to all my friends please pray for my biochemistry exam tommorrow..
and for those who have exam tomorrow and throughout the whole week..good luck and wish you the best..give and try your best!!then pray to Allah..trust in Him..
bittawfeeq wan najah..(^_^)
-25 may (written biochemistry)
-26 may (mcq)
-28 may (oral)
Saturday, May 24, 2008
Tuesday, May 20, 2008
.:makcik dah balik..huhu~
sedihnya..makcik dah balik..dah dekat seminggu dah mereka sekeluarga pulang ke malaysia utk kembali bertugas..rindu pada mereka!!
mak cik ikut suaminya buat attachment di hospital mansoura..urology unit..banyak yang kami belajar darinya.
Dr.MatNor cakap kena baca buku international jugak supaya kami yang belajar di egypt ni tidak ketinggalan dengan kawan-kawan yang belajar di negara-negara lain terutamanya malaysia.ini kerana belajar medic di mesir menggunakan buku yang dikeluarkan oleh department dari university masing-masing.
walaupun dalam buku tersebut sudah banyak fakta namun masih kurang dari segi perkembangan perubatan moden dan rawatan terkini yang digunakan di seluruh dunia.oleh itu, Dr.MatNor menyarankan supaya pelajar-pelajar medic di mesir menggunakan rujukan international sebagai rujukan tambahan.
Wednesday, May 14, 2008
.:blog berwajah baru:.
syukur alhamdulillah..kepada yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
syukur seinfiniti kupanjatkan padaMu kerana masih lagi dikurniakan nikmat utk bernafas di bumiMu..
lately tak banyak sangat cerita yg boleh dikongsikan..maklumlah masih lagi berjuang utk exam..
smlm semasa membaca satu blog..semacam tertarik dengan link utk menukar template baru yg lebih ceria dan menarik..rasa terpanggil utk mencuba..
then apabila telah siap mengopy dan 'paste'kan template baru tu..then save..tanpa kusedari bahawa side bar telah hilang..waaaaaa..mahu menangis waktu itu..kalaulah ku tahu bahawa side bar akan ter'delete' selepas menukar template..mmg rasa tak nak buat..dah nk buat apa sekarang??
dah ter'copy' + 'paste' + 'save' dah..huhu..so kena la renovate balik blog tu..huhu..
then semalam sudah la internet buat hal..virus(nama kedai yg kami tarik line internet) ni memang nak kena bom la..tp teringat kak pah kata..tak payah bom..kasi anti-virus sudah!!..
so terpaksa la berhijrah ke bilik amani mencari alternatif lain..iaitu wireless..huhu..mula2..wireless ni buat hal jugak..jadi tak jadi..lama2 jadi-jadian..then lepas lama sikit baru ok..so mula2 lah proses utk mengislahkan blog..sampai la ke pg..tertido di bilik amani..tak ku ketahui pula la terlelap jam berapa..last skali tengok jam pkul 3 lebih rasanya..
sedar2 amani kejut bangun subuh..pas solat subuh..sambung tidur balik..hehe..sedar tak sedar..dengar bunyi loceng..nuT balik..
hari ni turn masak..so nk masak ape ye??farah cakap nawal nak datang dari tanta..so kena masak lebih la..
pas masak nak baca biochem..tapi dah petang..mengundang rasa mengantuk..huhu..
nape la ari ni malas sangat ye..ingt exam dah tak lama lagi..stdy baik2 la wahai diriku..
pesan pada diri JANGAN MALAS-MALAS..

Sunday, May 11, 2008
--happy ummi's day--
Send this eCard !
salam...
1st of all wanna wish happy mother's day to my beloved ummi..sayang ummi..
n not to forget all mother's all over da world..xkiralah dgn ape mereka dipanggil..ummi,ma,mama,ibu,mak,mummy,atau ape sekalipn..ucapkanlah wahai anak2 sy sayang insan bergelar ibu..stiap hari pn hari ibu..hehe..but today is da special one..
agungnya pengorbanan seorang ibu semasa dia melahirkan anaknya..bygkan kalau 10 orang anak..10 kali ibu bertarung nyawa utk melahirkan..yg sperti kita maklum bahawa..sakit semasa bersalin adalah sakit yg kedua selepas mati..
rasulullah s.a.w pernah menyebut org yg paling perlu dihormati adalah ibumu..baginda mengulangnya sebanyak 3 kali..seblm menyebut ayah..menunjukkan penegasan bahawa perlu dan wajib kita mentaati seorang ibu..jauhi dari membuatnya terluka dgn perbuatan dan perkataan kita..
