Thursday, March 20, 2008
--maulidur rasul--
alangkah indahnya hidup ini...
terngiang-ngiang lagu alunan raihan ini..bila didengar terkenang kembali sirah junjungan besar kita MUHAMMAD S.A.W.
perjuangan baginda Rasul yg xkenal erti penat lelah dan jemu dalam menyebarkan islam menyaksikan lahirnya ramai umat baginda..dan juga tak dilupakan tanpa Rasulullah juga kita tidak akan dapat mengecapi nikmat islam dan iman yg ada sekarang..
sempena maulidur rasul ini marilah sama-sama kita hayati perjuangan dan sirah nabawi dalam menegakkan syiar islam..nabi s.a.w pernah dihina dan dicaci semasa menyebarkan dakwah..namun baginda tetap sabar dan tabah dalam memperjuangankan islam.nabi s.a.w. juga pernah dilemparkan batu semasa berhijrah ke thaif untuk menyebarkan islam sehingga berdarah kepala baginda..namun baginda tetap teguh meneruskan perjuangan..bayangkan jika baginda lemah dan tidak sabar dalam menegakkan dakwah islamiyyah..kita tak mungkin dapat tahu apa sebenarnya islam yg ada sekarang..dalam peristiwa hijrah tersebut..malaikat telah memohon kepada nabi untuk membalikkan bukit-bukit ke atas penduduk thaif..tetapi nabi s.a.w dengan rasa rendah diri menolak permohonan malaikat itu..kalau kita di tempat nabi pada masa itu sudah tentu tanpa berfikir panjang..bak kata pepatah melayu..'pucuk dicipta ulam mendatang','bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal'..maka kita akan menerima permohonan malaikat utk membalikkan bukit ke atas penduduk thaif..
begitu tinggi dan mulianya akhlak yg dipamerkan oleh baginda..dalam meniti perjuangan baginda juga..baginda pernah dilontarkan najis dan diletakkan duri di sepanjang laluan dari rumah baginda ke masjid yg diletakkan oleh seorang wanita musyrik.satu hari baginda hairan kenapa tidak ade najis atau duri pun ditengah-tengah jalan yg baginda lalu.setelah dirisik-risik dari para sahabat bahawa perempuan musyrik tadi telah jatuh sakit..selepas itu dengan cepat-cepat baginda pergi ke rumah perempuan musyrik itu untuk menziarahinya.cuba bayangkan kalau kita ditempat baginda..mesti kita tidak amik peduli akan hal perempuan musyrik itu..lantak dia la nak sakit pun..mati lagi baik..mungkin itulah apa yg akan kita pada situasi tersebut.orang dah buat jahat kat kita kenapa kita mesti buat baik padanya..selepas daripada peristiwa itu perempuan musyrik td telah memeluk islam..
akhlak yg dibawa oleh rasullullah..adalah sebaik-baik akhlak..sebaik-baik contoh teladan..para sahabat bertnya kepada aisyah r.a..apakah akhlaq rasullullah?maka aisyah menjawab akhalk baginda adalah al-quran..samelah kita mencontohi akhlak baginda yang mulia dan terpuji..contohi perjuangan baginda yg penuh berhemat dlm mengembangkan dakwah..selitkan setiap apa yg kita lakukan dengan akhlak dan sunnah baginda..walaupn kita tengah belajar..masih ada cara yg boleh kita lakukan untuk menghayati n belajar dengan sunnah n dakwah yg dibawa baginda..berselawatlah pada baginda..sesungguhnya org yg tak berselawat kepada baginda adalah orang yg bakhil..berselawatlah kepada baginda saw kerana para malaikat pun berselawat kepada baginda..seluruh isi alam berselawat pada baginda..siapalah kita utk tidak berselawat pada baginda insan yg mulia..Allah akan berselawat kepada orang berselawat pada nabi dengan sepuluh selawat..
berselawatlah menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepada insan mulia itu..para sahabat begitu sayangkan baginda..tidak sanggup melihat baginda susah..sehingga semasa kewafatan baginda saidina umar al-khattab sanggup mengangkat pedang kepada sesiapa yg berkata bahawa muhammad saw telah wafat..
sekilas dari maulidur rasul ini..bkn hari ini sahaja kita meraikan kelahiran baginda..apa yg lebih besar yg perlu diimplikasikan dalam hidup kita seharian ialah sunnah dan perjuangan baginda..bkn hanya ikut sunnah yg kecil-kecil sahaja..sunnah yg besar ditinggal..sunnah yg terbesar adalah perjuangan menegakkan islam di bumi Allah ini..telah aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara..yg mana jika kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya..iaitu al-quran dan sunnahku..
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment