Monday, September 1, 2008

Ramadhan Kareem!!


bismillahi walhamdulillah...

"Allahumma bariklana fi syahri ramadhan"

alhamdulillah puja dan puji buat Petandbir Alam Semesta kerana masih memanjangkan umur kita untuk menikmati dan merasai fadhilat yang begitu banyak di bulan Ramadhan tahun ini.bulan yang datangnya setahun sekali, yang mempunyai banyak kelebihan. kelebihan yang tidak ada dibulan-bulan yang lain. pahala ibadah sunat disamakan dengan pahala wajib pada bulan ini.begitu juga dengan pahala lain digandakan sebanyak 70 kali ganda.

Maha Pemurahnya Allah kerana memberi kelebihan itu yang tidak diberi kepada umat-umat terdahulu kerana umur umat Muhammad yang rata-ratanya tidak akan sampai kepada angka ratusan tahun tidak seperti umat nabi sebelumnya. bulan ramadhan memang terkenal dengan penghulu segala bulan. di dalam ada satu malam yang menyamainya dengan seribu bulan, iaitu 83 tahun. bersama-samalah kita memburunya. mungkin ini ramadhan terakhir buat kita!!..siapa tahu??

ramadhan tahun ini berbeza dari dua tahun sebelumnya. kerana tahun ini saya mengambil peluang untuk merasai nikmat ramadhan di bumi tanah air sendiri. kepulangan saya untuk cuti summer tahun ini adalah untuk merasai nikmat terawih di masjid. yang saya amat rindukannya. berada di bumi an-biya' mesir tidak memungkinkan saya dan muslimat malaysia untuk mengerjakan terawih di masjid. peraturan atau qoror yang telah ditetapkan oleh pihak keamanan mesir kepada foreigner.

kemeriahan ramadhan di tanah air sendiri sangat berbeza dengan mesir. tidak seperti masyarakat malaysia, orang arab mesir lebih meriah menyambut ramadhan berbanding eidulfitri. eidulfitri diraikan kerana telah berjaya melalui sebulan bulan ramadhan. bukannya ramadhan dijadikan batu loncatan untuk menyambut eidulfitri. mereka telah terlebih dahulu membersihkan rumah mereka untuk menyambut penghulu bulan itu. sedangkan di malaysia, ramai antara kita sedang bingung memikirkan kuih raya sudah ditempah ke belum, baju raya tahun ini berapa pasang, perlu ke tukar langsir dan semuanya baru??

tanyalah sendiri di mana kita. ada juga yang tidak sabar untuk menanti berlalunya ramadhan. ini kerana baru tidak sampai seminggu berpuasa lagu-lagu raya sudah dipasang.alangkah sedihnya..ramai para sahabat pada zaman rasulullah saw menangis kerana tidak sanggup berpisah dengan bulan yang mulia ini.tapi umat zaman ini persiapan diri untuk ramadhan tidak diambil kira bahkan persiapan fizikal pula dilebih-lebihkan.

jadikanlah bulan ramadhan bulan tarbiyyah. keluarnya kita dari bulan mulia ini moga-moga menjadi sesuci bayi yang baru dilahirkan. perbanyakkan amalan sunat, bertadarus al-quran, qiamulail, berterawih, bersedekah dan sebagainya. tidak dilupakan untuk sesiapa yang berkunjung di masjid selamat beriktikaf. bersama-sama kita buru sepuluh malam terakhir.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"ya Allah kurniakan kami laitul qadar.."
"Allahumma innaka 'affuwun kareem tuhibbul 'affa fa'fuanna"

3 comments:

Anonymous said...

amiin.. insyaAllah

najwa.abdullah said...

eh..eh..
sejid kusza!

=)))

izzati.abdullah said...

to zoro utp:

ameen!!insyaAllah..barakallahualaikum..

to najwa abdullah:

eh xde la..da tukar..sejid udm..hakhak..