Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir 2012

bismillah walhamdulillah...

hari ini jumaat terakhir tahun 2012..sekejapnya masa berlalu.beberapa hari lagi tahun baru bakal menyingkap tabirnya.moga rahmat dan hidayahNya sentiasa bersama kita.jangan lupa membaca al-kahfi pada hari yang berkat ini.

jumaat yang berkat ini saya telah berjumpa dengan seorang makcik penjual tisu di tepi jalan di kawasan kediaman.makcik ini telah saya kenal lebih 5 tahun yang lalu. Tempat biasanya di jalan depan rumah saya. Hari ini saya menegurnya seperti biasa..

"Mama, kenapa dengan jari tu?" kata saya menunding jarinya yang berbalut..

"Terkena pisau.." katanya sambil menyambung..

"..sakit, jantung pun lemah" memegang dadanya untuk mengatakan dia kurang sihat sebenarnya...

makcik tu mengulang dua kali mengatakan dia tidak sehat!

"Tidak ke hospital atau berjumpa doktor?" kata saya...

"Tidak...tiada duit!"

aahhh..hati saya rawan!saya tidak mampu menolongnya..Teringat tokmak di kampung menjadikan hati saya makin sayu. Mungkin makcik ini sebaya dengan nenek saya, dalam usia sebegitu masih berada di jalanan untuk mencari rezeki. Saya tidak pernah bertanya jika dia mempunyai ahli keluarga yang lain atau tidak. Ada anak-anak atau suami atau tidak? Bukan tiada niat bertanya tapi saya tidak mahu dia sedih jika apa yang saya tanyakan nanti boleh mengundang sendu..

Mungkin masa tidak sesuai untuk saya bertanya.

Tolonglah mereka yang memerlukan bantuan tidak kiralah sekecil mana pun bantuan tersebut kerana mungkin dengan bantuan kita boleh menggembirakan insan ini. Janganlah nanti bergaji besar kurang cakna pada mereka yang memerlukan.

"Semoga Allah memberkati makcik ini" jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga ibu ayahku di kampung!

saya tinggalkan makcik ini dengan seribu satu macam fikiran di kepala!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azam saya supaya nanti apabila sudah bekerja sebagai doktor saya tidak akan melupakan tugas saya memberi bantuan pada yang memerlukan terutamanya pada golongan yang tidak berkemampuan kerana mereka datang dari jauh dan tidak mempunyai wang.

Sebelum itu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh!Kutiplah ilmu dengan sepenuh daya. JANGAN PONTENG! kerana keBERKATan ilmu yang kita perlukan.kalau tidak datang ke kelas dari mana kita dapatkan ilmu tersebut. Ilmu tidak turun bergolek dari langit.

Sedih dengan sahabat-sahabat yang masih tidak serius dalam mencari ilmu sedangkan sudah 5 tahun di mesir. Sudah lama meneguk debu Mesir menjadikan kita immune dengan sifat malas ke kuliah!

Tiada antibodi yang lagi kuat melainkan semua itu datang dari dalam diri kita sendiri untuk melawan sifat malas!penyakit boleh diubati, malas boleh dirawat!

Ingatlah sahabat, jangan kita menggadai nyawa pesakit disebabkan kita tidak cukup ilmu. Jangan kita laburkan duit pesakit demi mencari kesembuhan dari tangan orang seperti kita!

Tidak guna datang dari jauh tapi tidak ke kuliah. Bazirkan wang, tenaga dan masa. Ingatlah duit yang dilaburkan untuk membentuk modal insan seperti kita!

Walaupun penyakit ini dalam segelintir kalangan kita tapi ia perlu dirawat dari akar umbi kerana kita membawa nama baik kita, nama baik universiti dan persatuan!

sekian bebelan saya malam ini :) seeru 'ala barakatillah :)

#maaf tulisan tidak tersusun
#bestnya tengok sahabat2 Mansoura-Manchester habis final exam 6th year!
#sahabat2 konvensional tahun 6 tinggal lagi satu paper surgery dan satu subjek OnG
#adik2 semua sibuk dengan mid-year/mid-sem exam...all the best semua!


Thursday, December 20, 2012

Ada aku kesah?


bismillahi walhamdulillah…

kepimpinan dalam islam merupakan amanah penting bagi memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, Baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

dalam al-quran dan hadis banyak memaparkan kisah atau sejarah terdahulu serta sirah yang berlaku pada zaman Nabi SAW berkenaan konsep memilih seseorang atau lebih untuk dilantik sebagai wakil.Justeru konsep pemilihan merupakan salah satu cara untuk menaikkan atau melantik seseorang bagi membangunkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

Dalam kisah pemilihan khalifah ke-3 selepas kewafatan Saidina Umar RA maka para sahabat yang menganggotai majlis syura telah berkumpul dan menyatakan pandangan dalam memilih seorang sahabat untuk dilantik sebagai khalifah ke-3.Zubair menyatakan pilihannya ialah Ali bin Abi Talib. Talhah pula memilih Usman bin Affan. Sa'ad pula memilih Abdul Rahman bin Auf. Maka terdapat 3 calon dalam menggantikan tempat khalifah dan hasil perbincangan selepas itu, Saidina Usman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah ke-3.

