Friday, October 30, 2009

P.U.T.E.R.I '06



bismillahi walhamdulillah..

semalam kami telah batch 06 telah mengadakan qiam jamaie di beyt iltizam.aktiviti ini adalah pembukaan kepada sesi 09/10 dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti smart circle.qiam ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah fillah dan mencari keberkatan ilmu dalam redha Allah.

qiam juga membolehkan kami bertukar cerita antara satu sama lain kerana ada antara kami yang berlainan kelas.pada malam semalam kami telah sepakat untuk menubuhkan nama batch P.U.T.E.R.I '06 : the best batch to clique with..

semoga organisasi dan aktiviti yang bakal kami laksanakan dimudahkan Allah sampai bila-bila.ukhuwah yang terjalin akan dipateri sehingga ke akhirat sana..love to all P.U.T.E.R.I '06...tak lupe untuk rakan taakhi..maryam abu bakar..

coming soon blog P.U.T.E.R.I '06..you can read another review here and here..

Wednesday, October 28, 2009

kembali ke sekolah:)

bismillahi walhamdulillah..

selamat kembali ke sekolah atau kuliah kepada semua warga perubatan di mesir.selamat kembali mengutip ilmu Allah dan mengisi tong-tong ilmu yang masih kosong minta untuk di isi.moga-moga jihad kita dalam menuntut ilmu sentiasa dirahmati Allah selalu.

tahun ini berbeza sedikit sistem persekolahan di sini, kerana kami hanya cuti hari jumaat!tiada lagi istilah rehat 2 hari di hujung minggu.kelas juga tidaklah se'pack' sebelum ini kerana satu hari hanya satu subjek yang diajar.paling banyak pun 2 atau 3 subjek sahaja sehari.

kadang-kadang rasa tidak berbaloi ke kelas untuk menghadiri lecture yang hanya sejam!berjalan kaki pergi balik 40 minit..moga usaha untuk mengutip ilmu dihadiahkan Allah dengan pahala yang banyak..insyaAllah..

ke kelas adalah amanah.walaupun sejam jika kita tidak ke kelas maka kita telah merosakkan amanah yang telah diberikan Allah,ibu bapa dan para penaja.ini juga akan disoal Allah di akhirat kelak.saya masih menyusun jadual supaya saya dapat menghadirkan diri ke kelas ust setiap pagi tapi masih belum berkesempatan.huhu..

-selamat mengutip ilmu-

Sunday, October 11, 2009

sanah helwah ya ummi!


bismillahi walhamdulillah...

sanah helwah ya ummi..
smoga panjang umur,murah rezeki,
dirahmati Allah sentiasa...

maafi kesalahan dan kesilapan anakanda yang sengaja dan tak sengaja..
maafi juga andai anakanda mengecewakan bonda..
maafi jika anakanda banyak menyusahkan bonda..

ummi,
dikaulah punca kekuatan ku..
punca semangat yang kucari bila ku jatuh..
tapi aku sedih kerana aku telah banyak menyusahkan dikau..
banyak membuat dikau kecewa..

ibu,
dikaulah ratu hati ku..
gusar kuhilang bila mendengar suaramu..
masalah ku lenyap bila aku tatap wajahmu..
leteranmu merupakan kata azimat buatku!

bonda,
doamu kuharapkan..
setiap kali aku berjuang di sini..
aku rindu padamu tika aku berjauhan..
tapi aku kena mujahadah melawannya..
demi mengembirakanmu..
aku sanggup keluar berjuang mencari ilmu..

nukilah ikhlas dari,
kakak
111009

Wednesday, October 7, 2009

aku rindu pada sebuah nama...

bismillahi walhamdulillah..

tika saat ini..
hati ini bercampur baur..
antara sebuah realiti dan fantasi
betulkah langkah dan jalan yang ku pilih dahulu ya Allah?
mengapa sampai saat ini ku rasa begitu sukar..

mengapa jalan yang aku tempuhi tidak semudah orang lain?
mengapa dan kenapa?
persoalan yg bermain di minda..
tapi aku segera beristighfar..
tidak baik menyesali takdir yang berlaku..

untuk kembali kukutip semangat kali ini
cukup payah...
bantulah aku ya Allah..
pimpinlah aku menuju gerbang cintaMu
aku tahu Engkau yg terbaik tempat aku bergantung!

aku kembali bermuhasabah..
apakah dosaku..dimanakah silapku?
sehingga begini besar ujianMu..
adakah aku sangsi akan cintaMu..
adakah aku alpa dan lupa dari mengingatiMu..

jauhkanlah aku dari sifat mazmumah
yang menjarakkan aku denganMu..
jangan Kau jadikan aku hamba yang lupa
tika senang..tetapi
kembali ke sajadah bila aku dalam kesusahan..

ya Allah..
jika Kau uji aku untuk menyucikan jiwa..
aku pasrah dan redha ya Allah..
aku tahu Engkau beri apa yang terbaik
bukan apa yang aku minta..

Engkau menyimpan doaku..
untuk kau berikan apa pada masa terbaik..
tidak di sini di akhirat sana..ameen!
aku rindu pada sebuah nama...

KEJAYAAN...