jika hari ini ade yg melakukan kesalahan..mohonlah ampun segera..kerana syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu..
bg mereka yg berada jauh dirantauan..ingatilah pengorbanan ibu yg sanggup melepaskan anak mereka pergi berjihad menuntut ilmu di negara orang..yg jauh dari gaya dan cara hidup dgn negara sendri..ketahuilah bahawa ibu anda selalu merindui anda..selalu teringatkan anda..
bg sy..ibu yg sy panggil ummi adalah seorang insan yg hebat..yup everyone mesti state ibu mereka adalah ibu terbaik di dunia..begitulah kebiasaannya..setiap mereka mesti ada sbb mereka nyatakan demikian..hnya mereka sahaja mengerti..
namun ummi sy..hnya ada saya..sbg anaknya..kerana hnya saya sahaje anaknya di dunia ini..sebagai permata tautan kasihnya dengan seorang insan bergelar ayah..
mengikut apa yg diceritakan sepatutnya sblm sy..ade seorang insan bergelar abg..namun dia telah dijemput ilahi seblm sempat melihat dunia yg fana ini..dan selepas sy juga..ada lagi 3 org insan yg diciptakan Allah menghuni rahim ummi..namun takdirnya mereka tidak juga sempat bertapak di dunia..diambil ilahi..moga2 mereka menjadi pemberi syafaat buat ummi dan ayah di syurga nnt..moga2 mereka ditemukan dgn insan yg bergelar ayah dan ummi..
ummi tidak terdaya kubalas pengorbanan mu melahirkan ku ke dunia..tidak mampu ku hitung jasa mu..tidak terungkap dengan kata-kata nilai kasihmu..insyaAllah akan kubuat yg terbaik di medan menuntut ilmu ini..supaya aku dapat melihat senyum mu dan ayah..akan aku cuba utk menjadi anak yg solehah yg sentiasa mendoakan ibu ayahnya..
tidak mampu kulihat air matamu mengalir kerana kau rindukan ku yg berada jauh di negara orang..tidak mampu kulihat senyum yg disembunyikan mu ketika anak2 orang lain masih berada di rumah..belum tentu dapat ku selami hatimu yg sentiasa menyanyikan lagu rindu padaku..ummi i love n mish u so much!!
SELAMAT HARI UMMI (^_^)
ya Allah..
Kau jagalah insan yg kusayangi
yg berada jauh dr pandanganku
Kau lindungan mereka dgn rahmat dah hidayaMu
Kau peliharalah mereka..
Kau tempatkanlah mereka di kalangan org2 yg soleh..
Kau berkatilah mereka..
Kau ampunkan dosa2 mereka..ameen!!
Allahumma fighli waliwa lidayya warhamhum kama rabbayana shoghira..walijami'l muslimina wal muslimat wal mukminilna wal mukminat wal mu'alimiina wal mu'alimaart birahmatikaya arhamarrahimeen..ameen!!
Wednesday, May 7, 2008
--nasihat dari ayah--
salam utk entry kali ini..sempena fatrah imtihan yg sedang dan akan kita lalui..di sini ada satu benda yg sy nk share kat cni..iaitu email dari ayahanda tercinta..nasihatnya sempena imtihan..kerana sy terlalu takut dgn nama 'exam'..terlalu fobia dengan nama 'imtihan'..terlalu nervous dgn istilah 'peperiksaan'..
namun tnpa kita sedari..telah byk exams + imtihan + peperiksaan yg kita lalui sblm ini..sepnjang sy hidup lebih 2 dekad..bila difikir-fikir dan dihitung kembali telah byk exam yg telah sy pn tempuhi..ada yg berjaya dgn cemerlangnya..namun tidak kurang pula yg terkandas di tengah jalan..yg kurang dan tidak berjaya itu pula..jika kita tampung..bangun kembali..tambahkan usaha..insyaAllah..Allah akan bantu..Dia akan bg apa yg kita usaha..
jika anda kurang berjaya hari ini..ambillah langkah bijak..teruskan melangkah..teruskan usaha..jika rebah bangun kembali..walaupn anda terpaksa bertongkat sekalipun utk berjaya..teruskan perjuangan..moga2..langkah anda seterusnya tidak tempang..dan kejayaan mungkin milik anda..siapa tahu..andalah org yg dipilih oleh Allah utk berjaya..
ambillah pengajaran dari email ini..
