisan novel Islamic saya tanpa berfikir panjang terus sahaja membayar harga novel tersebut. Pada siapa yang pernah membaca karyanya pasti mengagumi penulisan beliau. Walaupun masih muda namum jiwanya untuk mendidik anak bangsa dengan wadah dakwah melalui penulisan sangat saya kagumi dan hargai.

Beliau adalah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Terkenal dengan cerpen Seindah Mawar Berduri yang banyak mengajar tentang erti apa itu cinta yang islam gariskan untuk penganutnya. Cerpen itu sangat menarik untuk dibaca oleh golongan remaja khususnya yang sedang hanyut dalam dunia fantasi cinta dan sesiapa yang masih mencari apa erti cinta. Cerpen itu yang pertama kali saya baca semasa di Darul Quran menarik minat saya untuk terus mengikuti perkembangan penulis tersebut.

Akhirnya saudari Fatimah Syarha telah menerbitkan novel pertamanya Tautan Hati terbitan Telaga Biru pada April 2007. Novel yang menggarapkan kisah sambungan dari cerpennya Seindah Mawar Berduri itu tidak lari dari prinsipnya yang memperjuangkan kalimah syahadah dalam hidupnya. Novel itu mengisahkan konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang mahasiswi dalam mengembangkan ideology dakwah di kampus. Novel ini boleh dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Sesuai dengan minat pembaca dan jiwa remaja masa kini yang inginkan keindahan islam kembali gemilang. Novel ini sangat bertepatan bagi sesiapa yang ingin mencari idea dan nafas baru dalam dunia pembacaan.

Apa yang ingin saya ceritakan di sini, novel yang saya beli tanpa melihat dulu sinopsisnya, hanya berpandukan kepada nama seorang penulis itu adalah novel baru karya beliau juga terbitan Telaga Biru iaitu Syabab Musafir Kasih. Setelah setahun jarak antara novel pertama beliau dengan yang kedua yang juga diterbitkan pada April 2008.

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang yatim yang bernama ‘Syabab’. Hidup susah di sebuah kampung bersama ibu dan abang-abang serta kakaknya. Namun dia tabah mengharungi hidup atas nasihat seorang jiran. Selepas pelbagai ujian yang dia hadapi dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke timur tengah iaitu Damsyik, Syria.

Latar yang banyak menceritakan kembara ilmu seorang pemuda di bumi An-Biya’ itu sangat patut diberi pujian. Serasa macam berada di bumi Damascus pada waktu itu. Tidak kalah juga saya katakan untuk menandingi Ayat-Ayat Cinta kerana penulis berjaya membaca jalan cerita seakan Ayat-Ayat Cinta. Mampu membawa pembaca kembara bersama Syabab di Damascus. Kisah konflik yang dihadapi oleh remaja yang cintakan bidang dakwah dan juga konflik cinta yang dihadapi oleh Syabab.

Syabab yang pada mulanya ketandusan kasih sayang kerana ibunya yang keluar berkerja dan selalu dimarahi oleh kakak dan abang-abangnya akhirnya berjaya mendapat kasih dan cinta dari seseorang insan yang dia sangat kagumi waktu dia kecil dahulu yang telah bergelar seorang janda, Nur Mumtazah.

Dia juga sebelum itu diminati oleh ramai gadis kampung dan juga adik Nur Mumtazah sendiri iaitu Nur Najihah. Nur Najihah selalu mengutuk dan mengata Syabab sewaktu kecil sehinggalah dia mula menyedari menyintai Syabab selepas Syabab berjaya menunjukkan potensi diri dan selepas Syabab masuk meminang kakaknya yang sudah janda beranak empat pada waktu itu.

Satu babak yang menarik perhatian di akhir novel ini ialah apabila Syabab dipanggil kembali ke bumi Damsyik atas permintaan seorang Syeikh. Syeikh itu membuat permintaan kepada Syabab untuk mengahwini cucunya kerana dia mahu mendapatkan seorang penjaga untuk cucunya apabila dia sudah tiada. Tetapi Syeikh itu mensyaratkan supaya Syabab tetap menetap di bumi Syria.

Syabab pada mulanya menolak permintaan Syeikh tersebut, tetapi atas permintaan isterinya yang membenarkan poligami, dia terpaksa berkorban untuk menerimanya. Ketulusan hati seorang isteri teruji. Penulis mampu membuat suspend pada akhir novel itu kerana Syabab sebenarnya hanya berjanji mahu menjodohkan cucu Syeikh tersebut untuk adik iparnya.

Banyak yang saya pelajari dari novel pembangunan jiwa itu. Bermacam teknik dan uslub serta method yang baik untuk mengembangkan dakwah. Kepada peminat novel Islamic seharusnya tidak ketinggalan untuk mendapatkan koleksi novel ini di pasaran. Sekadar perkongsian. Moga saudara dan saudari mendapat manfaat. Membaca jambatan ilmu!..