Daripada peristiwa tersebut dapatlah kita lihat bahawa berlakunya pemilihan dan undian ke atas 3 calon. Hasil keputusan syura menunjukkan Saidina Usman bin Affan dipilih sebagai khalifah ke-3.
Walaupun situasi tidak sama sebagaimana pilihan raya yang berlaku pada hari ini namun dari sudut bahasa iaitu "memilih" ada dinyatakan. Situasi yang berlaku pada hari ini adalah berubah namun konsep pemilihan tetap berlaku mengikut situasi semasa.
Apakah hukum sekiranya kita tersilap memilih pemimpin?

pertama: golongan yang berpegang bahawa mengundi adalah satu kewajipan dan tanggungjawab sebagai ahli bagi memastikan pemimpin menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mengamalkan prinsip islam adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati, bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah terhadap semua amal kita, termasuk amalan mengundi memilih kepimpinan.
Kedua: golongan yang hanya mendiamkan diri, tidak keluar mengundi untuk memilih pemimpin.
Mereka tidak peduli akan kehancuran social, tiadanya amar makruf nahi mungkar, tidak menjaga kebajikan ahli secara menyeluruh. Sikap ini melayakkan mereka untuk hilang hak mengeluh dan hilang hak bersuara, malah diam terhadap perkara mungkar yang sedang berlaku. Ini bermakna, mereka redha terhadap kemungkaran yang berlaku di depan mata.
"kalau saya turun mengundi apa yang saya dapat?"

apa yang kita dapat jika turun mengundi, ialah kita dapat mengekalkan wasilah perjuangan Rasulullah SAW. Jika pemimpin yang kita pilih tersebut membuat kebaikan dan kebajikan pahalanya juga akan tempias kepada kita, kerana kita yang memilih untuk menaikkan beliau dan sebaliknya jika pemimpin yang kita pilih membuat maksiat dan kezaliman kita juga akan mendapat dosa.

konklusi dari apa yang dinyatakan di atas saya berharap agar semua warga Perubatan Cawangan Mansurah agar dapat turun mengundi pada hari Jumaat ini bersamaa 21 Disember 2012 untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli.

jika di Malaysia sahabat-sahabat di kampus univesiti sibuk bermanifesto dalam Pilihan Raya Kampus, tidak kurangnya kita di sini. Suasana tetap sama, walaupun sedikit berbeza. Tunjukkan sikap cakna kita terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam struktur persatuan kita. janganlah nanti kita sibuk menyalahkan pimpinan jika apa yang kita inginkan tidak tercapai.

sekian wallahu'alam J

Muslimah Celik Politik
Fiqh Politik Islam

#alhamdulillah artikel ini telah dipaparkan di Page PERUBATAN Cawangan Mansurah dan juga blog JPC.

Wednesday, December 12, 2012

Arus Perubahan Bakal Berlaku...

bismillahi walhamdulillah...

sedar tak sedar sudah hampir tamat sesi kepimpinan yang lama.tahun ini PERUBATAN membuka satu lembaran baru dengan tertubuhnya Majlis Tertinggi Perubatan (MTP) membawakan seorang ikhwah dan seorang akhwat dari 7 universiti di Mesir ke Pusat membawa idea dan buah fikiran dari cawangan ke pusat.

berlakunya Mesyuarat Agung Khas untuk mengubal perlembangaan baru Perubatan, memberi impak baru kepada sebuah persatuan yang mengjaga kebajikan ahli keseluruhannya.kini Perubatan semakin bertapak kukuh sejajar dengan persatuan pelajar yang lain walaupun tidak kurang badai yang melanda.

ketika sesi kepimpinan hampir tamat maka akan berlaku pilihan raya untuk pemilihan jawatankuasa yang baru.pada tahun ini kerusi-kerusi panas sudah diketahui keputusannya kerana mereka menang tanpa bertanding.sesi pencalonan telah selesai maka sekarang tanggungjawab kita sebagai ahli untuk turun mengundi.sebelum mengundi eloklah kiranya kita mengenali calon-calon yang bakal bergelar pemimpin.





tahniah dan takziah buat Calon MTP serta Calon Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PCM yang telah menang tanpa bertanding.semoga Allah membantu langkah kalian dalam membawa hala tuju PCM ke arah yang diredhai Allah.seeru 'ala barakatillah :)

saya akan update isu-isu semasa yang bakal berlaku nanti..sudah nampak kempen-kempen dari calon-calon yang bakal bertanding.tahun ini ramai angkut batch untuk kempen secara pukal kerana ramai yang bertanding dari batch yang sama.kempenlah secara sihat untuk menunjukkan kredibiliti kita sebagai seorang mahasiswa..
sekian, wallahu'alam :)

ps:
#kena asah balik pena yg sudah hampir berkarat..duduk depan laptop ini je idea yg keluar.
#kena manage time to re-schedule my daily routine..masuk tahun klinikal tak pernah lagi berkongsi pengalaman..