Kakak,
Exam adalah satu proses biasa dalam penilaian. Kita tak perlu takut. Mula dengan UPSR, PMR dan SPM semuanya kakak telah lalui dan telah berjaya melaluinya. Yang penting utk exam kita hendaklah bersedia (be prepared) dan buat persediaan yang terbaik (prepare for the best)...selepas itu barulah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kita perlu ingat satu peperiksaan yang maha besar akan kita hadapi iaitu di alam kubur dan di Padang Mahsyar. Apabila kita lulus kedua2 peperiksaan tersebut bermakna kita akan mendapat kebahagiaan yang abadi selama2nya (bahasa matematik = infiniti).Itulah kejayaan dan kebahagiaan yang paling besar yang akan dinikmati oleh orang2 yang berjaya. Untuk berjaya dalam kedua2 peperiksaan tersebut kita perlu beriman dan beramal. Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Kemudian jangan lupa berdoa dan selepas itu bertawakkallah kepada Allah, semoga Allah memberi kejayaan kepada kita.
Peperiksaan akademik hanyalah salah satu daripada peperiksaan yang perlu kita lalui didunia ini untuk menilai kemampuan dan keupayaan kita dalam perkara tersebut. Jadi kita perlu membuat persediaan rapi agar kita mempunyai ilmu yang cukup sebelum menduduki sesuatu peperiksaan. Kakak bakal menempuh ujian untuk mendapat ijazah MBChB dalam tempoh 6 tahun di Universiti Mansoura. Kakak mesti melalui tangga untuk mendapat ijazah tersebut bermula dengan tahun 1, 2, 3.... hingga tahun 6. Setiap tangga mempunyai ujian masing2 yang kita mesti hadapinya. Oleh itu kita mesti bersedia untuk menghadapi ujian disetiap tangga tersebut.
Pengalaman ayah semasa belajar dulu. Memang pelajar2 perubatan di UKM terpaksa belajar bersungguh selama 6 tahun untuk mendapat ijazah kedoktoran, sehinggakan mereka hampir2 tidak mempunyai masa untuk aktiviti2 lain semasa pengajian. Mereka menumpukan sepenuhnya kepada study. Pelajar2 jurusan Sains lain (spt ayah) agak kurang sikit tekanan berbanding dengan mereka. Ramai kawan2 ayah yang berjaya menjadi doktor setelah mereka berusaha dengan gigih selama 6 tahun di UKM. Mereka sekarang sudah memperolehi MD (UKM). Sesetengahnya telah menjadi Doktor Pakar. Kesemuanya melalui proses yang sama iaitu PEPERIKSAAN.Untuk berjaya kita tak boleh lari dari peperiksaan.
Oleh itu kuatkan semangat... belajar bersungguh2....berdoa...dan bertawakkal kepada ALLAH. Mudah2an kita berjaya didunia dan diakhirat. Pepatah Arab mengatakan " man jadda wajada" sesiapa yang berusaha dia akan berjaya, insyaallah.
SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT BERJAYA
SALAM DARI AYAH DAN UMMI
--exam oh exam--
semalam terbace satu article kat web iluvislam..cam menarik je utk dikongsi..kepada yg exam..yg akan exam..sedang exam..dan telah exam..smoga kita semua diberi kejayaan yg cemerlang oleh Allah dlm setiap exam kita..rabbuna najahkum..
Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.
Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.
Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.
Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.
Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?
Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.
Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.
Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.

Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.
‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.
‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.
‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.
Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;
"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"

Monday, May 5, 2008
..HaPpY bIrThDaY my dear bestfren..

salam..
entry kali ini khas utk sahabat baik saya..dialah teman..dialah kawan..dialah sahabat..
smlm dia telah menyambut hari lahirnya..dah besar shbt sy ye..dah patut dapat kunci kebebasan..dan boleh jadi isteri org..hehe..xdela gurau je..
buat sahabatku nurhidayah wahidah roslan
happy birthday..
smoga pjg umur
murah rezeki
berjaya di dunia n akhirat..
dapat menjadi muslimah doctor yg berjaya..
anak solehah..bakal isteri n ibu mithali..hehe
moga Allah pelihara kamu dalam lembayung rahmat dan hidayahNya..
above all this i dedicate this song tu u.."lagu kita"
sayang n rindu kamu slalu..hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)