(,”)…PEACE!!..(“,)

Friday, August 15, 2008

::cuti-cuti malaysia::

bismillahi walhamdulillah..

salam maaf untuk semua kerana sepanjang tempoh saya pulang ke malaysia hari ini baru saya berkesempatan untuk meng'update' blog.ini kerana tiada excess internet di rumah.sebelum ini komputer rumah menggunakan internert prepaid dari jaring.sekarang ingin beralih kepada tmnet streamyx.mengambil masa yang hampir seminggu untuk dipasang.alhamdulillah hari ini dapat juga saya mengakses internet.

sehari sebelum itu saya terpaksa ke cc untuk menghantar file kepada housemate di mesir.dalam tempoh masa hampir 3 minggu lebih saya berada di bumi malaysia tidak banyak yang saya lakukan.hanya duduk di rumah.melayan karenah anak sepupu (afiq afham - gambar blog) yang baru mencecah setahun pada hari saya tiba di malaysia iaitu 24 julai yang lalu.sibuk melayan budak kecik yg cute itu.dia baru mendapat adik pada hari sebelum birthday nya 23 julai.

biasanya budak yang baru mendapat adik ni jelousnya bertambah. mungkin disebabkan oleh perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling jelas berkurang dan tertumpu kepada baby yang baru dilahirkan. afham baru boleh berjalan. jalan nya jatuh bangun jatuh bangun.tengok dia berjalan seakan saya dapat mengagak mungkin semua manusia yang diberikan nikmat kaki oleh Allah begitu juga sewaktu mereka kecil. berjalan senget,kemudian jatun dan bangun untuk meneruskan jalan kembali. jika dia berputus asa mana mungkin mampu berlari dan mencipta rekod dunia.

ada satu tabiat yang diceritakan oleh bapa saudara saya yang sama dengan saya sewaktu kecil.mencuri botol susu dari mulut adiknya.kemudian disuakan ke mulutnya.sedangkan botol susu dia lebih besar. walaupun saya tidak ade adik tapi bapa saudara saya kata saya selalu mengambil botol susu sepupu saya yang jauh lebih muda 2 tahun dari saya.kelakar juga bila diingatkan.

adik afham nama sama dengan nama rumah saya di mesir NUR HANNAN SUFIYYAH. baby girl itu tidak banyak karenah seperti abangnya. hanya menangis bila lapar. mahukan susu. kemudian sudah kenyang menyambung lenanya kembali. akibatnya berat baby girl telah bertambah sebanyak 400g selepas 20 hari dilahirkan!begitulah karenah si kecil yang mampu saya ceritak serba sedikit. mungkin akan bersambung untuk kali akan datang.

sepanjang cuti juga sempat saya hadiri 2 majlis kahwin setakat ni.minggu depan cuti sekolah makin banyak jemputan walimah yang perlu dihadiri. satu majlis pada minggu lepas. sahabat sewaktu di smka tok jiring dahulu. kemudian hari ini wedding senior yang juga merupakan anak cikgu math sewaktu di form 5.

kepada yang dah dan akan berkahwin alfun mabruk kepada mereka. kepada syarifah husna dan pasangannya..kepada yue jap lagi saya sampai ye!tunggu..dan tidak dilupakan kepada mr. presiden dan pasangannya kak zaatil iffah. maw tengok gmbr kawen mereka di sini. malam ini saya akan pergi ke kuala lumpur.esoknya akan bertolak ke batu pahat johor untuk majlis merisik meminang dan bertunang sepupu.kemudian ahad pulang semula ke terengganu.

kemudian 19 hb malam ada dinner budak-budak yt.then hari kamis siang nye ke KL balik. untuk jumpa dengan anak sepupu baru..si debab siti nur khaira camelia..this chubby baby girl tidak pulang ke kampung untuk berhari raya pada tahun ini so terpaksa cik nurul pergi ke rumahnya..maw membuat sedikit shopping mega sale di KL.then balik pada sabtu malamnya..teringin mahu ke convest uiam di gombak dengan sepupu yg akan convo 24 tu.tapi tak tahu la sempat ke tak..

tu je dulu untuk hari ini.dah banyak melalut da..cerita aktiviti yg terlebih kurang. for anybody yang mahu contact num malaysia amik ni 017-9876892..eratkan kembali silaturahim yang longgar..hehe..hubungkan ukhwah yg terputus..

for those yang exam gud luck!i always pray for my friends..may Allah give u all najah..ameen!!

---maw bersiap ke wedding yue---
pasni kite letak gmbr pasal kawen2..k??